yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Aidilfitri….

Lagi dua hari nak raya Mak balik kampung dengan Are, Ida, Qaseh & Adik Ya…aku masih keje lagi 8 hb tu…so plan hari buat lemang tuh la baru nak gerak…tapi tu lah…kita cuma mampu merancang jer…Allah yang menentukan…family aku semua pakat tak sihat…wife dan anak2 pakat2 demam…Mu`az muntah2…Munaa demam panas…Marwan duk semput…aku?…sakit gigi…argh!!!….

Gema…..

Takbir di subuh hari…

Menjelang sudah…

Aidilfitri…..

Adu la S Jibeng nih…syahdu lak aku dengar. Malam raya tu aku call Mak cakap tak dapat balik beraya…Sedih sungguh rasanya tak dapat beraya dengan Mak kali ni. Mak pun paham sebab Mak nampak memang anak2 aku tak sihat sebelum balik itu hari..so malam tuh kitorang siap2 la nak gi tido rumah mak abah kat Selayang…tengah duk siap2 tetiba Abg Najib lalu…”Yeop…jom takbir kat rumah abang”…so aku tangguhkan kejap nak ke Selayang…aku bawak Mu`az ikut takbir…ramai jugak rupanya yg beraya di SU3…bertakbir kat rumah Abg Najib aje dah ada berbelas org…lepas tu takbir kat rumah Abg Saidi pulak…masa tuh jam dah dekat pukul 11 so aku lepak makan kejap jer ler…

Hj. Rosmin tengah duk baca doa lepas takbir kat rumah Abang Saidi.

Antara jiran2 yg hadir bertakbir bersama-sama dimalam Aidilfitri..

Remaja2 SU3 pun turut serta dengan rombongan takbir…alhamdulillah…

Dah dekat kul sebelas stengah baru kitorang gerak dari SU3. Sampai Sri Damansara Nas call…diorg dah rabak mata katanya…duk tunggu kitorang jer nak potong kek…kebetulan hari nih (dah lepas kul doblas…kira dah masuk seploh hb ler..)birthday Abah so Zai dah belikan kek…secret recipe tuh beb…lepas makan duk layan borak je la ngan adik2 ipar aku…kalau dah dengan Nas tuh borak apa lagi…silat ler…ehehehe…

Kek birthday Abah & Mak sekali…secret recipe beb…maunyer tak sedap…

Pagi raya…lepas subuh Honey dah sibuk menggosok baju raya…aku sempat lagi landing balik…penat malam tadi tido lambat…disebabkan Marwan masih tak sihat so wife aku terpaksa la solat Aidilfitri kat rumah…aku bwk Mu`az je gi masjid. Selesai solat ada jamuan ringan kat masjid. Abah sebagai setiausaha masjid memang merupakan org paling penting dalam menghidupkan suasana hari raya di  masjid Taman Sri Melati nih…kalau korang tengok kerja2 Abah kat masjid sure korang impress…Abah memang pakar dalam Seni ‘Simenfero’…tah betul ke tak aku eja tuh…ala…yang buat2 lanskap guna simen tuh la…rupa persekitaran masjid dah berubah sama sekali sejak Abah handle nih…sedap mata memandang…untuk pengetahuan korang kolam ikan kat rumah aku tuh hasil kerja seni Abah la…ehehehehe…

Dah habih makan kat masjid balik beraya kat rumah…makan lagi…dah aku lak cirit birit…nasib baik dah balun ubat pepagi tadi…kurang le sikit frequency ke jamban.

Gambor kami sekeluarga dipagi Aidifitri…nampak muka Marwan tuh?…ha…tuh muka budak meragam…susah tu nak suruh bergambo…bad mood jer pagi raya tuh…

Ni bergambor ngan Mak & Abah..again…tengok la muka Marwan tuh…cukup susah nak pujuk dia bergambor…sian…dia tak berapa sihat…bila hulur duit raya pun tak layan…apa lagi…bapaknyer la yg layan…ahahahahaha…

Lepas solat jumaat baru kitorang gerak ke Kg. Mantau, daerah Mambau, Negeri 9. Ni kampung Abah. Wan (nenek) masih ada so Abah memang tiap2 tahun balik la…Wan ni itu hari dah sakit teruk…terbaring jer…syukur alhamdulillah…sekarang semakin sihat…dah boleh berbual dengan cucu cicit yang balik. keluarga Mak Teh pun ada sama…diorang sampai awal sikit…Pak2 sedara yang lain tak dapat jumpa kerana masing2 beraya di kampung wife…Pak Usu ke Johor…Pak Cik tak tahu…Pak Itam awal pagi dah datang beraya..kitorang beraya kat rumah Mak Long jer la….malamnya Kamarul bwk keluar mercun…sakan bebudak nih main…malam tuh dah dekat kul sebelas baru kitorang sampai SU3…

Pagi raya kedua..suasan SU3 tenang dan damai…sunyi jer…yer lah…orang pakat balik kampung…family wife aku hari nih balik Setiawan…kitorang tak dapat la balik sebab faktor kesihatan bebudak nih..jiran2 aku ada la 2~3 family tak balik…Abg Mie, Abg Salleh, Kak Nah, Pak Cik Suhaimi…semua pakat2 beraya kat SU3 jer…err…termasuk la Ghana & Ravin yg memang beraya kat sini…ehehehehe….

Tengahari dapat call dari Adik Ya…tengah kat klinik sebab mak tetiba hypo…gula rendah dalam darah…Are tengah kat Luat…nasib baik Abg Hamdan ngan Kak Ros ada…so diorang la yg tolong bwk gi klinik…Adik kata mak gi makan ubat kencing manis…tuh yg kering gula tuh…

Malamnya aku beraya rumah Abg Mie, tengah duk layan bakar satay Adik call lagi…kali kedua mak kena bwk gi klinik…kali nih mak terus pengsan kat rumah…klinik Lenggong terus refer ke Hospital Kuala…nasib baik adik2 aku ada…Mak dah tak boleh nak duk sorang kat kampung tuh…Mak kena duk dengan aku…aku pesan kat adik bila dia balik KL nanti suruh pujuk jugak mak duk dengan aku…kat kampung tak de sapa yg boleh tengokkan…makin sebak mengenangkan tak balik raya…mak lak jadi mcm tu…

Raya ketiga aku gi Rumah Abah Batu…Mak Batu baru meninggal beberapa bulan sudah…jadi sambutan hari raya di rumah keluarga angkat wife aku nih sederhana aje lah…masih lagi teringat kan arwah…kalau arwah ada memang suka dia melayan anak2 aku berbual…lepas maghrib kitorang gerak ke rumah Abah Cha…adik mak aku yang tinggal di Ampang. Sepupu2 aku yg ada cuma Lebai, azlin ngan Azrin jer…Zul ngan Reni beraya dirumah mertua masing2…Abah Cha nampak dah makin berumur…dah menjenguk usia 60-an…tapi masih lagi perlu bekerja…Dulu keje askar wataniah so memang tak de pencen la…sian Abah…kitorang sampai SU3 balik dah lewat…kul seploh lebih dah…apa lagi…zzzzzz…

Isnin aku masih cuti…tak berapa sihat badan nih…Adik call bagitau tahu Mak dah boleh keluar dari hospital…syukur…so aku pesan lagi sekali suruh adik bawak Mak balik sini nanti…Aktiviti hari ni? mengecat pagar..tengah2 panas tuh aku bantai mengecat…ehehehe…”ni mengecat untuk raya haji ke yeop”…gurau jiran2…yer lah…dah raya keempat baru nak cat pagar…mana tak nyer…asyik bertangguh jer…sampai ke malam ler mengecat…

Mengecat pagar jer ler…apa lagi nak buat…ehehehe

Kucing aku pun muka bosan jer…ahahahahaha….

Petang tu keluar bwk anak2 makan kat the store…baliknya singgah beli pokok…biasalah…wife aku…byk idea nyer….malam Mak Abah & Ami singgah on the way balik dari setiawan…dinner kat SU3 pas tuh baru balik Selayang…aku ajak la tidur sini tapi Abah biasa la…mana nak tidur kat rumah anak2…orang penting masjid…memang gelisah Abah kalau tak dapat ke masjid tuh…kul 11 Mak Abah gerak…aku ngan Honey sambung keje…pindahkan pokok2 kedalam pasu…alang2 baik siapkan sebab esok dah keje..alamak…esok keje la…dah kul 2 pagi nih…adus…

Gitu la raya aku tahun nih…

September 23, 2010 Posted by | Aku & Sesuatu, Life in SU3 | Leave a comment

Facebook…

“Salam bro…selamat hari raya”….

“Errr…w’salam..selamat hari raya…sapa eh?”

“La…Ijai la..kawan lama ngko…aku dapat no tepon ngko nih dari member kita kat facebook..ngko tak der facebook ke?”…

“La…Ijai ka…sorry la bro…dah berbelas tahun tak dengar suara ngko…dulu ada la facebook…tapi lepas ulamak indon ckp haram aku pun berenti ler dulu…tak sempat nak kaji dengan lanjut”

“Ngko refer kat sorang jer tak bleh bro…ustaz2 lain cakap ok”..

Adu la…dilemma sungguh…btui ka facebook tuh bleh? Ada la aku check kat internet…pelbagai pendapat keluar…akupun dah lama tak angkat port bab facebook nih…tah la…tengok la nanti cam ner…aku refer balik…buat kengkawan yg nak contact aku tinggal jer ler message kat blog nih…atau email kat atas tuh…

September 15, 2010 Posted by | Aku & Sesuatu | Leave a comment

Lata Kekabu…

Itu hari masa balik kampung aku bawak anak2 gi mandi kat Lata Kekabu…tempat nih kira favourite spot la kat Lenggong tuh untuk aktiviti mandi manda bersama keluarga..keadaannya tak banyak berubah…masih macam dulu jugak rupanya…air gunung yg sejuk betul2 rasa bagaikan menusuk sampai ke tulang…menggigil jugak la mula2 nak masuk air tuh..ehehehehe….  

Tu ha anak aku si Mu`az kat belakang batu…punya la susah dia nak masuk dalam air…sejuk giler….ni tempat mandi kat kawasan bawah…kalau nak lagi best naik sampai atas sana…tapi since that hari dah petang masa pegi tuh jadi aku bagi bebudak nih mandi kat bawah jer ler…lagipun kat atas sana air nyer dalam sikit…kureng sesuai untuk budak2 mandi…bahaya…ikut sejarah dah ramai arwah kat sini sebenarnya…so mandi kena hati2….

Mu`az & Munaa bersama sepupu2 aku..Zarul & Ayuni…aku tau…memang kecik lagi…tapi diorang tuh anak Mak Teh aku…so kira pangkat pak sedara & mak sedara la kat anak2 aku…ehehehehe…

Air nyer cukup jernih…blen nampak sampai dasar…boleh kata tak terusik lagi la tempat nih dari segi ‘keaslian’ nya…masih belum tercemar kawasan lata nih…buleh nampak anak2 ikan duk berenang….

Tak de jaring?…baju pun buleh buat tangkap ikan…ehehehehe…konon bleh tangkap la…anak2 aku nih ingat ikan2 tuh macam kucing ke…sesenang je bleh pegang…ehehehehe…

kalau bapak dia nih lain la…zaman muda2 dulu memang memburu ikan…ni aku selitkan gambo masa aku duk aktif memanah ikan dulu…ni zaman sekolah dulu la…habih semua ceruk sungai dan lata tuh aku & the gang gempur…masa tuh ikan melambak…kat situ jugak kitorang BBQ biasanya…masa tuh sekali selam kalau tak ada 2~3 ekor ikan tak naik ke permukaan beb…dada kembang jer…penuh oksigen….sekarang…dah semput…dah tak bleh nak tahan nafas mcm dulu…adeh…pak cik dah tuo…

La…kan dah cakap…susah nyer nak dapat ikan kalau setakat sauk pakai baju…tapi yer lah…bebudak…semangat kuat…tak putus asa diorang nak jugak tangkap ikan2  yg byk tuh….padahal masa nih dah sound suruh ‘naik’…keringkan badan…tukar baju…nak gerak…hari dah lewat petang….

Lagi satu angle yg cukup aku suka..seronok rasanya bila berada dipersekitaran yg mendamaikan macam kat Lata Kekabu nih…Lenggong memang cukup istimewa…namun apakan daya…demi untuk mencari rezeki aku tak dapat la nak menetap kat tanah tumpah darah aku nih….iskh!!!…sekarang nih cuma sebulan sekali jer lah aku buleh balik…itupun byk hal…nak kerap datang mandi tak dapat la…apapun…anak2 aku seronok mandi manda…diorg cakap nanti balik kampung nak ajak datang lagi…sebenarnya madi kat Lata n ih yg best sambil berkelah…tengok la nanti mcm mana…buat BBQ sikit pun ok jugak…

Dekat tempat kitorang mandi tuh pun ada satu family tgh mandi gak…aku pun layan borak la…dah peramah nak wat cam ner…ehehehehe…Pian namanya…dari kelebang…tengok…punya la best Lata Kekabu nih sampai orang dari sungai siput pun datang…borak punya borak rupa2 nya Pian nih ada kena bau2 bacang jugak la dengan aku…atuk dia orang Patani menetap di Selama…confirm suku sakat aku la tuh…org Patani Selama dengan orang Patani Lenggong kebiasaan nya saudara rapat…insyaAllah raya nanti bleh la ‘bersurih’  lagi detail….sayangnya Ayah dah tak ade…kalau tak lagi senang la nak kenal adik beradik kat Selama nun…

Sebagai penutup trip mandi manda di Lata Kekabu…ni ada gambo ‘raksase’ @ antu air tengah menerpa keluar dari deruan air terjun….ahahahaha…aku la nih…apa la korang…ehehehehe…nanti kalau korang rasa nak buat trip ke tempat nih roger aku…bleh aku arrange kan…sure best…

September 3, 2010 Posted by | Activities, Aku & Sesuatu | Leave a comment