yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Honk!…Honk!

Bila Cikgu dah tag post blog aku ni kat FB…terasa macam kena wake up call..kali terakhir aku menjenguk blog ni adalah pada 2 tahun nan lalu…sesungguhnya kesibukan dunia berjaya menjauhkan aku dari blog ni..suatu tempat yg aku cipta untuk meluah rasa semahunya..aku kena kembali menulis..mesti!!!

Terima kasih Cikgu….

Advertisements

January 1, 2014 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Mu’az…majlis Ikhtifal PASTI…

Bebaru ni Mu’az ada majlis Ikhtifal sekolah dia…majlis di anjurkan di Surau Al-Hidayah, SU1. Ramai jugak parents yg datang…tak kurang jugak parents & anaknya yg tak datang..sian kat budak…

Majlis bermula selepas zohor…hari nih Mu’az akan perform kat atas stage…dia kena nyanyi dgn kawan2 kelas 5 tahun…naik jer atas pentas aku tgk dia kat row belakang…ishk…susah sikit la nak nampak dia dlm gambo & video…tak pa…ada la jugak nampak dia menjenguk…ehehehe..mentang2 badan besor…kena jadi tukang pegang replika kete…ehehehehe…

Tu ada tu…perati betul2..Mu’az tengah menjenguk tuh..ehehehe

Yg nih pulak tetamu VIP….ahahaha…susah sungguh nak control Marwan nih…nak ngelakkan dia ngacau kat atas pentas terpaksa la tetamu VIP majlis panggil dia duk kat sebelah…siap bergaya lagi tuh….

Mu’az tengah ambik hadiah kat atas pentas

Bersama Guru Kelas…Cikgu Ana

Beberapa hadiah yg Mu’az dpt…

Dekat pukul 4 kitorang gerak…seronok dapat menghadiri majlis anak2…kita kena bagi support supaya anak2 akan lebih bersemangat untuk belajar…insyaAllah..aku harap Mu’az akan lebih berjaya nanti…

December 16, 2010 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Mimi beranak lagi…

Itu hari aku dah iklankan Mimi kat mudah…nak cari keluarga angkat la konon…dah ada la sorang brader ambik…sekali esoknya aku terpaksa gi ambik Mimi balik sebab brader tuh kata dia bunting…so maleh la nak bela…ada ke nak lpaskan kalau aku tak ambik…naya jer kat binatang…

So sekarang nih mimi dah beranak…3 ekor anak nyer…mcm batch pertama gak…ni dia masa mula2 beranak…

Bawah ni abang & kakak2 tgh duk ushar…ganaz jer memasing…ehehehehe…

 

Ni kat bwh gambor latest kittens nih…dah 2 bulan lebih…dah ready nak makan gamaknya…

So  bertambah la family aku…errr…maknanya tanggungan pun tambah ler…adeh…so sesapa yg nak tolong bela roger aku…kena ambik ngan maknyer sekali…sian la pisahkan…ehehehe…

November 11, 2010 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Dah setahun…

30 September 2010…genap setahun Yong pergi meninggalkan kami sekeluarga…semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat keatas arwah Yong.

Aku tengah duk buat arrangement nak tukarkan Taqreez sekolah di selangor nih…tapi susah jugak nak cari sekolah yang berasrama…ada la sorang dua yang offer nak tolong sebab mengenangkan dia anak yatim piatu…aku harap dapat la tukarkan dia nanti…bukannya apa…mak dah semakin tak sihat…perlukan perhatian…makan minum & ubat nak kena jaga bebetul…so kalau duk kat kampng tuh payah la sikit nak tengok2 kan…bukan tak der sedara mara tapi yerlah…semua orang ada urusan masing2…tak kan aku nak harap orang lan jaga mak…bila dah Tqreez skolah sini mak pun mungkin la lebih tenang nak duk rumah aku…sebab tiap minggu bleh jumpa Taqreez…kalau tak asyik menung jer hari2…

Gambar hari raya terakhir kami adik beradik bersama Yong

 


Yong bersama adik ipar…wife aku ngan wife Are…

Cam aku cakap dulu…yg tinggal sekarang nih cuma gambar dan ingatan jer la…semoga Allah melimpahi rahmah keatas anak tunggal Yong agar menbesar menjadi manusia yang boleh mendatangkan kebaikan kembali kepada ibunya..dia lah satu-satunya ‘aset’ yang Yong ada…dan aku la yang perlu memastikan dia mendapat didikan yg betul…insyaAllah…

October 23, 2010 Posted by | Uncategorized | 1 Comment

Lailatul Qadr

 

Salam kawan2…aku rasa artikel ni penting. Dipetik dari Harakahdaily.net.

Lailatul Qadr: Malam misteri yang dirindui kedatangannya
Ustaz Zainudin Hashim
 Umat Islam di seluruh dunia akan memasuki fasa ketiga pelaksanaan ibadat puasa serta amal-amal ibadat sunat yang lain pada minggu hadapan, ini bermakna sedar atau tidak, Ramadan tetap akan meninggalkan kita buat tempoh setahun.

Apa yang perlu sama-sama kita ingatkan antara satu sama lain, ialah kenangan positif yang kita kecap sepanjang berada dalam bulan Ramadan, iaitu bulan yang dipenuhi dengan segala macam keberkatan, rahmat, keampunan Ilahi serta program-program yang dapat membebaskan diri daripada api neraka.

Itulah bulan yang banyak memberi kita peluang untuk mendapatkan rahmat Allah, keampunan-Nya dari segala kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini, memohon kepada-Nya agar diri kita, keluarga serta anak-anak bebas daripada siksaan api neraka.

Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam, di ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati kepada Maha Pencipta.

Apatah lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadan, terdapat satu malam yang disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat, iaitulah malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadr – atau diterjemahkan sebagai malam takdir.

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.

Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: “Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan” (Surah al-Qadr, ayat 3) .

Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr

Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.

Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.

Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.

Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut

Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.

Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan solih lain yang dianjurkanIslam.

Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.

Hikmah dirahsiakan kehadirannya

Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.

Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.

Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.

Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.

Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.

Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka’ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu’awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. “Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27.”

Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.

Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.

Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.

Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.”

Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.

Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.

Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr

Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.

Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.

Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.

Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.

Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.

Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

Fokus umat pada malam tersebut

Lailatul Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai untuk mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan pada malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut:

Menghayati malam tersebut dengan ibadah

Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.

Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.

Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr.

Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama’ cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr.

Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr!

Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat Bukan sahaja melakukan ibadat qiyamullail itu dikira sebagai satu amal ibadat yang baik di sisi Allah SWT, malah memikirkan sesuatu khususnya mengenai masalah yang melanda umat Islam hari ini juga dikira sebagai ibadat yang besar, apatah lagi ketika menjalani proses beri’tikaf dalam masjid pada malam-malam terakhir Ramadan.

Lebih-lebih lagi masalah umat secara global, sama ada keruntuhan moral, perilaku, akhlak di kalangan remaja lelaki mahupun perempuan, masalah krisis keyakinan terhadap Islam di kalangan mereka yang mempunyai profil tinggi dan lain-lain, kesemua itu dapat ditangani jika masing-masing memainkan peranan sebagai hamba Allah yang mempunyai jati diri sebagai orang yang bertakwa seperti yang dituntut dalam ayat mengenai matlamat pelaksanaan ibadat puasa.

Fadilat Lailatul Qadr

Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba’diyah Isya’. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?

Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :

“Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :’Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu’ – [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318]. Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :

“Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya’ berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.

Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :”Barangsiapa yang bersolat Isya’ berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami’ Saghir – 6341).

Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya’, adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :

“Barangsiapa yang solat Isya’ berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya’ dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama – 6342).”

Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang solih, Insya Allah. – mks. _

August 27, 2010 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Merantau….Harimau Melayu “Bangkit Kembali”….

Tahun 2009 aku dapat tahu sebuah filem pertarungan berteraskan Silat akan diterbitkan oleh Indonesia…sejak dari itu aku terus mencari di internet dan dapat la tengok trailer cerita Merantau ni. First impression? Memang best!!!. Lama setelah zaman kemasyuran Jackie Chan baru lah muncul Tony Ja..terubat la sikit rindu pada filem2 fighting nih…dah sekian lama asyik disogokkan dengan adegan2 karate oleh artis barat yang kadang kala kareografinya nampak tak logik…kalau ade filem kung fu lak dah sampai terbang2 sana sini. Kehadiran Ong Bak di layar perak membangkitkan kembali semangat peminat2 genre filem sebegini. Namun sayang, garapan dalam filem sequelnya Ong Bak 2 telah mengundang kritikan hebat kerana kurang menyengat… 

Merantau mula ditayangkan dipawagam-pawagam Indonesia pada Julai 2009. Akhirnya setelah beberapa bulan sampai jugak filem ni di Malaysia. Agak mengecewakan apabila tajuk Filem telah diubah kepada “Merantau Warior” untuk pasaran luar indonesia…kenapa perlu ada penambahan perkataan inggeris? Apakah penerbit merasakan yg penggunaan bahasa Melayu semata-mata tidak mempunyai nilai komersial? Jika benar filem ini dihasilkan untuk menonjolkan kembali kehebatan orang Melayu, kenapa tajuk perlu ada penambahan sebegitu? Renung-renungkan….

 Telah menjadi adat dan dan kebiasaan malah ada yg menjadikan kewajipan bagi pemuda2 suku kaum Minangkabau untuk keluar ‘merantau’, iaitu keluar meninggalkan kampung halaman bagi mencari pengalaman hidup dibumi asing. Seorang pemuda yg tidak keluar merantau berdepan risiko menjadi bahan cemuhan masyarakat. Lebih2 lagi jika pemuda tersebut termasuk dalam kategori tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk menyara keluarga…dah tentu tak der sapa yg sudi nak nikahkan anak dia dgn org yg tak tentu hala masa depannya. Merantau juga dilihat sebagai perjalanan untuk menguatkan aspek spiritual pemuda Minangkabau…pemuda Minang yg hendak merantau selalunya perlu menyiapkan diri dengan ilmu Silat untuk menjaga diri diperantauan. Dengan merantau diharapkan pemuda Minang akan dapat membentuk jatidiri seterusnya menjadikan kehidupannya lebih baik…. 

Filem ini mengisahkan Yuda (Iko Uwais) keluar untuk ‘merantau’ ke kota Jakarta. Beliau berhasrat untuk menjadi tenaga pengajar Silat di kota besar itu.  Secara kebetulan dia terlibat dengan sindiket ‘menjual orang’ apabila membantu Astri (Sisca Jessica) dan adiknya Adit (Yusuf Aulia). Kalau nak ikutkan plot cerita memang la stereotype…hero bergasak dengan orang jahat untuk selamatkan heroin….filem heroic memang la macam tuh…tapi aspek yang paling penting bagi filem fighting ialah aksi2 pertarungannya…bagaimana kaedah sesuatu seni bela diri itu disampaikan kepada penonton…lebih2 lagi golongan pengamal seni bela diri yang tentunya lebih memahami…

Pengarah iaitu Gareth Evans telah memilih untuk mengenengahkan Seni Silat Harimau Minangkabau. Gareth pernah mengeluarkan filem dokumentari tentang pencak silat Indonesia sebelum ini. Berbalik kepasa Iko Uwais…beliau merupakan jaguh silat kebangsaan…lebih sembilan tahun mempraktikkan Silat 3 Berantai Putera Betawi di Jakarta. beliau menuntut Silat Harimau Minangkabau dari Datuk Edwel (pewaris Harimau Minangkabau) selama 6 bulan untuk filem ini. Menurut Iko, asas Silat Betawi & Silat Harimau hampir sama membuat kan lebih mudah untuk beliau mencerap tunjuk ajar Datok Edwel (juga berlakon sebagai guru Yuda).

Aku suka filem ni bukan semata-mata kerana ia filem Silat…tapi jika diperhatikan betul2 filem ini juga secara tidak langsung menyelitkan keperibadian orang Melayu. Perhatikan bagaimana Yuda lebih banyak mengelak diawal konflik…apabila keadaan semakin tertekan…musuh tidak mahu berundur barulah digunakan kuncian dan pukulan2 ‘peringatan’…kesabaran orang Melayu ada hadnya…bila musuh terus mendesak…barulah Yuda menggunakan pukulan2 maut…..

Scene paling best? Dah tentulah apabila Yuda terpaksa bertempur dengan rakan seperguruan(lain batch) di dalam lif. Silat ternyata efektif walaupun didalam ruang yang sempit….”Aku tak akan jadi seperti kamu”…itulah yg dilafazkan Yuda apabila berjaya menewaskan rakan seperguruannya…Seharusnya begitulah Silat…memupuk nilai murni di dalam diri pengamalnya…kepada pesilat2 yg telah hanyut dan menggunakan ilmunya dijalan yg tidak diredhai Allah…bertaubatlah…ingat pesan Guru…

Masa aku remaja dulu pernah aku belajar Silat harimau nih..tapi dah lama tinggal..didalam cerita ni teknik sapuan & pukulan ditonjolkan secara tepat…silat Harimau ni memang keras latihannya…tetapi ‘berbaloi’ bila digunakan dalam situasi beladiri sebenar…ni yang rasa semangat nak mencari balik Silat Harimau nih…

Kermuncak perjuangan Yuda adalah pertarungan dengan 2 orang mat salleh yg merupakan dalang kepada sindiket penyeludupan gadis Indonesia ke luar negara. Pertarungan dikawansan penuh kontena memaparkan pukulan2 maut Silat Harimau Minangkabau..memang best!!!…

Yang tak best? Hero mati!!!!…tension btul…bukan apa…aku mengharapkan sequel dia nanti…kalau dah Yuda mati cam no?…mmg anti climax btul la..apapun tahniah kepda semua yg terlibat dalam pembikinan filem ini..nak harapkan penggiat seni malaysia kempunan ler nak tengok citer silat…yg ade citer cinta…bohsia…merempit…sex bebas…lahanat btul…Dulu ada la citer pendekar kundur…keris hitam bersepuh emas…luk 7 dan beberapa lagi cerita silat…nak harap siri pendekar lagi la hampeh…konon cerita melayu…bila masuk bab lawan terus keluar kung fu…aku akan sentiasa menunggu filem silat dari Indonesia…harap2 akan ada lagi nanti…syabas!!!

March 12, 2010 Posted by | Uncategorized | 3 Comments

Marwan Masuk Spital

Petang sabtu tuh aku tengah duk main takraw org umah datang ke court…Marwan mcm sesak nafas sikit…aku terus berenti main takraw & bawak dia gi klinik rozita…ambik gas pas tu doktor tulis surat refer untuk masuk wad…Marwan dah lembk sgt…tak de tenaga sbb sehari ni dia tamo makan…

Ni Marwan tengah ambik gas kat Klinik Rozita..kali ni dia tak meronta sebab dia tau gas tu buat dia selesa bernafas…

Lepas maghrib aku bawak pegi KPJ specialist kat Shah Alam…dekat sejam tunggu baru dihantar ke wad…hangin jugak la sebab tengok anak dah tak bermaya mcm tuh…bayar deposit nak kena tunggu proses dokumen lagi..dah tu siap kena tunggu hantar report kat dktor pakar dulu…dah dapat reply baru nak hantar wad…byk pulak prosedurnya…tapi nak wat cam ner…sabar jer lah…

Masuk jer wad dia dah tak larat sangat…masa nak cucuk drip dia sikit pun tak nangis…cuma bila doktor nak masukkan jarum dia pandangpandang ibunya…seolah-olah nak confirmkan betul ke apa yg org ni nak buat kan dia…wife aku terus confortkan dia…just nak make sure dia faham yg doktor tuh nak tolong…diapun lemah sgt…so tak ler struggle sgt nak masukkan jarum drip tuh..setiap 4 jam dia kena ambik gas…ubat masukkan setiap 6 jam..sian nyer tengok…

Ni hari ni pukul sebelas pagi tadi dah buat sedut kahak tuh…lepas tuh x-ray…petangnya doktor datang bagitau x-ray tunjuk kahak dah sampai kat paru2…so esok kena sedut lagi la…wife aku cakap sepanjang proses sedut tuh Marwan menjerit tak berenti…bayangkan tiub dirodok masuk ke tekak…mana la budak tuh tak sakit…dan esok dia terpaksa melalui lagi kesakitan yg sama…

Terima kasih pada kawan2 yg talifon bertanya khabar…tolong doakan supaya Ameen Marwan cepat sembuh…

February 9, 2010 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Cover Depan Majalah Keluarga Feb 2010

Baca tajuk tuh…haa…kami satu family jadi cover majalah Keluarga keluaran Februari 2010…duk citer pasal family jer ler…apa harapan terhadap anak2 dan sebagainya…sesambil tuh diambik jugak gambo2 taman kitorang….biarpun ruang kecik laman tu..tapi kami manfaatkan sebaiknya untuk sedap mata memandang time berehat kat depan tuh…tak kira la time malam atau petang…yg penting jiwa tenang melihat bunga2 nih…

“Apakah konsep taman yang cuba anda ketengahkan?” Eyy…wartawan nih..mana aku reti nak menjawab bende2 tuh semua…taman nih org rumah aku ler arkiteknya…aku tukang kebunnyer aje…ehehehehe…”

Sebenarnya kami cuba untuk menonjolkan elemen2 nusantara…kalau anda perhatikan pokok2 yg digunakan menonjolkan identiti Melayu itu sendiri…begitu jugak dengan penggunaan tempayan & pasu2 yang bercirikan unsur2 kemelayuan…jadi boleh la dikatakan yg taman ni berkonsepkan “Malay Contemporary”…confident jer aku menjawab…ehehehe…

Ok encik…semua sekali RM25…Ha?…apa?..apa yg RM25 nyer?..Ni gamba encik sekeluarga ni harganya RM25 rnggit…untuk cetakan kedua RM8 saiz A3…jeng…jeng…jengggggggggggggg…..rupanya aku kat karnival Karangkraft…ade sesi fotografi untuk sesapa yg nak merasa gambo mcm cover majalah…ahahahahaha…syiot jer…abih tuh…dah muka melayu maut cam nih mana la nak boleh masuk majalah…kalau ‘pan asian’ tuh mmg la menjadi buruan…ini kalau mix pun acheh ngan siam..mustahil lah nak jadik cover majalah…harapan jer ler…ekekekekekeke….

Tapi gambo2 taman tuh mmg betul taman kat rumah aku…dah tentu kita akan byk spend masa kat rumah…itu yg aku ngan wife cuba jadikan laman kecik tuh secantik mungkin supaya buleh release stress bila melepak kat situ…kalau korang ade idea cam mana nak cantikkan lagi lanskap kitorang nih sila lah berkongsi….arigato…ehehehehehe

February 4, 2010 Posted by | Uncategorized | 7 Comments

Dah 2 tahun…

3 Februari 2008, aku tgh duk mundar-mandir kat ruang menunggu Darul Ehsan Medical Center. Honey dah lebih  setengah jam kat dewan bedah..apa bende doktor buat ni…lamanya…risau dah aku nih…jam 11:20 pagi nurse datang datang cari aku kat bilik menunggu…anak aku dah selamat dilahirkan la tu…macam anak2 aku yang lepas, nurse akan datang bagitahu dah selamat lahir dan mintak azankan…

“Encik Arman boleh naik tingkat atas kejap? Doktor nak bincang” tetiba aku rasa takut…nape dengan anak aku yg ketiga ni?…ada komplikasi ke? cacat ke dia? macam2 bende bermain kat fikiran aku nih…susah hati Allah sahaja yang tahu…Sampai tigkat atas aku kena pakai pakaian untuk masuk bilik rawatan rapi tuh…siap kena pakai topeng…nun disudut ward seorang doktor bahagian kanak2 tengah tunggu kat sebelah incubator…

“Hi Encik Arman, saya Doktor Kushi…doktor bahagian kanak2. Your child ade sedikit lung complication…we will try our best to help him breathe normally. As of now we are still supporting with the machne. Give me another hour, if he does not show any recovery sign then we have to refer him to a specialist”. Rasa nak pengsan aku dengar…yer lah…selama ni dah 2 orang anak tak der masalah…tetiba yang ni pulak jadi macam nih..badan anak aku warna ungu jer…tak tergamak aku nak tengok keadaan dia macam tuh…dah ler kecik sangat….lepas setengah jam aku tengok badan beransur-ansur bertukar jadi warna merah…dktor cakap itu makna nya dia tengah nak pulih…syukur alhamdulillah….petangnya baru dapat bawak dia kat bilik…

 Semalam 3 Februari 2010. genap dia 2 tahun. Syukur alhamdulillah, Ameen Marwan membesar sihat seperti anak2 aku yang lain. Cuma kadang2 jer la dia jadi sesak nafas…itupun kalau persekitaran tak berapa sihat la..so nak kena jaga bebetul….

Sekali lagi hasil seni dari Pn. Emma…kali ni bukan kek…tapi gabungan cupcake ngan brownies…sedap as usual…dan yg ni Emma bagi as a birthday gift untuk Marwan. Patut la lain macam sedapnya…freee…ehehehehehehe…

Birthday boy…sememeh jer muka…sian…hari birthday demam lak dia…tapi cam biasa la anak2 aku…demam cam mana pun bila tme begambo control tuh…ehehehehehe…Happy Birthday Ameen Marwan…semoga menjadi anak yang soleh…berjaya didunia dan akhirat…insyaAllah…

February 4, 2010 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Sian Marwan…

Itu hari anak aku yg kecik tuh kena lelah…sian tengok dia susah nak bernafas…aku bawak dia gi klinik…asalnya nak gi cucuk…pastu tengok bernafas lain lain macam jer…terus doktor tak bagi cucuk…kena ambik gas…

Memula nak bagi gas tuh jenuh jugak la dia meronta…puas pujuk tak mau jugak…last sekali kena paksa jugak la…apa nak buat…bila dah lama sikit baru dia nampak bertenang sikit…mungkin sebab dia dah mula rasa selesa…dah mula rasa senang sikit nak bernafas kot…sian dia…

Malamnya sekali lagi dia jadi sesak nafas…aku bawak gi klinik Rozita pulak…dekat sikit dengan rumah..kali ni tak payah susah2 nak bagi gas tuh…sia sendiri yg tarik boh kat muka sia…dia dah paham bende tuh boleh tolong dia bernafas lebih selesa kot…

Alhamdulillah sekarangni under control la…so byk sikit la nak kena beringat…air sus berkultur tak boleh minum…habuk tak bleh…bulu kucing tak bleh…ha…sebut pasal kucing….itu hari ada kucing datang beranak kat rumah aku…nak halau kesian…aku kan jenih tak sampai hati..so anak2 aku la yg bidankan dia…semua sekali ada 4 ekor anak…2 jantan dan 2 betina…kepada sesapa yg nak kucing angkat sila datang ambik kat rumah…usia anak2 tuh dah 2 miggu lebih…aku nak buang kesian…tapi aku nak bela anak2 aku lak lelah…so tolong la cari sesapa yg nak jadi family angkat diorang nih…angkut la dengan mak nyer sekali….sapa mau call aku…019-3439119…

 

 

February 1, 2010 Posted by | Uncategorized | 1 Comment