yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Mimi beranak lagi…

Itu hari aku dah iklankan Mimi kat mudah…nak cari keluarga angkat la konon…dah ada la sorang brader ambik…sekali esoknya aku terpaksa gi ambik Mimi balik sebab brader tuh kata dia bunting…so maleh la nak bela…ada ke nak lpaskan kalau aku tak ambik…naya jer kat binatang…

So sekarang nih mimi dah beranak…3 ekor anak nyer…mcm batch pertama gak…ni dia masa mula2 beranak…

Bawah ni abang & kakak2 tgh duk ushar…ganaz jer memasing…ehehehehe…

 

Ni kat bwh gambor latest kittens nih…dah 2 bulan lebih…dah ready nak makan gamaknya…

So¬† bertambah la family aku…errr…maknanya tanggungan pun tambah ler…adeh…so sesapa yg nak tolong bela roger aku…kena ambik ngan maknyer sekali…sian la pisahkan…ehehehe…

November 11, 2010 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Bulan sukan SU3…

Dah beredar pun flyers untuk memaklumkan pada penduduk berkenaan bulan sukan SU3…bagi aku persediaan para ajk tak cukup…last menet punya keje…so byk la kekurangan…apapun ini sebahagian dari usaha untuk menyuburkan lagi semangat kejiranan di kampung SU3 ni….

Aku kena lead sukan Takraw…sabtu ni akan berlangsung kejohanan tertutup nyer…errr…tak panggil meeting pun…ehehehehe…tak pa..aku support punya walaupun tak proper…2 malam sudah aku gi jumpa jiran2 baru kat Jalan Bidara….ada la 2 orang yg register nak main…kalau nak ikutkan sambutan setakat malam tadi baru duk ada 4 regu…ni kira terus semi final nih…ehehehehe….harap menjelang tarikh tutup esok makin ramai yg akan register….

Ehehehe…ni sekadar gambar hiasan…bakat2 SU3 baru nak tengok sabtu nih…ada ke yg bleh terbang cam nih?…ekekekeke…harap meriah la nanti…

November 4, 2010 Posted by | Activities, Life in SU3 | 1 Comment

Kopiah Mahal & Tasbih Kokka…

Apa tajuk tuh Yeop?…ngko nak berceramah pulak ke?…dah nak tukor tempat keje dari kilang ke masjid?…ehehehe…mungkin itu ler respon kengkawan bila baca tajuk nih…

Ni aku nak citer pasal kejadian kat R&R Tapah masa aku outstation ke Penang itu hari…Jumaat 22 October lepas aku kena gi Penang…awal pagi dah gerak…nak kena gi meeting ngan customer…citer Penang dulu…aku gi nih bukan kat pulau nun…Penang belah main-land ni ha..Prai..kat situ ada port makan tengahari baekkk punya…bawal deep fry ngan sambal kicap…apa istimewanya?..kalau kat KL nih tak dak pun yg istimewanya kalau setakat bawal goreng nih…tapi kat situh menjadi makanan trade-mark..berpusu-pusu orang datang…segala lapisan masyarakat tak kira bangsa..punya la hebat..bila aku rasa…pergh…layan jugak bai…dia punya umph lain macam…bila balik sini buat bende sama tak pulak rasa sedapnya..ekekeke…

Bebalik pada tajuk asal..petangnya masa nak balik KL aku singgah kat R&R Tapah…masa nak ke toilet tuh aku ada nampak sorang remaja nih tengah mintak derma sambil jual bende..biasanya bebudak gini akan jual VCD atau ubat sapu atau kalender atau pun ayat2 Quran untuk di framekan…aku pun tak kesah la…memang dah terniat nak menghulur so lepas ke surau nanti aku hulur la..

On-da-way dari surau aku tengok remaja tuh tengah approach sorang brader nih…berkopiah mahal dikepala bertasbih kokka di tangan..badan gempal2 sikit sekali tengok cam gaya ustaz…berjanggut sejemput dengan misai nipis..dari surau tuh aku nampak brader nih menolak bila adik tuh nak jual barang untuk sekolah anak yatim tuh tapi adik tuh tak putus asa follow dan approach sekali lagi…sekali brader tuh naik angin…dirampaskannya beg adik tuh dan dicampak ke longkang…keadaan jadi sedikit kecoh dengan brader ala ustaz terus menyoal berkenaan permit kutipan derma dan sebagainya…

“Sampai hati pak cik”…kata adik tuh…si brader kopiah mahal bertambah berang…resit ditangan adik tuh cuba dirampas…untuk menjadi habuan longkang jugak la gamaknya…panas hati aku tengok…beberapa orang biasa lain (bukan gaya ustaz) yg tidak berkopiah mahal dan bertasbih kokka nih cuba meleraikan keadaan…sorang brader berseluar ‘steng’ bersuara…”ustaz…kalu tamo bagi dah la…tak perlu nak menganiaya adik nih sampai macam nih…kalau betul pun dia kutip derma tanpa permit itu urusan dia dengan Allah”…pergh…org biasa menasihati orang yg zahirnya nampak alim…”Kopiah tuh buat tadah kencing jer ler ustaz..”…terdengar suara sorang mamat rock kapak kat celah2 org ramai tuh…

Ini bukan kali pertama aku tengok org yg zahirnya alim tapi berperangai mcm org tak bertamadun…wife aku selalu tegur aku..”Abg nih selalu skeptical ngan org yg nampak baik”…ha ni la sebabnya…aku dah muak dengan mangga yg berulat…kulit luar nampak cantik tapi dalam busuk…

Pandangan aku sebagai warga yg jahil…derma nih perlu ikhlas…ikhlas pada yg memberi…kalau sungguh yg menerima tuh menipu pun itu urusan dia ngan Tuhan…yg penting kita ikhlas..bagi aku senang jer…kita nak bagi parang kat org supaya dapat bantu dia berkebun…kalau dah dia nak guna parang tuh untuk menyamun kita nak buleh buat apa…bukan nya kita nih buleh baca apa nak jadi kat masa depan nun…itu dia tanggung la…kita bagi niatkan untuk kebaikan…tah la…dunia nih makin pelik..aku harap brader berkpiah mahal bertasbih kokka tuh dapat muhasabah diri…ke pandangan aku nih salah?…ustaz tuh betul kot?…korang dengar la penjelasan dia pulak…kot la adik tuh ada maki hamun dia yg aku tak nampak…kot la…

November 1, 2010 Posted by | Aku & Sesuatu | 1 Comment