yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Blackie Kohi & Fluffy Cino

“Yeop…si Mimi ada kat rumah aku tuh…beranak kat belakang sofa dekat sliding door…”

“Alamak bro…mintak maap bebanyak la…aku dah readykan kotak kat belakang tuh…kat rumah ngko jugak dia nak beranak…”

Mcm tu la bermulanya kehidupan kucing2 aku nih…selang beberapa hari lepas beranak baru dia angkut bwk balik rumah. Si Mimi nih mcm yg aku citer, dulu merupakan kucing datang…tah dari mana…sian punya pasal kitorang bagi makan…dah bagi makan lekat lak kat rumah….

Masa dia beranak tuh kitorang exited la…nak tengok apa rupa anak2 Mimi…Ada 3 ekor semuanya…sekor jantan dan dua betina…sekor hitam, dua coklat…memandangkan Mimi tuh kucing hybrid…so anak2 dia semuanya pakat bulu kembang la…ada la darah2 siam…

Dari kiri, Shorty Mocha, Blackie Kohi & Fluffy Cino

Dalam tiga ekor tuh yg paling manja si Blackie la…mungkin sebab dia tahu dia tak berapa nak lawa…hitam legam jer…so dia ambik hati tuan dengan cara lain ler…dia yg paling setia duk ikut kalau aku atau wife duk buat keje kat laman rumah…duk jer dia teman kat sebelah baik time cabut rumput ataupun time duk bersihkan ‘toilet’ diorang.

Satu hari si Blackie nampak tak sihat…demam gamaknya…tak berapa mau makan sangat…ada la dalam 3~4 hari dia mcm tuh…lps pada tuh dia nampak macam sihat balik…seperti biasa dia selalu duk manja2 ngan aku…kalau aku balik keje yg lain semua terkam mintak makan…dia jer yg datang gesel badan kat aku dulu..memang pandai ambik hati..

Aku ingat masa tu dia dah ok la..tetiba sehari lepas tuh dia monyok balik….Shorty setia duk temankan dia..hari sabtu 18 Disember aku ada Company annual dinner…so tak berapa nak kesah la kat dia sangat…ahad nya tuh pulak aku meniaga kat SU Car Boot Sale…balik meniaga kitorang tengok dia dah tak der dalam bakul…jenuh kitorang cari sampai ke belakang rumah..last sekali nampak dia kat dalam longkang antara rumah aku ngan rumah Azmi…nampak teruk sangat condition dia.

Kitorang terus bwk dia ke klinik…hari ahad..payah nak cari klinik vet yg  bukak…last sekali jumpa klinik haiwan kat Kepong..Doktor cakap dia kena serangan virus..virus dah sampai paru2…klinik tak dapat nak ubatkan…dia suggest kitorang bwk ke Animal Medical Center kat Jalan Kuching…

Kitorang terus gerak gi rumah Abah untuk surf internet…nak cari klinik lain yg dekat sikit…aku tengah kat komputer..wife tengah kat dapur…tiba2 wife aku panggil suruh tengok keadaan Blackie…wife aku cakap tadi dia duk kat luar bakul…dia tiba2 dengan susah payah melompat masuk bakul…aku tengok dia tengah kejang…macam kena strok…aku cuba usap2 badan dia dgn harapan boleh la tenangkan dia..dia pandang aku dengan renungan sayu..sukar aku nak gambarkan…seolah-olah mcm dia nak ckp something. Aku tak kan lupa renungan tu sampai bila2.  Kepala dia pelan2 terkulai…aku sedar pandangan tu adalah yang terakhir.. Blackie menghembuskan nafasnya yang penghabisan..badannya kaku..

Blackie..pergi jua akhirnya…kitorang selalu membebel sebab dia tak mau duk dalam bakul nih…susah2 gi cari kat kedai rotan last2 diorang tamo duk..mungkin sebab tu agaknya dia bersusah payah lompat masuk dalam bakul masa nak mati tuh…mungkin bakul tuh  jer yg dia rasa familiar dalam persekitaran asing baginya kat rumah Abah…Munaa & Mu`az bercucuran air mata…

Blackie yang telah kaku….2:30pm, 19/12/2010

Kitorang bawak dia balik SU3…Blackie disemadikan dibawah pokok tepi  rumah kitorang…kat pokok tu la dia selalu bermain-main dengan adik beradik dia…kadang2 sampai ke atas dipanjatnya…masa tanam blackie tuh kitorang panggil la si Fluffy & Shorty untuk tengok  adik diorang buat kali terakhir…Fluffy duduk jer kat sebelah sepanjang aku duk kambus kubur Blackie..dia mungin faham apa yang sebenarnya berlaku…dan itulah  kali terakhir kitorang tengok Fluffy dalam keadaan sihat…..

Hari Isnin tuh Fluffy tak nampak2…biasanya dia kalau tak der tuh duk lepak kat rumah Azmi jiran sebelah aku..wife aku  msg Kak Aripah wife Azmi bertanyakan pasal Fluffy…ada lepak tidur kat dalam raga motor katanya…ingatkan macam biasalah…so malam tuh kitorang gerak la ke selayang sebab esoknya tuh wife aku ada sesi penggambaran dan fotografi kat Galeri Ilmu..sebelum tu dah pesan kat  Kak  Aripah mintak tolong tengokkan Fluffy & Shorty sebab Selasa malam  baru kitorang balik…Shorty tuh nampak cam sunyi jer…

Hari Rabu tetiba wife aku call aku kat ofis…dah jumpa Fluffy tapi keadaan dia sama mcm  Blackie itu hari…jumpa pun kat dalam longkang belakang rumah Azmi…bimbang kejadian sama berulang, petang tuh jugak kitorang bwk dia gi jumpa vet kat Shah Alam..bende sama..Doktor mengesahkan Fluffy kena jangkitan virus..peluang untuk survive 50-50..dia just bagi ubat anti viral, antibiotik, anti inflammatory & pro-biotic. Kitorang bwk balik..tawakkal jer lah…selagi dia mampu bertahan kitorang akan terus jaga, bagi ubat..bagi air..dan Doc pesan suruh bagi air rebusan ayam untuk bagi dia tenaga..

3 hari wife aku jaga dia…keadaan Fluffy tak menunjukkan ada sebarang perubahan positive…badan dia semakin lemah. Hari khamis tuh Fluffy tiba2 mcm  sihat sikit…dia bangun dan mengiau-ngiau sikit…kitorang rasa lega dan tak putus bersyukur kerana nampaknya dia ada harapan untuk sembuh…namu bila teringatkan apa yg berlaku pada Blackie yg tiba2 sihat sebelum mati kami jadi risau balik…mungkin kah ini cuma seperti keadaan pelita dengan nyalaan terakhir masa dah nak habis minyak?

Fluffy dalam keadaan yg sangat lemah…..

Hari nih Sabtu, 25/12/2010…keadaan Fluffy kembali seperti sebelumnya…lemah…sesekali cuba mengangkat kepala tapi sudahnya terbaring semula kerana tak der tenaga…malam tuh kitorang gi kenduri kat rumah Azhar di Bidara 3 kejap…sebelum pergi tuh Munaa dah teresak-esak menangis sebab tengok keadaan Fluffy yang dah teruk sangat…..

“Tak per lah kakak..ada org Allah uji kucing dia sakit lepas tu sihat balik…ada orang Allah uji kucing dia sakit lepas tuh mati…semunya Allah dah tentukan”..tiba2 Mu`az bersuara dalam kete untuk pujuk Munaa yg tengah bersedih..

“Kenapa pulak macam tuh Mu`az?” tanya wife aku menguji…

“Sebab Allah nak tengok kita sabar ke tak dengan ujian Allah”…

Aku & wife saling berpandangan sambil tersenyum…syukurlah dia faham apa yg cuba kami terapkan selama ini tentang hakikat kehidupan. Balik dari kenduri rumah Azhar dah pukul 10:30 malam…lepas parking kete aku lock pagar…wife aku cakap mcm tamo keluar dah jer..aku tak paham…pandang dia…ooo…Fluffy…just in case apa2 jadi dah tentu kena keluar balik..Munaa tak nak masuk rumah…tak sanggup dia nak hadapi realiti yg mungkin sesuatu dah berlaku kepada Fluffy. Aku masuk terus gi check keadaan dia…perutnya dah tak berombak…dia dah kaku…tapi badannya belum lagi keras…dia dah pergi untuk selama-lamanya…

Fluffy..mati keseorangan…kitorang tak der kat rumah…tak sanggup nak tengok dia mati macam Blackie…

Kami kebumikan Fluffy disebelah Blackie…ni baru habis la nih..situlah tempat diorang adik beradik suka bermain & bergurau senda…kini tinggal lah Shorty keseorangan..pasti dia sunyi…Munaa cakap kat wife aku..”Ibu..boleh tak Munaa cakap mcm ni..”yg dah tiada kita ingat di hati..yang ada”….” kita hargai” sambung wife aku…jaga la Shorty tuh baik2…Anak2 tanya “Kat syurga nanti boleh tak mintak nak jumpa Blackie & Fluffy?”…”Boleh..kena la rajin solat”….sambung kami…Munaa mengangguk tanda faham…

Blackie Kohi (Died 19/12/2010)

Fluffy Cino (Died 25/12/2010)

So sekarang nih kitorang concentrate kat Shorty je lah…wife aku kata dah malas nak bela kucing lain…tak sanggup rasanya nak berdepan kemungkinan tragik sebegini..2 kucing kesayangan mati dalam masa seminggu..sangat menyanyat hati…bila kitorang refer Complete cat care manual yg Ayong hadiahkan…memang ada cerita kat situ tentang satu virus yg menyerang kucing dipanggil Feline Infectious Peritonitis (FIP)…FIP biasanya menyerang kucing dibawah usia 3 tahun “and treatment is not usually effective”..ayat yg membuatkan kami rasa agak ringan tekanan perasaan kerana diorang mati bukan lah kerana kecuaian kami….

Harapnya kami dah menjadi tuan yg baik untuk diorang….




Advertisements

December 26, 2010 Posted by | Aku & Sesuatu, Life in SU3 | 1 Comment

Bulan sukan SU3…

Dah beredar pun flyers untuk memaklumkan pada penduduk berkenaan bulan sukan SU3…bagi aku persediaan para ajk tak cukup…last menet punya keje…so byk la kekurangan…apapun ini sebahagian dari usaha untuk menyuburkan lagi semangat kejiranan di kampung SU3 ni….

Aku kena lead sukan Takraw…sabtu ni akan berlangsung kejohanan tertutup nyer…errr…tak panggil meeting pun…ehehehehe…tak pa..aku support punya walaupun tak proper…2 malam sudah aku gi jumpa jiran2 baru kat Jalan Bidara….ada la 2 orang yg register nak main…kalau nak ikutkan sambutan setakat malam tadi baru duk ada 4 regu…ni kira terus semi final nih…ehehehehe….harap menjelang tarikh tutup esok makin ramai yg akan register….

Ehehehe…ni sekadar gambar hiasan…bakat2 SU3 baru nak tengok sabtu nih…ada ke yg bleh terbang cam nih?…ekekekeke…harap meriah la nanti…

November 4, 2010 Posted by | Activities, Life in SU3 | 1 Comment

Open House Sana Sini….

Dah jadi sebahagian dari budaya kita masyarakat Islam kat Malaysia nih khususnya, menghabiskan sebulan syawal dengan mengisi perut sampai hampir nak meletup kat open house di sana sini…hilang segala keinsafan sepanjang Ramadhan dek penangan kambing panggang yg duk terkangkang di atas bara….

Yang hilang 5 kilo time Ramadhan kembali membusung hingga tersembul pusatnya dikala Syawal hampir melabuhkan tirai…ada seminggu lagi nih…sempat lagi tambah 7~8 kilo. Warga kota yang menyesakkan jalan2 dan lebuhraya ketika musim balik raya kini mengulangi sumbangan kearah kesesakan yg sama  tapi kini di ibu kota pulak…dari Rawang nak ke Saujana Utama pun  ambik masa 2 jam?…perghh!!!…

Kalau dulu laki bini bermasam muka berebut nak balik raya…trend sekarang dah lepas raya pun bermasam muka lagi…berebut nak gi open house kawan masing2…adu la…Syawal nan mulia jadi bulan bala untuk rumahtangga. Poket yg kering time balik beraya kini makin kontang dek penangan nak buat open house…jiran tu siap naik khemah…ayam golek & kambing panggang lagi…tak kan kita nak buat nasik impit segera ngan kuah kacang je bang…muncung si isteri. Kedatangan Syawal meleburkan usaha sebulan Ramadhan mengasuh diri menginsafi keperitan saudara2 yg kurang bernasib baik..lupa dah kita pada wajah kecil bermata sayu…memegang ketulan tanah yg dianggap roti untuk dijamah…ye…kita lupa….

Aku?…sama la jugak…kesan Ramadhan hanya seketika…insafnya tak lama…sepanjang bulan nih, ujung minggu duk pergi open house jer…sedara2…kawan2….ada yg sampai tak sempat pergi sebab jadual pack sangat…aku cuma bagi keutamaan pada open house ahli keluarga & jiran2 jer…yg jauh tuh tak dapek la nak tunjuk muka….

Gambo?…nanti la aku boh kat sini…

October 12, 2010 Posted by | Life in SU3, Nyum2 | Leave a comment

Aidilfitri….

Lagi dua hari nak raya Mak balik kampung dengan Are, Ida, Qaseh & Adik Ya…aku masih keje lagi 8 hb tu…so plan hari buat lemang tuh la baru nak gerak…tapi tu lah…kita cuma mampu merancang jer…Allah yang menentukan…family aku semua pakat tak sihat…wife dan anak2 pakat2 demam…Mu`az muntah2…Munaa demam panas…Marwan duk semput…aku?…sakit gigi…argh!!!….

Gema…..

Takbir di subuh hari…

Menjelang sudah…

Aidilfitri…..

Adu la S Jibeng nih…syahdu lak aku dengar. Malam raya tu aku call Mak cakap tak dapat balik beraya…Sedih sungguh rasanya tak dapat beraya dengan Mak kali ni. Mak pun paham sebab Mak nampak memang anak2 aku tak sihat sebelum balik itu hari..so malam tuh kitorang siap2 la nak gi tido rumah mak abah kat Selayang…tengah duk siap2 tetiba Abg Najib lalu…”Yeop…jom takbir kat rumah abang”…so aku tangguhkan kejap nak ke Selayang…aku bawak Mu`az ikut takbir…ramai jugak rupanya yg beraya di SU3…bertakbir kat rumah Abg Najib aje dah ada berbelas org…lepas tu takbir kat rumah Abg Saidi pulak…masa tuh jam dah dekat pukul 11 so aku lepak makan kejap jer ler…

Hj. Rosmin tengah duk baca doa lepas takbir kat rumah Abang Saidi.

Antara jiran2 yg hadir bertakbir bersama-sama dimalam Aidilfitri..

Remaja2 SU3 pun turut serta dengan rombongan takbir…alhamdulillah…

Dah dekat kul sebelas stengah baru kitorang gerak dari SU3. Sampai Sri Damansara Nas call…diorg dah rabak mata katanya…duk tunggu kitorang jer nak potong kek…kebetulan hari nih (dah lepas kul doblas…kira dah masuk seploh hb ler..)birthday Abah so Zai dah belikan kek…secret recipe tuh beb…lepas makan duk layan borak je la ngan adik2 ipar aku…kalau dah dengan Nas tuh borak apa lagi…silat ler…ehehehe…

Kek birthday Abah & Mak sekali…secret recipe beb…maunyer tak sedap…

Pagi raya…lepas subuh Honey dah sibuk menggosok baju raya…aku sempat lagi landing balik…penat malam tadi tido lambat…disebabkan Marwan masih tak sihat so wife aku terpaksa la solat Aidilfitri kat rumah…aku bwk Mu`az je gi masjid. Selesai solat ada jamuan ringan kat masjid. Abah sebagai setiausaha masjid memang merupakan org paling penting dalam menghidupkan suasana hari raya di  masjid Taman Sri Melati nih…kalau korang tengok kerja2 Abah kat masjid sure korang impress…Abah memang pakar dalam Seni ‘Simenfero’…tah betul ke tak aku eja tuh…ala…yang buat2 lanskap guna simen tuh la…rupa persekitaran masjid dah berubah sama sekali sejak Abah handle nih…sedap mata memandang…untuk pengetahuan korang kolam ikan kat rumah aku tuh hasil kerja seni Abah la…ehehehehe…

Dah habih makan kat masjid balik beraya kat rumah…makan lagi…dah aku lak cirit birit…nasib baik dah balun ubat pepagi tadi…kurang le sikit frequency ke jamban.

Gambor kami sekeluarga dipagi Aidifitri…nampak muka Marwan tuh?…ha…tuh muka budak meragam…susah tu nak suruh bergambo…bad mood jer pagi raya tuh…

Ni bergambor ngan Mak & Abah..again…tengok la muka Marwan tuh…cukup susah nak pujuk dia bergambor…sian…dia tak berapa sihat…bila hulur duit raya pun tak layan…apa lagi…bapaknyer la yg layan…ahahahahaha…

Lepas solat jumaat baru kitorang gerak ke Kg. Mantau, daerah Mambau, Negeri 9. Ni kampung Abah. Wan (nenek) masih ada so Abah memang tiap2 tahun balik la…Wan ni itu hari dah sakit teruk…terbaring jer…syukur alhamdulillah…sekarang semakin sihat…dah boleh berbual dengan cucu cicit yang balik. keluarga Mak Teh pun ada sama…diorang sampai awal sikit…Pak2 sedara yang lain tak dapat jumpa kerana masing2 beraya di kampung wife…Pak Usu ke Johor…Pak Cik tak tahu…Pak Itam awal pagi dah datang beraya..kitorang beraya kat rumah Mak Long jer la….malamnya Kamarul bwk keluar mercun…sakan bebudak nih main…malam tuh dah dekat kul sebelas baru kitorang sampai SU3…

Pagi raya kedua..suasan SU3 tenang dan damai…sunyi jer…yer lah…orang pakat balik kampung…family wife aku hari nih balik Setiawan…kitorang tak dapat la balik sebab faktor kesihatan bebudak nih..jiran2 aku ada la 2~3 family tak balik…Abg Mie, Abg Salleh, Kak Nah, Pak Cik Suhaimi…semua pakat2 beraya kat SU3 jer…err…termasuk la Ghana & Ravin yg memang beraya kat sini…ehehehehe….

Tengahari dapat call dari Adik Ya…tengah kat klinik sebab mak tetiba hypo…gula rendah dalam darah…Are tengah kat Luat…nasib baik Abg Hamdan ngan Kak Ros ada…so diorang la yg tolong bwk gi klinik…Adik kata mak gi makan ubat kencing manis…tuh yg kering gula tuh…

Malamnya aku beraya rumah Abg Mie, tengah duk layan bakar satay Adik call lagi…kali kedua mak kena bwk gi klinik…kali nih mak terus pengsan kat rumah…klinik Lenggong terus refer ke Hospital Kuala…nasib baik adik2 aku ada…Mak dah tak boleh nak duk sorang kat kampung tuh…Mak kena duk dengan aku…aku pesan kat adik bila dia balik KL nanti suruh pujuk jugak mak duk dengan aku…kat kampung tak de sapa yg boleh tengokkan…makin sebak mengenangkan tak balik raya…mak lak jadi mcm tu…

Raya ketiga aku gi Rumah Abah Batu…Mak Batu baru meninggal beberapa bulan sudah…jadi sambutan hari raya di rumah keluarga angkat wife aku nih sederhana aje lah…masih lagi teringat kan arwah…kalau arwah ada memang suka dia melayan anak2 aku berbual…lepas maghrib kitorang gerak ke rumah Abah Cha…adik mak aku yang tinggal di Ampang. Sepupu2 aku yg ada cuma Lebai, azlin ngan Azrin jer…Zul ngan Reni beraya dirumah mertua masing2…Abah Cha nampak dah makin berumur…dah menjenguk usia 60-an…tapi masih lagi perlu bekerja…Dulu keje askar wataniah so memang tak de pencen la…sian Abah…kitorang sampai SU3 balik dah lewat…kul seploh lebih dah…apa lagi…zzzzzz…

Isnin aku masih cuti…tak berapa sihat badan nih…Adik call bagitau tahu Mak dah boleh keluar dari hospital…syukur…so aku pesan lagi sekali suruh adik bawak Mak balik sini nanti…Aktiviti hari ni? mengecat pagar..tengah2 panas tuh aku bantai mengecat…ehehehe…”ni mengecat untuk raya haji ke yeop”…gurau jiran2…yer lah…dah raya keempat baru nak cat pagar…mana tak nyer…asyik bertangguh jer…sampai ke malam ler mengecat…

Mengecat pagar jer ler…apa lagi nak buat…ehehehe

Kucing aku pun muka bosan jer…ahahahahaha….

Petang tu keluar bwk anak2 makan kat the store…baliknya singgah beli pokok…biasalah…wife aku…byk idea nyer….malam Mak Abah & Ami singgah on the way balik dari setiawan…dinner kat SU3 pas tuh baru balik Selayang…aku ajak la tidur sini tapi Abah biasa la…mana nak tidur kat rumah anak2…orang penting masjid…memang gelisah Abah kalau tak dapat ke masjid tuh…kul 11 Mak Abah gerak…aku ngan Honey sambung keje…pindahkan pokok2 kedalam pasu…alang2 baik siapkan sebab esok dah keje..alamak…esok keje la…dah kul 2 pagi nih…adus…

Gitu la raya aku tahun nih…

September 23, 2010 Posted by | Aku & Sesuatu, Life in SU3 | Leave a comment

Generasi babi..!!!

Woi cepat la anjing…lembab aaa…haram btul..

bodo aaa ngko…jgn la lalu kat situ babi…

puk***k la lu…gua dah cover ni cepat la gerak…bodo aaa..

ado la…syiall..patut aku dah bleh menang dah…ngko punya pasal la nih…bongok la…

Korang jgn ingat aku dah tukar hobi dari bersilat ke mencarut pulak…tidak sama sekali…ayat2 kat atas tuh la yg aku duk dengar masa aku masuk cyber cafe itu hari…untuk pengetahuan, anak2 tuan2 & puan2 tuh gi cyber cafe main game sambil melatih bakat mencarut..mungkin harapan nya nak jadi perdana menteri lahanat yang pertama lulus dari universiti of cyber carut gamaknya…panas betul hati aku nih…

Percakapan nih adalah doa…kalau bende tak elok jer bermain kat mulut mmg tak heran la buleh jumpa bayi kat tepi longkang…cikgu kena rogol dengan murid…gadis sunti 12 tahun ditangkap berzina…dan mcm2 lagi…semua tuh perangai apa?…perangai menatang yg duk kat mulut tuh la…perangai babi…ini ke generasi harapan kita?…generasi babi…bodo…bongok…syial…bla…bla…bla….carut…carut…carut….nak kata apa kat aku kata la…memang kalau kita tak sedar dan ambik tindakan drastik dari sekarang memang babi lah yg akan mencorakkan negara kita nanti….

Aku paham…tuntutan dunia nih memang maha hebat…kita kene keje keras cari makan…tapi boleh ke kita bagi alasan sibuk ngan keje kat mahsyar nanti bila kita dipersoalkan balik tentang amanah yg Allah bagi kat kita….sehelai kain putih yg bersih lagi suci…bolehkah kita nak bagi alasan yg debu2 tuntutan dunia telah mengotorkan amanah suci tuh?…berani kah kita menyalahkan dunia bila anak2 kita tak dapat dididik dengan betul…soalan nih aku tujukan kat diri aku jugak…sama2 la kita fikir….secara peribadi aku rasa walau sibuk macam manapun kena jugak kawal tindak tanduk anak2…kenapa perlu menghabiskan masa seharian mencarut di cyber cafe?…puasa penat2 tapi pahala habis sebab babi kat mulut…

Memang betul la kena percaya qada’ & qadar..tapi jgn lupa…Allah tak pernah menzalimi hambanya…kita yg menzalimi diri sendiri…doa dan usaha insyaAllah boleh mengubah takdir…kita tak boleh lepas tangan…sebagai ketua keluarga kita kena bertanggungjawab..Kita yg kena set rule dalam keluarga…anak2 kena ikut…ini tak…org bertarawikh kat surau…anak2 duk ram motor dan main mercun depan rumah org…kenapa depan rumah org tuh je meriah? Kat taman permainan nun lagi luas…port best tuh. Nape tak berkumpul kat situ?…yg paling penting…kenapa tak gi solat kat surau?…bukan cakap kat mak bapak nak surau ke tadi? Ooo…ada anak2 dara sunti duk tayang muka kat depan pagar…asal pukul lapan jer ‘mahkota keluarga’ ni pakat keluar duk melepak depan rumah…mari2…sapa mau tengok saya punya comel…patut la ramai jer bebudak melepak kat situ…bergelak ketawa kuk kik kuk kik lelaki pompuan…dan seperti biasa…zikir tak putus2 kat mulut….carut…carut…carut….mak bapak?…tengok jer anak dara duk melayan jantan bergurau senda kat depan pagar?…ooo…mak bapk dah penat posa…jawab la kat sana esok…

Ni aku citer ni lepas dah jenguk masuk 2~3 cybercafe…bukan satu jer beb…kalau nak generalizekan memang buleh…”cyber cafe bawa kesan negatif”…tapi tak sedap pulak…bukan la semua tak elok…cyber cafe sepatutnya jadi tempat kita untuk mendapat lambakan faedah dari teknologi maklumat…kalau betul cara guna betul la…tak boleh pulak nak salahkan pengusaha cyber cafe…cuma aku rasa kita kena sama2 mainkan peranan…org yg jaga cybercafe tuh kena tegur budak2 tuh…kalau mencarut marah jer…errr…tapi ada satu cybercafe yg aku singgah tuh yg duk jaga kat depan tuh pun generasi tu jugak…bertindik idong macam lembu….kuku warna itam…zikirpun sama gak…mencarut jer manjang…satu mazhab la tu…so elok ke biarkan anak ke cybercafe? Timbang-timbangkan…tapi jgn lama sangat…jgn sampai idong anak dah start nak mutate jadi memanjang sikit baru kita nak take action…lambat dah masa tuh…dah masuk tahap mughallazah dah tuh…kronik…

Aku bukannya nyer org yg pandai menegur secara berhikmah…aku jenis straight forward punya orang…jauh di sudut hati aku rasa sedih sebab bebudak yg duk berlatih mencarut di ‘akedemi2’ cybercarut tuh ada yg aku kenal mak bapaknya…sian kat bapak yg aktif kat surau tu…memang la iman tuh tak dapat diwarisi…tapi setakat mana kita dah laksanakan amanah kita tuh?..susah nak cakap…apa aku buleh buat?…aku terus sound on the spot jer bebudak tuh…semua pakat diam…kalau ada yg bunyi confirm aku tampor…mak bapk nak marahpun marah la…kurang hajar…tak hormat lansung pak cik kat sebelah nih…aku dah la sakit gigi nih…aduih…

Korang org luar yg baca entry nih jgn la duk ingat kat SU3 jer gejala nih berlaku…satu malaysia nih sama jer…ini lah yg berlaku sekarang…inilah punca segala penyakit sosial dalam masyarakat kita hari ini….tak payah la nak banding kan dengan zaman sebelum kedatangan penjajah…zaman selepas penjajah datang pun perangi org melayu jauh baiknya dibandingkan dengan generasi sekarang…adap sopan lansung tak tahu dah budak2 sekarang…hormat org tua?…jauh sekali…again…bukan semua…tapi kebanyakan…bukan org lain jer…aku ingatkan diri aku sekali…

Teknologi maklumat kalau tak kena gaya akan menjadi medium penjajahan yg baru…penjajahan minda….setiap benda ada baik buruknya…tapi tanpa takwa kita akan lebih cenderung kearah yg buruk tuh…Ada ustaz tanya soalan masa kuliah itu hari…kenapa Islam dah tak hebat?…Aku rasa korang buleh jawap sendiri…Berapa ramai yg cuma solat seminggu sekali…jumaat jer solat…itupun kengkdang miss…lebih rela balik rehat kat rumah dari solat jumaat…berapa ramai yg berpusu-pusu di bazar ramadhan tapi bila berselisih pekat giler bau rokok…berapa ramai yg mencari rezeki halal di bulan ramadhan sampai lupa nak solat asar & maghrib…tak heran kalau Allah murka dahn diturunkan bala…err…isyak tak tinggal sebab ada moreh…sambung sikit lagi…berapa ramai mak bapak yg berseluar pendek kat luar rumah…ehhh…mak pun seluar pendek ke?….iyer…sebab tuh la anak tak segan silu berseluar pendek dan bersinglet…bukan…bukan umur 5 tahun la…ini dah buleh jadi mak orang dah….itu kat luar…dalam rumah?…depan adik2…depan bapak?…diorang dah biasa la environment mcm tuh….so ada lagi org nak tanya kenapa generasi sekarang jadi macam nih?…salah anak2 ke?

Sekali lagi…aku ceramah kat diri aku..semoga Allah kuatkan semangat aku untuk memberi yg terbaik pada keluarga…dugaan besar…mampu tak mampu kena la ikhtiarkan jugak…kalau tak…menjawap la kat sana sok….aku takut…

August 24, 2010 Posted by | Life in SU3 | Leave a comment

Munaa dah 9 tahun…Honey dah…30-an…ehehehehe

22 Julai itu hari genap umur anak sulung aku nih 9 tahun…seperti biasa kitorang akan adakan jugak celebration walaupun tak se ‘grand’ mana…yg penting anak2 tahu kita ambik berat pasal diorang….kali nih Emma tengah sarat(dah bersalin 1 Ramadhan itu hari)…so tak dapat la nak tempah kek kat dia…sudah nya terpaksa la cari kek kat deret kedai sana…

Ni ha kek nyer..perasan tak power puff girl tuh…Munaa memang minat ngan citer tuh dari kecik lagi…ehehehe…

Mcm ni ler kalau dah sambut kat rumah…masing2 dengan baju tidurnya…ehehehehe…

Munaa ngan ibu…tu Marwan tuh tengah syok layan fries…dia ni kalau bab makan susah sikit nak selera…so time dia nak balun tuh biorkan jer…

Hadiah untuk Munaa?…well…aku buat sendiri kat opis…cari gambo dia masa kecik yg come2 tuh…buatkan bentuk frame…tambahkan ayat syahdu merangkap nasihat sikit…menangis dia bila aku bacakan…ehehehe…..

So gitu ler sikit sebanyak sambutan serba ringkas birthday anak aku yg sulung nih…sekarang nih dia dah rasa diri dia besar…byk nampak perubahan perangai nyer…tak caya…tu ha tengok gambor bwh…tengah mengajar adik2 ngaji…ehehehehehe…

Dan itu hari 20 August…birthday wife aku…dah 30-an…ehehehehe…

Lagi sekali…disebabkan Emma dalam pantang…terpaksa la beli kek kat kedai nun…bleh tahan jugak la kek nih rasanya…

Ni ha makanan2 yg ada….sebenarnya gambo nih ambik sehari selepas birthday Honey…hari birthday tuh kitorang gi makan kat luor….tapi Marwan pulak meragam…ilang la mood wife aku tuh…kira birthday tahun ni spoiled sikit la…tapi nak wat cam mana…perangai bebudak…tahun depan kena potong kek dulu baru kluar jejalan…kalau tak nanti nak potong kek pun dah tak selera…well…I already tried my best to make this birthday special….

August 17, 2010 Posted by | Aku & Sesuatu, Life in SU3 | 2 Comments

Kucing lagi..

Tak tahu la nape rumah aku nih byk benor kucing datang nak menumpang…yg nih datang melepek kat rumah aku…3 hari aku biorkan…bukan apa…serik dah 2-3 kali kucing datang beranak…tapi tu la…aku ngan wife nih jenih tak sampai hati…bagi la makan…sudah nya melekat kat rumah…masa datang tuh dara sunti lagi…nih dah beranak pulak…dah la beranak kat rumah jiran aku…segan lak rasanya ngan jejiran….

 Si Mimi

Anak dia ada 3 ekor…anak2 aku pulak memang suka la ngan kucing nih…aku jer yg jenih rimas sikit…sudah nya dapat la nama masing2…adeh…so ni mcm mana nih?….nak terus bela ker?…itu lah persolan aku ngan wife…itu hari satu family kitorang dah bagi kat keluarga angkat…yg nih?…adeh….

Kita tolong la bagi makan dulu…dah besar nanti kikta iklan kan ler kat mudah…cari sapa nak jadi keluarga angkat…itu ler kesimpulan yg kami buat…sian tengok…Sekarang nih dah besor…aku pun nak carikan ler keluarga nagkat…errr…tapi anak2 dah sayang lak…muka lak sekor2 come…mak nyer darah siam la katakan…cam no nih…

Tadi kata 3…nih nape ada 4?…ha yang kecik tuh jumpa masa main takraw…sebelum main tuh aku duk dengar dah suara dia duk menjerit kat tepi longkang tuh…buat pekak la sbb tamo tambah lagi tanggungjawab…lama2 tak bleh tahan kesian…aku pungut la bwk balik…mulanya Si Mimi tamo terima budak nih…asal datang dekat jer kena tampor…terpaksa la aku beli susu khas untuk anak kucing…tapi bila lama sikit dia dah ok…terus la budak tuh jadi anak susuan dia….kira anak angkat la…

Kemain sedap tidur…ceh…

Ni ha si Kitty (nama anak aku bagi)…mata biru habis tuh…ehehehe…sesapa yg berminat nak jadi keluarga angkat kepada anak angkat kucing aku nih…contact la…dia nih suka merayau…mungkin mencari mak dia kot…jap tadi wife aku cakap dia keluar merayau lagi…adus….kalau ada yg berkenan nak tolong roger la…datang jer ambik…bukan nak jual..aku bukannya meniaga kucing pun…tolong jer…

August 7, 2010 Posted by | Aku & Sesuatu, Life in SU3 | Leave a comment

Sehari di Semenyih…

Itu hari aku ngan Kamarul bwk family gi mancing kat Semenyih…anak2 aku tu ha heboh benor nak belajar mancing…so kitorang pun pegi la port kat Sukida resort. Seawal pagi gerak dari Saujana Utama…Kamarul & family tunggu kat tol batu 3 sebab diorang dari rumah Mak Teh kat Shah Alam. Bleh tahan jugak la jauhnya nak menyampai ke Sukida resort tu…dah dekat kul seploh lebih baru kitorang sampai… Ni la dia papan tanda di pintu masuk Sukida resort.

 

Port yang kami pilih untuk memancing…selesa…

 

Anak aku Mu’az memang tekun…memang ada talent jadi pemancing…ehehehe…tapi yg tak bleh tahan satu jer…”Ayah…bila nak dapat ikan ni?”….lepas seminit tanya lagi…ahahahaha… 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Ikan pertama yg berjaya didaratkan…Mu’az tension sebab yg kena pancing Munaa…ehehehehe….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Akhirnya…ada jugak ikan melekat kat pancing dia…

Ni ikan 700 grm…kena pancing Kamarul…Munaa saja tumpang bergambor jer tuh…

 

Pemandangan salah sebuah rumah penginapan di resort nih…byk jugak kolam kat sini..       

                                         

 

 

 

 

 

 

Dah penat memancing kami gi layan lak mandi manda kat lata tekala…sejukkkkk…menggigil Marwan…

 

Secara keseluruhan trip pengenalan memancing untuk anak aku nih kira sukses ler…tapi Munaa memang tak bleh la…sekejap jer excitednyer…berbeza ngan Mu’az yg cukup minat…nanti nak gi memancing lagi…ehehehehe…

August 6, 2010 Posted by | Activities, Life in SU3 | Leave a comment

Sukan Ria SU3 – meriah giler!!!

Yeop…kamu jadi ketua rumah sukan untuk blok kite ye…sambil tersengih Epul melantik aku…adeh…ketua pulak…habih rumah apa nih?…Rumoh Meroh…rumah Hang Tuah…erkkkk…aku dah la phobia sikit dengan nama tuh…maklum la…aku kan berhaluan kiri…gang Hang Jebat…tapi apa nak buat…dah diberi tanggungjawab nih…redah jer ler…                                                                                                                                                                                                                    
Hidup Hang Tuah!!!…Hidup Laksamana!!!….itulah pekikan orang kampung apabila Hang Tuah berjaya ‘membuang’ Jebat Derhaka (derhaka kah Jebat?)…dan pada ahad lepas 14/3/2010 Hang Tuah muncul kembali…kali ini gelombang ‘Merah’ hadir dipadang permainan SU3 sempena Acara Sukan Ria…Rumah Merah @ Hang Tuah ni satu jer problem nyer…blok aku tak ramai mana orangnya…tambah pulak dengan  cuti sekolah lagi la tak ramai yang tinggal…itu yg bila setiap acara muka itu2 jer yg masuk…ehehehe…                                                                                                     
Sabtu pagi tu aku, Salleh, Syamsul & Epul dah mula mengumpulkan daun2 kelapa untuk hias rumah…dihari sukan tuh nanti ada pertandingan rumah paling kreatif…so kena la usaha hias sikit….habis gondol la jugak pokok kelapa kat kawasan rumah contoh tu kitorang sesah…ehehehehe…nasib baik pokok kelapa tuh mandul…tak der buah…kalau dak dgn buahnya sekali kena angkut…Petangnya bermulalah gotong royong menghias khemah…sanggup korbankan takraw demi untuk sukan ria nih…dah la gang takraw mmg majoritinya rumah Merah…adeh…Terima kasih kawan2 yg turun menyumbang tenaga…dan hasilnya…tada!!!                                                        
 
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                 Nampak macam dah cukup kreatif kan?…the one and only rumah sukan yang ada “renovation”..ehehehe….additional structure tuh beb…rumah lain main gantung2 jer…tapi yer lah…standard kreatif kat SU3 nih tinggi beb…dah renovate gini pun tak menang jugak gelaran hiasan rumah paling kreatif…taun depan la jawapnya try lagi…                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                            
                                                                                                                                                                                                                                               Ni la maskot rumah kitorang…anak aku…ehehehehe…bakal menjadi pesilat Sendeng…tengok gaya dah tahu…thehehehe…                                                                                                                                                                                                                     
Dah agak lama sebenarnya exco sukan duk plan acara sukan ria ni…tapi event2 mcm ni bukan buleh main tangkap muat jer…byk ground work yg nak kena buat…berpinau jugak la AJK duk buat keje…tahniah la kepada semua AJK yang bertungkus lumus…korang punya endurance level mmg tip top…ehehehe…Hasilnya sukan ria SU3 begitu meriah…wakil YDP yg hadir turut meluahkan rasa terkejut dan kagum beliau kerana beliau tak pernah tengok acara sukaneka semeriah yg SU3 anjurkan…kudos!!!                                                                                                                                       
                                                                                                                                                                                                                                               Ini bukan acara berlari bwk anak tau…tapi larian kaki 3…husband ngan wife jer patutnya.. Ni la dia orang kuat/peneraju acara sukan ria tahun ni…saudara Epul tgh berlari dengan wife…dan anak?…ahahaha…nak wat cam mana…dah budak tuh menjerit tamo duk luar…nak ikut…nak ikut…terpaksa la si Epul berlari ngan anak sekali…ehehehe…semangat memang tinggi team merah nih…itupun tujuan sukan ria nih…memupuk keakraban bukan sahaja dikalangan jiran tetangga…tapi jugak sesama ahli keluarga…thehehe…                                                                                                                                                                                                                  
                                                                                                                                                                                                                                       Acara Terompah gergasi…tengok tuh beb…walau berpakaian sopan masih lagi bleh berlari…ehehehe                                                                                                                                                                                                                                              
                                                                                                                                                                                                                                             Munaa tgh lari bawak bola pingpong…org tua yg semangat lebih nih…thehehe                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                
                                                                                                                                                                                                                                        Anak aku ke nih…ado la…ahahaha…ni Mu`az lepas acara gula2 dalam tepung…mcm tepung gomak la…ahahaha     
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      
                                                                                                                                                                                                                                               Ni lah dia pom2 girls rumah merah…ehehehehe…10~15 tahun sudah dara pingitan la kiranya nih…skarang dah jadi Mak Dara…errr…jangan mare ahh…gurau jer…ehehehehe…                                                                                                                                                                                                                                              
                                                                                                                                                                                                                                      Takmeriah lah acara sukan kalau tak der gerai2 & motor2 yang menjual mcm2 nih…yg motor aiskrim ni mcm tak der port lain…sebelah rumah merah gak nak parking…Marwan ni dah la lelah…mana bleh makan sgt aiskrim nih…pening2..                                                                                                                                                                                                                                 
                                                                                                                                                                                                                   

Yours truly ngan Hairol tengah bersilat…ehehehe…

Kedatangan para juri untuk pertandingan rumah paling kreatif kami sambut dengan tari silat bersulamkan paluan kompang..pergh…rasa nak bertikam la pulak dengar kompang rentak silat nih..yah…yah…eyah…ghahahaha….

“Dari Melaka ke negeri Pahang,

Singgah di Johor beli berangan,

Langkah Laksamana menyambut datang,

Memeriah acara mengukuh kejiranan”

Acara tarik tali merupakan kemuncak sukan…pusingan pertama rumah merah berjaya menewaskan rumah kuning…lawan di final bukan calang2..rumah hijau memang ketara mempunyai kelebihan dari segi fizikal…bak kata org mcm mentimun ngan durian…melenyek kena dilenyek lagi la kena..tapi lawan tetap lawan..hidup Laksamana!!!…tahniah kepada badang2 rumah merah…walaupun tewas diperingkat akhir namun semangat korang mmg wa salute…

Bergambar penat…tu yg sesat sorang rumah biru tuh kira enteprem la tuh…nak datang sengsorang malu…sudah nya angkut anak la buat lesen nak bergambo..”Bukan aku nak sangat…kesian anak aku ni nak bergambo ngan korang”…ehehehehehe 

Ni bergambor ramai2 semasa penutup…ramai yg dah gerak sebab panas tak ingat punya…so ni sapa yg tinggal jer ler bergambor. Yang baju hitam tuh?…bukan…mana ada rumah hitam…itu semua sukarelawan dari ITM…anak murid Nurul la semua nih…student event management…terima kasih korang.                                                                                                                                    

Secara keseluruhan aku katakan yg acara sukan ria nih telah dianjurkan dengan jayanya…terima kasih kepada exco sukan dan AJK2 yang terlibat…apa2 aktivitipun tak sempurna rasanya kalau tak der rungutan…itu lumrah org kita…mmg pahit nak ngaku tapi tu la dia perangai org kita…rumah siap pahat berbunyi…panggil meeting tak datang…bagi tugas tak buat…gotong royong tak muncul…bila dah selesai komplen bergunung…biasanya diorang nih jugak la yg bila kita buat RT tak turun…nak security katanya…dah ambik security tak mo byr pulak…adoi..Biarkan golongan ‘KUDIS’ ni meracau…yg penting kita dah buat yg terbaik untuk penduduk…tahniah korang….

March 25, 2010 Posted by | Life in SU3 | 7 Comments

Mirah & anak2…

10 March 2010…genap sebulan Mirah dan anak2 nya berpindah ke rumah Cikgu Siti. Syahdu jugak tengok diorang masa Cikgu Siti datang tuh…Mirah muram jer mukannya…anak2 kecil tuh pulak tak tahu apa2…so duk main mcm biasa la…Kalau tak kerana memikirkan anak aku…memang Mirah sekeluarga tuh biar la kat rumah aku…apa la sangat setakat makan minum diorang… 

Seperti biasa Munaa la yang paling sedih…dia kan sayang sangat kat Mirah tu. Aku kengkadang pelik la ngan anak sulong aku nih…selalunya anak sulung nih keras hati sikit…ini Munaa tak…penyedih orgnya…dia sentimental sikit..agaknya mungkin la sebab jarak dgn adik2 jauh sikit, so lama la dia jadi anak manja.

 Ingat lagi macam mana mula-mula Mirah datang kerumah…comot & lapar…atas dasar belas Mirah kami layan macam keluarga sendiri…sampai la dia beranak pinak…tapi masa untuk berpisah tiba jugak…kami sekeluarga terpaksa merelakan pemergian Mirah & anak2nya. Cikgu Siti Nampak baik orangnya…Nampak penyayang…aku harap Mirah sekeluarga dapat kehidupan yang lebih baik di rumah Cikgu Siti…

Terima kasih la Cikgu kerana sudi menjadi keluarga angkat kepada Mirah & anak2. Cam aku cakap, kalau tak kerana Marwan ada alahan memang tak menjadi masalah. Ni itu hari semput sampai masuk spital…dia pulak memang suka sgt dengat kucing…habih dipeluknya sana sini…so terpaksalah aku carikan org yg sanggup bela kucing nih semua…Cikgu Siti pulak memang ada lebih 30 ekor kucing kat kampung…siap gi ambik kursus penjagaan kucing lagi…so they are in safe hands….bila memikirkan tuh jer lah yg buat aku rasa lega…cuma sian jugak aku tengok Munaa ngan Mu’az…diorang la yg bidankan si Mirah tuh masa beranak itu hari…Mu’z paling sayang kat si Hitam (tak de dlm gambar)…aku pun sebenarnya bukan gemor sgt ngan kucing…cuma masa itu hari kesian tengok dia tgh bunting…so bela je la…setakat tolong bagi makan jer…aku pun tak pernah declare kata si Mirah ni kucing aku…cuma di anih memang suka datang mintak makan kat rumah aku…org lain mungkin sibuk kot nak sediakan sikit makanan untuk dia..tah la…mungkin ada…

So hari ni dah sebulan…sure anak2 mirah dah besar…itu hari aku dah janji dgn anak2 aku nak gi melawat Cikgu Siti sambil tengok kucing tuh semua…nak kena bawak la tuh nanti….

 

Mirah & Anak2 terpaksa duk dlm sangkar untuk perjalanan jauh…

March 10, 2010 Posted by | Life in SU3 | 3 Comments