yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Kera di hutan disusukan…anak sendiri mati kelaparan…

Semalam aku saja la surfing kat youtube tuh…cari la video2 pasal silat…sekali ada satu video nih org brazil…taraf maestro (master/guru) silat….ada sekolah silat kat sana nun…satu aliran yg aku kenal….apa bezanya video ni berbanding video2 lain?….besar beb ertinya video nih kat aku….buatkan aku terpikir…apa yg di tunjuk kat video tuh kira peringkat yg perlu belajar lama sikit…persoalannya…dia orang brazil…berapa lama dia menuntut kat sini?…..peringkat yg dia tunjuk tuh aku tengok kat sini makan 3-4 tahun baru di ‘bagi’….”bukan tak mo bagi tapi hanya jauhari mengenal manikam”…kata para jurulatih la….tapi betul ke mcm tu?

Kami dulu nak dapat pun susah….tak adil la kalau org baru senang je dapat…

Barang mahal memang payah nak dapat…

Dia kadang2 kat rumah plan nak ajar A…tapi bila sampai kat gelanggang jadi B..

Sabar…sabar…sabar….

Tak boleh gelojoh…asas kena betul…baru jadi…

Naik muak aku dengar kata2 kat atas nih….hakikatnya memang kita kemut dengan bangsa sendiri….nak belajar hak sendiri pun jenuh nak dapat…macam2 alasan & kata2 hikmah keluar bila ditanya kenapa slow sgt pelajaran…org luar senang jer dapat…siap buat cari makan lagi kat sana….kalau berterusan macam nih…suatu hari nanti kita terpaksa mengemis ilmu bangsa sendiri dari orang asing!!!!

Bila belajar ‘hak ‘org, kita dituduh melayu yg lupa pada asal usul…tapi nak belajar ‘hak’ melayu kemut sangat…dgn orang melayu la kemut…org brazil tak per. “Bukan apa…takut bagi kat orang yg salah”…kata diorang…ehhh…org Brazil tuh ‘org yg betul’ la kiranya?….dia muslim kot….Aku yakin org2 silat ramai la yg akan menidakkan apa yg aku tulis nih…ada la bende nak nasihat kat aku nanti…bagi la apa alasan tuan2 nak bagi…tapi hakikatnya memang org kita kedekut ilmu dengan bangsa sendiri…ni pandangan peribadi jer…tak melibatkan org lain. Atau sebab orang brazil tuh bayor lebih?…duit ke masalahnya?…cakap la…bleh usahakan tuh…ke sebab ‘grand’ sikit kalau ada murid kat oversea?…

Apakah aku ni terlalu bersangka buruk dengan Guru2 & jurulatih2 silat?…ni semua perasaan aku jer kot…errr…tapi kawan aku si “T” tuh baru belajar 2 tahun ‘hak’ luar tapi dah masuk tahap berapa DAN dah black belt nyer…kawan aku si “A” lak lepas 2 tahun nih baru buleh ‘menari’ sikit2 kat kenduri kawin…itulah silat…sian…balik2 cakap pasal pengorbanan…buat demo tengah2 panas…makan nasik bungkus tepi longkang..katanya demi untuk mengembangkan warisan….

Muak sungguh!!!

KORANG BUKTIKAN AKU SALAH!!!

August 27, 2010 Posted by | Aku & Sesuatu, The Arts Of Fighting | 2 Comments

Bodyguards & Assassins…kurang umph!!

Aku nak citer sket pasal Filem Bodyguards & Assassins yg aku tengok itu hari. Cerita berkisar sekitar awal1900-an, Dr. Sun Yat Sen tiba di Hong Kong untuk mengadakan perjumpaan sulit dengan  13 orang pemimpin kumpulan reformasi. Objektif perjumpaan adalah untuk membuat perancangan bagi menjatuhkan kerajaan dinasti Qing. Berita ketibaan Dr. Sun diketahui oleh pihak dinasti Qing lalu para pembunuh dari dinasti Qing yang diketuai oleh Jeneral Xiao Quo ditugaskan untuk membunuh Dr. Sun yang merupakan penggerak kepada reformasi untuk menjatuhkan kerajaan. Sepasukan tentera (bodyguards) yang diketuai oleh Jeneral Fang telah bersiap sedia untuk memberi perlindungan kepada Dr. Sun namun mereka telah dibunuh dengan kejam oleh Quo & pengikutnya beberapa hari sebelum ketibaan Dr. Sun.

 

Tengok pada poster aku ingatkan Donnie yg merupakan watak utama namun bila tengok citer ni aku berpendapat bahawa penggerak utama adalah Wang Xueqi yang membawa watak Li, seorang ahli perniagaan yang berjaya, tidak mempunyai agenda politik tapi terlibat akhirnya dengan gerakan reformasi kerana penglibatan anaknya dan sahabatnya Chen(Tony Leung). Beliau akhirnya mengumpulkan jaguh2 yang telah lama memencilkan diri bagi menggantikan peranan kumpulan Jeneral Fang untuk melindungi Dr. Sun. So bagaimana dengan Donie Yen? Penglibatan Donnie dalam gerakan reformasi hanya diperingkat akhir apabila bekas isterinya meminta beliau melindungi Li (suami baru) sepanjang operasi tersebut. 

Bagi mereka yang menonton aksi Donnie Yen dalam filem Ip Man pastinya akan merasa kecewa dengan watak Donnie dalam filem ni. Beliau digambarkan sebagai org yang rendah moralnya…sanggup menggadaikan apa sahaja untuk duit…kaki judi la katakan (mungkin itu lah faktor beliau berpisah dengan isteri dan anaknya). Nak tengok Donnie fight macam dalam Ip Man?…kempunan jer lah…not in this film my friends…dalam filem ni kalau nak tengok Donnie buat “Parkour” bleh la. Leon Lai Cuma muncul sekejap…habis di’kitai’nya pembunuh tuh semua…tapi plot cerita waktu adegan tersebut teramatlah kelakarnya…korang pikir la…kumpulan bodyguard nih lari masuk dalam sebuah bangunan dan menonton Leon Lai bertarung….dan dibunuh….lepas Leon Lai kena bunuh dgn Quo baru la pakat nak lari semula…lawak kan…tak paham aku.

 

Aksi2 kungfu Donnie byk yang hilang ‘umph’…mungkin terlalu byk editing…

The first half memang plot cerita agak perlahan…personally aku rasa pengarah lebih byk nak develop character daripada menonjolkan aksi2 pertarungan.  Mengantuk aku nak habiskan sejam pertama nih…cerita start ada aksi sikit selepas Dr. Sun tiba….bermula lah adegan kejar-mengejar antara pembunuh dengan para bodyguard yg membawa Dr. Sun dalam beca….the next hour is full of  ’ bloody’ scenes…penuh dengan adegan tetak menetak…Dr. Sun Berjaya dibawa ke tempat perjumpaan…satu ‘diversion’ di buat dimana anak Li menyamar bagi menggantikan Dr. Sun didalam beca (ditarik oleh Nicholas Tse)…tepat jam sebelas perjumpaan selesai…perancangan untuk menjatuhkan dinasti Qing telah berjaya dibincangkan….bodyguards yg buat diversion semuanya mati…termasuk anak Li…sungguh tragis…tapi apasal la anak Li tak lari kluar dari beca tuh…duk tunggu jer Jeneral Xiao Quo tikam dia(dengan serpihan beca lak tuh)..ha sebelum aku lupa…Quo pun mati gak….kena tembak depan beca…patut boleh tembak awal2 lagi…Scene terakhir tunjuk Dr. Sun atas kapal sambil buat muka sedih…mungkin sebab terkenangkan para bodyguard yang telah terkorban untuk gerakan reformasi ni…abih tu kenapa tak meeting kat atas kapal jer?… 

Bagi aku fielm ni lebih digarap untuk menunjuk kan aspek drama & sejarahnya…jadi bukan lah boleh dinobatkan sebagai filem pertarungan seperti yg aku nak…slightly out of my expectation…so kepada peminat Donnie Yen…tunggu la filem dia yg lain…tension nya aku….

February 23, 2010 Posted by | The Arts Of Fighting | Leave a comment

Apa dah jadi??

Atas permintaan beberapa ibubapa maka Sifu decide nak proceed la kelas Sendeng untuk remaja tuh. Memandangkan sekarang nih gejala sosial semakin kronik, maka perlu adanya segelintir dari kita yg mengambil tanggungjawab untuk membimbing para remaja. Biarlah mereka melibatkan diri dengan aktiviti yang sihat. Secara tidak lansung penerapan nilai2 agama melalui pendekatan silat kita harapkan dapat sekurang-kurangnya menyediakan benteng pertahanan diri remaja kita daripada anasir2 negative.

Mulanya Sifu mintak kitorang gotong royong buat banner tuh tapi bila pikir2 balik kalau nak buat banner biarlah yang ‘presentable’. So tanpa pengetahuan Sifu, aku pakat ngan para sahabat collect duit sikit sorang untuk tempah banner. Hairol ditugaskan untuk mendesign banner tuh…cantekkkkkk….

Banner Sendeng

Sabtu lepas selesai latihan kitorang gi pasang banner kat area traffic light simpang 6 saujana utama. Challenge jugak la nak pasang tuh…tinggi beb memanjat tinag tuh.

Semalam masa balik dari keje dalam kul lapan lebih…aku tengok banner tuh dah tak der…baru seminggu pasang dah hilang? “MDKS turunkan kot”…tapi apsal banner yg lain tak diturun kan sama?…mungkin jugak angin tiup sampai putus tali…masih lagi bersangka baik….aku pegi ushar kat sekitar kawasan tuh…tak der lak nampak banner tuh terjelepuk kat memana…kalau putus ditiup angin mesti ada kat sekitar situ jer…so macam mana banner tuh buleh tak de?….

Aku harap ini bukan lah perbuatan ‘khianat’….kalau sungguhpun ada org yg tak suka banner tuh naik kat Saujana Utama…at least letak la kat tepi tiang tuh…bukan murah nak tempah banner tuh beb…Allah maha adil…kalau betul ada yg sengaja turunkan atas dasar dengki atau tak puas hati….aku doakan semoga Allah bukakan hati diorang untuk bertaubat….kalau banner tuh jatuh sebab tiupan angin…aku harap dapat la jumpa balik…biarlah Allah yg tentukan…yg penting niat kita baik….

July 10, 2009 Posted by | The Arts Of Fighting | 7 Comments

Ong Bak 2…suatu penantian yg mengecewakan…

ongbak2

Aku tau dah agak lambat untuk aku komen pasal citer nih…tapi aku rasa aku perlu luahkan jugak pandangan selaku seorang peminat filem ‘martial arts’. Aku kecewa dengan citer nih sebenarnya. Tony Jaa…satu nama besar yg sinonim dengan seni Tomoi Tua @ Muay Boron. Aksi2 yg dipaprkan dalam Ong Bak pertama dulu telah berjaya melonjakkan nama beliau dipersada antarabangsa. Beliau mengingatkan kita kepada Jackie Chan semasa zaman mudanya. Project A, Operation Condor, Armour Of God dan byk lagi filem2 Jackie yg meaparkan aksi2 gaduh & stunt yg cukup hebat.

ma_ong-bakcr

Aksi2 dari filem Ong Bak 1

Ong Bak 2 berlatar belakangkan kisah di zaman pemerintahan kerajaan Ayuthaya…kenapa Tony memilih untuk buat citer pasal zaman purba? Cerita lansung tak der kaitan dengan filem yg pertama, sekadar menyambung tajuk untuk menarik org ke panggung. Sepatutnya dia mengambil peluang ini untuk mencipta nama di Hong Kong atau Hollywood. Sepatutnya dia sambung cerita dulu, mungkin kali ni dia diminta escort something yg berharga ke Hong Kong…disana dia mula terlibat dengan gangster2 Hong Kong yg terkenal dengan ‘parang berkilat’ nya. Mungkin di boleh team up dengan Donnie Yen atau sesiapa saja aktor martial arts Hong Kong untuk menjadikan plot cerita lebih menarik..tak paham betul la aku…cam mana la dia bleh terpikir nak buat citer ‘org asli’ pulak. Aku mengharapkan aksi2 Tomoi Tua yg lagi hebat tapi hampa…terlalu byk seni beladiri lain yg ditonjolkan…Tony berkungfu, bersilat, bermain seni tempur pedang aliran Jepun…adus…spoil betul…siap ade satu scene tuh dah macam citer Drunken Master lakonan Jackie Chan…

drunken

Inilah scene yg aku maksudkan tuh….kan dah sebijik cam ‘Drunken Master’…Paling sakit hati dia punya ending…mmg bebulu la aku cakap…tak tau la aku nak cakap cam mana…mmg hampeh…tau2 dah habih…adus….mungkin diorang nak sambung lagi next film tapi sesapa tengok pun buleh sawan la kalau dah ending cam tuh…

Secara keseluruhan fight scene mmg byk tapi Tony seolah-olah hilang identiti. Aku harap Ong Bak 3 nanti dia akan ‘kembali ke pangkal jalan’…kat bawah ni poster untuk next film….

177409ongbak3firstposter

April 15, 2009 Posted by | The Arts Of Fighting | 5 Comments

Ip Man…penyelamat maruah filem martial arts…

Ip Man – Lagenda Wing Chun

ipman
 

Lama dah sebenarnya aku tengok citer Ip Man nih…tapi masa tak berapa nak mengizinkan untuk aku share my thought on this film. Biasanya aku maleh nak layan citer2 kung fu nih selain dari citer Bruce Lee, Jackie Chan atau Tony Jaa. Sebab?…fight scene byk yg tak real..terbang sana sini…baik tengok citer Superman…dah tentu kita tau tuh citer fiction. Citer nih memang best. Bagi aku citer Ip Man nih merupakan penyelamat kepada filem2 martial art yg makin merapu kebelakangan ni. Ip Man adalah berlandaskan kepada kisah hidup lagenda Wing Chun. Beliau Merupakan guru kepada Bruce Lee. Filem ini diarahkan oleh Wilson Yip manakala choreographer untuk adegan lawan ialah Sammo Hung, rakan sekelas Jackie Chan yg memang cukup terkenal. Ip Chun iaitu anak Ip Man pula bertindak sebagai konsultan kepada penggambaran filem ini. 
 
 

ipman1
 

Kisah berkisar sekitar tahun 30-an & 40-an ketika Jepun menjajah China. Filem ini menghidangkan semangat kekeluargaan & setiakawan yg tinggi. Donnie Yen Berjaya membawa watak Ip Man dengan cukup baik. Biasanya kalau kita tengok filem kung fu, master mesti lah garang, King Control dan sebagai nya tapi dalam file mini jaguh kung fu nampak mcm takut bini jer sikit…ehehehehehe…Didalam filem ini Ip Man digambarkan sebagai seorang yg lemah lembut, penyayang (scene suap ubat kat bini ), bersopan santun namun dalam masa yang sama mempunyai daya juang & semangat yg cukup kental. Apapun yg paling best dalam filem nih ialah dia punya ‘fight scenes”….perghhhhh….bunyi penumbuk dia cam machine-gun…dasyat…
 

ipman2

 
Kenapa aku berminat untuk tengok citer nih? Obviously sebab konsep Wing Chun & Sendeng adalah hampir sama; “Practicality, efficiency & effectiveness”. Secara matematiknya jarak yg paling singkat diantara 2 titik ialah satu garisan lurus. Berdasarkan kepasa konsep inilah setiap serangbela adalah berbentuk “linear”. Ini membolehkan kita untuk mematahkan serangan lawan dengan lebih pantas. Falsafah Wing Chun “gunakan 4 tahil untuk megalihkan 100 kati” menggambarkan bagaimana sejumlah tenaga yg kecil jika digunakan dengan teknik yang betul akan dapat menghasilkan kekuatan yg cukup hebat.
 

ipman3 

Macam aku cakap tadi aku suka tengok citer nih berulangkali sebab konsep dia sama dengan Sendeng. “The best defense is to attack”. Sendeng menekankan konsep mendahului serangan pihak lawan. Sambil menepis kita memukul. Tangan itu yang menepis, tangan itu jugalah yg memukul. Bak kata orang putih, ‘use an offensive techniques that provide defense’. Chewahhhh…ehehehehehe…
 
Berikut antara falsafah didalam pembelajaran Sendeng;
 
“Yang  memukul itulah di pukul,
Yang menyerang itulah yang diserang,
Yang menyakitkan itulah yang disakitkan”
 
“Gerak engkau gerak aku,
mula engkau aku tiba,
langkah engkau gayang aku,
serangan engkau makanan aku.”
 
“Kalau dia datang sekati kita beri dia dua kati.Dia
datang sepikul, jatuh dua pikul, kita sepikul dia
sepikul.”
 
“Gerak Gayang Pantas Berani”
 
“Capai sebelum sampai dan bunuh sebelum hidup”
 
 
Persoalannya….bila nak ada cerita Silat? Kita sendiri tak kurang dengan tokoh2 terkenal yg berjuang untuk kelangsungan hidup bangsa kita. Kita ada Panglima Salleh, Tok Janggut, Mat Kilau, Pawang Nong dan ramai lagi tokoh2 silat yg telah berjuang untuk tanah air. Seingat aku cerita silat yg paling best setakat nih Keris Hitam Bersepuh Emas & Pendekar Kundur. Aku harap ada pihak yg nampak potensi untuk menghasilkan filem2 silat dimasa akan datang….tapi siapa?

March 20, 2009 Posted by | The Arts Of Fighting | 5 Comments

Lama dah tak menulis…

Lama sungguh aku tak update blog aku nih. Maklumlah…sekarang nih kompeni tempat aku keje dah blok semua access ke website yg tak related ngan keje. Kalau dulu time rehat jer mesti aku menulis kat blog nih…sejak undang2 baru nih tak dapek la aku nak memeriahkan chatbox SU3.com lagi.

Dulu aku ada citer pasal VSS…so seramai 25 orang yg terlibat dalam skim VSS nih. Jumaat lepas ada ‘com session’ lagi sekali ngan management. Diorang share kompeni nyer projected growth for the next coming quarters. Kalau ikutkan forecast mmg la kompeni nampak cam nak recover. Katanya diorang dah berjaya convincekan global management untuk keep the plant running. There will be no closing down of the company. Dulu pun masa VSS cakap cam tuh jugak ler…kononnya tak kan ade VSS…tup2 3~4 hari pass tuh announce pasal VSS tuh. Kesimpulannya aku nak kena ada back-up plan la. Anak2 buah aku pun dah start pegi interview. Aku dah anggap diorang cam adik2 aku…walaupun kalau diorang tinggalkan team nih bermakna kehilangan besar untuk aku…tapi demi untuk masa depan periuk nasik diorang aku kena la bagi encouragement…diorang pun ada anak bini yg nak di bagi makan…so aku paham la keadaan diorang cam ner…sama jer risau nyer ngan aku…

Selain pada tu aku jugak ada attend satu training kat kelab golf kota permai…tajuk kursus ‘executive coaching’…speaker Dr. Edvin Varo…best jugak la training dia tapi dalam masa satu hari tak cukup sebenarnya nak cover topik tuh in depth.

img056571

Aku & Abadi semasa kursus

Selain daripada citer VSS & kursus kat kelab golf tuh, aku sekarang ada hobi baru…ehehehehe…jumaat itu hari aku dah dapat sepasang tekpi. So sekarang nih tiap2 hari wajib aku spend masa at least sejam untuk pusing2 tekpi tuh…thehehehehe…insyaAllah kalau berkesempatan & ada rezeki aku nak belajar yg proper punya la….

img05693

Ini la tekpi nyer…ehehehehe..tekpi nih sebenarnya member aku Din beli kat internet…tapi dia rasa tak sedap sbb ringan sgt so aku pun minta beli la…kalau ikutkan ukuran mmg kurang ngam la ngan aku tapi memandangkan aku baru nak blaja tak kesah la..janji ada yer tak…ehehehe…

img05695

Hahahaha…bergaya cam P. Ramlee dalam citer 6 jahanam..padahal baru jer belajo pusing sikit2…ehehehehehe…sejak tengok citer tuh la minat aku pada tekpi hadir…lagipun aku kidal…so mmg elok la blaja senjata yg sepasang…bagi dua2 tangan hidup…cam aku ckp tadi…aku nak gi blaja yg proper punya…tungguuuuuuu…..

March 17, 2009 Posted by | The Arts Of Fighting | 3 Comments

Silat Sendeng DI SU3

Sedikit sejarah Sendeng yg dipetik dari  http://sendeng.tripod.com

Penggerak atau pembimbing utama yang aktif menyebarkan pembelajaran Seni Silat Sendeng ini ialah Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah , yang diwarisinya dari ninda-ninda beliau yang terkenal kehebatan ilmu kependekaran dan persilatan mereka sejak awal abad ke-20 yang silam.Beliau mula mempelajari ilmu kependekaran ini sejak berusia 5 tahun (1932) di bawah asuhan dan bimbingan nindanya sendiri HAJI HASSAN BIN MAHAT yang dikenali pada zamannya dengan panggilan Haji Hassan Pendekar , mahir di bidang seni dan permainan alat silat seperti pedang, keris, tekpi, tumbuk lada, tembong, tuas, tongkat dan kerambit.
Sepuluh tahun kemudiannya beliau berguru pula dengan dua nindanya yang terkenal iaitu TAMAM DAGANG (terkenal dengan gelaran pendekar yang kebal dan gagah) untuk mempelajari pukulan / buah sendeng dan HAJI MOHD ARIFF BIN SHAMSU ,bagi mendalami permainan Pukulan Tujuh Hari.
Kedua nindanya yang terakhir ini telah berguru dengan seorang pendekar terbilang dan Pengasas Pukulan Sendeng iaitu LONG MAMAT yang menetap di Padang , Muar Johor Darul Takzim. Dalam memantapkan ilmu keagamaan dan kerohanian pula beliau mempelajari dan mendalaminya dengan HAJI MOHD SALLEH BIN ABDUL KARIM yang terkenal dengan panggilan Kiai Salleh atau Panglima Salleh , Batu Pahat.
Beliau mula mengembangkan ilmu persilatan sendeng ini secara individu di peringkat awalnya sekitar tahun 1950-an dan kemudian menamakannya sebagai ‘Silat Sendeng Muar’. Hampir 58 tahun, beliau mengharungi liku-liku dan pahit manis menyebar dan menggembangkan ilmu persilatan ini ,demi mengekalkan kesinambungan warisan pusaka bangsa yang diwarisinyanya.Pada tanggal 19 Mei 1990 bersamaan 23 Syawal , 1410 Hijrah , beliau kembali ke rahmatullah dalam usia 63 tahun. Al – Fatihah.

PENGERTIAN SENI SILAT SENDENG

Ungkapan Seni Silat Sendeng yang diabadikan oleh Allahyarham Guru Utama Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah pada perguruan ini, mengandungi erti dan falsafahnya tersendiri.Di tinjau pengertiannya sepintas lalu menurut ungkapan tersebut ialah : – 

	SENI             -     adalah kehalusan atau kelembutan gerak atau langkah yang tersusun
		       ketika menggayakan atau melakukan sesuatu pergerakan jasmani.

	SILAT           -     ialah ketangkasan pergerakan jasmani ketika mempertahankan diri
		       atau menyerang sama ada bermain secara tangan kosong atau bersenjata.

	SENDENG     -     merupakan adunan teknik pukulan dan dan tektik mengelak
		       atau menyerang  berposisi mengiring.

Mendalami pengertian SENDENG yang menjadi teras perguruan ini, ia mencakupi ertikata yang amat luas baik dari segi ilmiah, jasmaniah mahupun rohaniah.Di sei ilmiah umpamanya ‘Sendeng’ terdiri dari sukukata dua perkataan yang dicantumkan iaitu ‘SEN dan ‘DENG’.

 	' SEN '          -     singkatan dari perkataan  ' Senggam ' bermaksud  kedudukan  yang
		       kukuh, kuat dan rapi.	

	' DENG '        -     (atau ' DING ' ) berasal dari perkataan  ' Dinding ' iaitu tempat
		       bertahan, tembok atau tempat perlindungan.	

Di sudut jasmani pula, kedudukan secara menyendeng ketika menunggu serangan dapat menyelamatkan tujuh bahagian anggota yang merbahaya (muka, halkum, dada, sudu hati, rusuk , perut dan kemaluan.Di mana setiap bahagian sasaran utama yang menguntungkan lawan telah dikawal rapi.

Dengan cara ini juga akan memudahkan sipesilat untuk menggorak langkah sama ada maju ke hadapan, mengundur dan membuat buangan atau menepis.

Manakala dari segi rohaniah kedudukan menyendeng dikatakan selamat dari ancaman ‘permainan jauh ‘ dan seandainya kena hanya sipi dan tidak tepat kerana ternyata tempat yang hendak di ‘tujui’ nya (seperti jantung, ulu hati dan kemaluan) telah terlindung oleh bahu malah tidak dapat ditembusi kerana digalang oleh rahsia ‘ Lam Alif ‘ yang terjadi pada bentuk badan bila berkeadaan mengiring.Lagipun turun naik nafas yang menjadi panduan utama keberkesanan ‘ permainan jauh’ itu sukar untuk dikesan.

Oleh yang demikian itu kedudukan ‘Sendeng ‘ merupakan salah satu cara unutk melepaskan, mematikan, memuka dan menepis sebarang bentuk ‘musibah’ yang menghampirinya kerana falsafah sendeng ada menyatakan “capai sebelum sampai dan bunuh sebelum hidup”.

 

   

Sendeng Di SU3:

Perjuangan untuk terus mengembang dan memartabatkan warisan Sendeng telah di teruskan olah Saudara Ridzwan Abdullah (Sifu). Beliau telah berjuang di dlam Sendeng selama 16 tahun dan merupakan murid kepada Dr. Jamaludin Jalal iaitu ‘orang lama’ yang telah banyak berjasa untuk Sendeng.

Kelas Sendeng di SU3 bermula Ogos 2008. Kami bermula dengan 14 org yg bersemangat untuk kembali mendapat kan ‘hak’ bangsa namun ramai yang gugur dek tembakan peluru2 ‘kesibukan’ hidup. Kini hanya tinggal 4 orang murid yang masih lagi meneruskan azam untuk menyambung perjuangan org2 terdahulu. InsyaAllah, semoga kami dikurniakan kekuatan untuk kami meneruskan usaha murni ini.

Pada Januari 2009 buat pertama kalinya kami berpeluang untuk mempersembahkan gerakan Sendeng ini di khalayak ramai iaitu semasa kenduri kahwin anak Abg Najib. Gementar sungguh rasanya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

silat9

‘Sifu’ mempersembahkan gerakan Pecah 12.

dsc02478

Lela Sembah

silat5

Dari kiri; Epul, Aku, Sifu & Hairol

Kelas Sendeng diadakan setiap Sabtu malam. Kepada yg berminat untuk turut serta silalah ke gelanggang iaitu di padang permainan SU3 atau surau sekiranya hujan.

March 2, 2009 Posted by | The Arts Of Fighting | 4 Comments