yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

A letter from ‘Cikgu’…

Semalam Cikgu aku hantar email lepas aku bagitau dia pasal VSS tuh..terima kasih Cikgu…Aku kenal Dr. Mohar ni masa attend dia nyer program “Train The Trainer”. Seronok dapat berbual dengan Cikgu since that kitorang mempunyai minat yg sama dalam martial arts. Cikgu adalah orang lama dunia persilatan. Berikut petikan nasihat dari Cikgu yg dihantar melalui email. Semoga kengkawan lain yg menerima nasib sama akan dapat sedikit manfaat daripada nasihat Cikgu yg aku paparkan kat sini; insyaAllah. Terima kasih Cikgu.

dsc00810

Aku bergambar dengan Cikgu semasa kursus

Saya faham sangat-sangat apa yang Yeop dan kawan-kawan lain sedang lalui..memang stressful. Saya pernah melalui 2 kali kene retrench, 1 kali VSS. Inilah antara ratusan perkara yang saya pelajari:

1.       Ruhaniah – Secara umumnya manusia mudah lupakan Allah SWT bila senang. Masa tengah senang, solat selalu diakhir waktu. Nak buat solat dhuha yang tak sampai 5 minit tu pun malas sebab disibukkan oleh dunia. Malunya saya dengan Allah. Tapi bila tengah susah, manusia mesti cari Allah untuk tempat bergantung dan mengadu. Jadi inilah masanya untuk muhasabah diri sendiri.

2.       Famili – Masa kerja sibuk dengan kerja dan seribu satu macam sibuk lagi. Nak angkat telefon call mak bapak dan sedara mara pun berkira. Bila dah temporarily unemployed, saya gunakan waktu senggang yang banyak tu untuk menjadi semakin rapat dengan family – anak-anak, isteri, mak bapak, mertua dan ipar duai. Enjoy the unemployed time because when we gain reemployment, kita akan jadi lebih sibuk daripada sebelumnya, percayalah.

3.       Financial – bila dah VSS belanjalah ikut kemampuan, bukan ikut kemahuan. Bawalah tabiat ini, insyaAllah kita boleh jadi financially independent. Jangan kedekut nak bersedekah sebab percayalah, those who are not generous in scarcity will never be generous in abundance. Masa nilah kita kenal diri samada kita ni kedekut ke tidak. Tapi jangan pulak boros. Orang Mukmin tidak kedekut dan tidak boros, tetapi jimat (thrift). Ingat, belanja ikut kemampuan, bukan ikut kemahuan. Jangan sesekali berhutang. Andaikata terpaksa kita anak beranak makan cekodok bilis hari-hari pun takpe. Ini bukan soal pride, ini soal menyelamatkan diri kita dan keluarga daripada jadi mangsa ungkit bangkit manusia. Lagi satu part financial ni, bila orang dengar kita dapat duit VSS ribu-ribu, ramai sedara mara datang nak berhutang. Yang tak pernah nampak batang hidung selama ni pun tiba-tiba muncul. Kawan-kawan yang dah lost contact pun tiba-tiba call! Entah dari mana diorang dapat hidu bau duit VSS pun tak taulah. Dah tu lembut gigi daripada lidah. Dalam hal ni prinsip saya adalah saya kena bagi keutamaan pada anak isteri. Pada saya biar bergaduh dulu daripada bergaduh kemudian. Tapi harap-harap jangan sampai jadi gaduh la. Kalau perlu hulur 10, 20…hulurlah, asalkan tak balik dengan tangan kosong. 

Sebelum ambil VSS tu, saya cadangkan Yeop bangkit jam 3-4 pagi. Lepas mandi dan wudhu’, perform solat taubat, tahajud dan istikharah. Kalau dapat buat kat masjid atau surau. Dulu saya buat kat tanah lapang dekat rumah. Masa nilah kita akan kenal siapa kita selama ini. Memang best sangat sebab ketika itu hanya kita dan Allah. InsyaAllah Dia akan tunjukkan jalan yang terbaik. 

Semasa dilanda ujian dan duka nestapa, atau pun saja-saja nak mengingatkan diri sendiri saya suka recite poem ni: It’s easy enough to be pleasant when life flows by like a song; but the man worthwhile is the one who can smile when everything goes dead wrong 

Mudah-mudahan Allah berikan Yeop kekuatan untuk mengharungi ujian ini. Amin! Do keep in touch!

 

March 6, 2009 Posted by | Uncategorized | 2 Comments