yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Blackie Kohi & Fluffy Cino

“Yeop…si Mimi ada kat rumah aku tuh…beranak kat belakang sofa dekat sliding door…”

“Alamak bro…mintak maap bebanyak la…aku dah readykan kotak kat belakang tuh…kat rumah ngko jugak dia nak beranak…”

Mcm tu la bermulanya kehidupan kucing2 aku nih…selang beberapa hari lepas beranak baru dia angkut bwk balik rumah. Si Mimi nih mcm yg aku citer, dulu merupakan kucing datang…tah dari mana…sian punya pasal kitorang bagi makan…dah bagi makan lekat lak kat rumah….

Masa dia beranak tuh kitorang exited la…nak tengok apa rupa anak2 Mimi…Ada 3 ekor semuanya…sekor jantan dan dua betina…sekor hitam, dua coklat…memandangkan Mimi tuh kucing hybrid…so anak2 dia semuanya pakat bulu kembang la…ada la darah2 siam…

Dari kiri, Shorty Mocha, Blackie Kohi & Fluffy Cino

Dalam tiga ekor tuh yg paling manja si Blackie la…mungkin sebab dia tahu dia tak berapa nak lawa…hitam legam jer…so dia ambik hati tuan dengan cara lain ler…dia yg paling setia duk ikut kalau aku atau wife duk buat keje kat laman rumah…duk jer dia teman kat sebelah baik time cabut rumput ataupun time duk bersihkan ‘toilet’ diorang.

Satu hari si Blackie nampak tak sihat…demam gamaknya…tak berapa mau makan sangat…ada la dalam 3~4 hari dia mcm tuh…lps pada tuh dia nampak macam sihat balik…seperti biasa dia selalu duk manja2 ngan aku…kalau aku balik keje yg lain semua terkam mintak makan…dia jer yg datang gesel badan kat aku dulu..memang pandai ambik hati..

Aku ingat masa tu dia dah ok la..tetiba sehari lepas tuh dia monyok balik….Shorty setia duk temankan dia..hari sabtu 18 Disember aku ada Company annual dinner…so tak berapa nak kesah la kat dia sangat…ahad nya tuh pulak aku meniaga kat SU Car Boot Sale…balik meniaga kitorang tengok dia dah tak der dalam bakul…jenuh kitorang cari sampai ke belakang rumah..last sekali nampak dia kat dalam longkang antara rumah aku ngan rumah Azmi…nampak teruk sangat condition dia.

Kitorang terus bwk dia ke klinik…hari ahad..payah nak cari klinik vet yg  bukak…last sekali jumpa klinik haiwan kat Kepong..Doktor cakap dia kena serangan virus..virus dah sampai paru2…klinik tak dapat nak ubatkan…dia suggest kitorang bwk ke Animal Medical Center kat Jalan Kuching…

Kitorang terus gerak gi rumah Abah untuk surf internet…nak cari klinik lain yg dekat sikit…aku tengah kat komputer..wife tengah kat dapur…tiba2 wife aku panggil suruh tengok keadaan Blackie…wife aku cakap tadi dia duk kat luar bakul…dia tiba2 dengan susah payah melompat masuk bakul…aku tengok dia tengah kejang…macam kena strok…aku cuba usap2 badan dia dgn harapan boleh la tenangkan dia..dia pandang aku dengan renungan sayu..sukar aku nak gambarkan…seolah-olah mcm dia nak ckp something. Aku tak kan lupa renungan tu sampai bila2.  Kepala dia pelan2 terkulai…aku sedar pandangan tu adalah yang terakhir.. Blackie menghembuskan nafasnya yang penghabisan..badannya kaku..

Blackie..pergi jua akhirnya…kitorang selalu membebel sebab dia tak mau duk dalam bakul nih…susah2 gi cari kat kedai rotan last2 diorang tamo duk..mungkin sebab tu agaknya dia bersusah payah lompat masuk dalam bakul masa nak mati tuh…mungkin bakul tuh  jer yg dia rasa familiar dalam persekitaran asing baginya kat rumah Abah…Munaa & Mu`az bercucuran air mata…

Blackie yang telah kaku….2:30pm, 19/12/2010

Kitorang bawak dia balik SU3…Blackie disemadikan dibawah pokok tepi  rumah kitorang…kat pokok tu la dia selalu bermain-main dengan adik beradik dia…kadang2 sampai ke atas dipanjatnya…masa tanam blackie tuh kitorang panggil la si Fluffy & Shorty untuk tengok  adik diorang buat kali terakhir…Fluffy duduk jer kat sebelah sepanjang aku duk kambus kubur Blackie..dia mungin faham apa yang sebenarnya berlaku…dan itulah  kali terakhir kitorang tengok Fluffy dalam keadaan sihat…..

Hari Isnin tuh Fluffy tak nampak2…biasanya dia kalau tak der tuh duk lepak kat rumah Azmi jiran sebelah aku..wife aku  msg Kak Aripah wife Azmi bertanyakan pasal Fluffy…ada lepak tidur kat dalam raga motor katanya…ingatkan macam biasalah…so malam tuh kitorang gerak la ke selayang sebab esoknya tuh wife aku ada sesi penggambaran dan fotografi kat Galeri Ilmu..sebelum tu dah pesan kat  Kak  Aripah mintak tolong tengokkan Fluffy & Shorty sebab Selasa malam  baru kitorang balik…Shorty tuh nampak cam sunyi jer…

Hari Rabu tetiba wife aku call aku kat ofis…dah jumpa Fluffy tapi keadaan dia sama mcm  Blackie itu hari…jumpa pun kat dalam longkang belakang rumah Azmi…bimbang kejadian sama berulang, petang tuh jugak kitorang bwk dia gi jumpa vet kat Shah Alam..bende sama..Doktor mengesahkan Fluffy kena jangkitan virus..peluang untuk survive 50-50..dia just bagi ubat anti viral, antibiotik, anti inflammatory & pro-biotic. Kitorang bwk balik..tawakkal jer lah…selagi dia mampu bertahan kitorang akan terus jaga, bagi ubat..bagi air..dan Doc pesan suruh bagi air rebusan ayam untuk bagi dia tenaga..

3 hari wife aku jaga dia…keadaan Fluffy tak menunjukkan ada sebarang perubahan positive…badan dia semakin lemah. Hari khamis tuh Fluffy tiba2 mcm  sihat sikit…dia bangun dan mengiau-ngiau sikit…kitorang rasa lega dan tak putus bersyukur kerana nampaknya dia ada harapan untuk sembuh…namu bila teringatkan apa yg berlaku pada Blackie yg tiba2 sihat sebelum mati kami jadi risau balik…mungkin kah ini cuma seperti keadaan pelita dengan nyalaan terakhir masa dah nak habis minyak?

Fluffy dalam keadaan yg sangat lemah…..

Hari nih Sabtu, 25/12/2010…keadaan Fluffy kembali seperti sebelumnya…lemah…sesekali cuba mengangkat kepala tapi sudahnya terbaring semula kerana tak der tenaga…malam tuh kitorang gi kenduri kat rumah Azhar di Bidara 3 kejap…sebelum pergi tuh Munaa dah teresak-esak menangis sebab tengok keadaan Fluffy yang dah teruk sangat…..

“Tak per lah kakak..ada org Allah uji kucing dia sakit lepas tu sihat balik…ada orang Allah uji kucing dia sakit lepas tuh mati…semunya Allah dah tentukan”..tiba2 Mu`az bersuara dalam kete untuk pujuk Munaa yg tengah bersedih..

“Kenapa pulak macam tuh Mu`az?” tanya wife aku menguji…

“Sebab Allah nak tengok kita sabar ke tak dengan ujian Allah”…

Aku & wife saling berpandangan sambil tersenyum…syukurlah dia faham apa yg cuba kami terapkan selama ini tentang hakikat kehidupan. Balik dari kenduri rumah Azhar dah pukul 10:30 malam…lepas parking kete aku lock pagar…wife aku cakap mcm tamo keluar dah jer..aku tak paham…pandang dia…ooo…Fluffy…just in case apa2 jadi dah tentu kena keluar balik..Munaa tak nak masuk rumah…tak sanggup dia nak hadapi realiti yg mungkin sesuatu dah berlaku kepada Fluffy. Aku masuk terus gi check keadaan dia…perutnya dah tak berombak…dia dah kaku…tapi badannya belum lagi keras…dia dah pergi untuk selama-lamanya…

Fluffy..mati keseorangan…kitorang tak der kat rumah…tak sanggup nak tengok dia mati macam Blackie…

Kami kebumikan Fluffy disebelah Blackie…ni baru habis la nih..situlah tempat diorang adik beradik suka bermain & bergurau senda…kini tinggal lah Shorty keseorangan..pasti dia sunyi…Munaa cakap kat wife aku..”Ibu..boleh tak Munaa cakap mcm ni..”yg dah tiada kita ingat di hati..yang ada”….” kita hargai” sambung wife aku…jaga la Shorty tuh baik2…Anak2 tanya “Kat syurga nanti boleh tak mintak nak jumpa Blackie & Fluffy?”…”Boleh..kena la rajin solat”….sambung kami…Munaa mengangguk tanda faham…

Blackie Kohi (Died 19/12/2010)

Fluffy Cino (Died 25/12/2010)

So sekarang nih kitorang concentrate kat Shorty je lah…wife aku kata dah malas nak bela kucing lain…tak sanggup rasanya nak berdepan kemungkinan tragik sebegini..2 kucing kesayangan mati dalam masa seminggu..sangat menyanyat hati…bila kitorang refer Complete cat care manual yg Ayong hadiahkan…memang ada cerita kat situ tentang satu virus yg menyerang kucing dipanggil Feline Infectious Peritonitis (FIP)…FIP biasanya menyerang kucing dibawah usia 3 tahun “and treatment is not usually effective”..ayat yg membuatkan kami rasa agak ringan tekanan perasaan kerana diorang mati bukan lah kerana kecuaian kami….

Harapnya kami dah menjadi tuan yg baik untuk diorang….




December 26, 2010 - Posted by | Aku & Sesuatu, Life in SU3

1 Comment »

  1. Tragik… mmg sgt tragik! Tapi setiap yg terjadi ada hikmahnya. Anggaplah ini suatu pengalaman hidup yg dapat mematangkan anak2 kita terutamanya. Biar diorg tahu hakikat kehidupan – yang hidup tidak selalu indah. Hidup tidak selalunya seperti yg kita harapkan. Hidup perlukan pengorbanan dan penerimaan akan Qada’ dan Qadar Allah. Kita redha dgn ketentuan Allah, Allah akan redha akan kita.

    Kata2 Mu’az dlm kereta tu, mmg tak sangka dia akan cakap mcm tu. “Sabarlah kakak, ni semua Allah nak uji kita…” Padahal dia baru 5 tahun. Alhamdulillah… Anak2 memerhatikan kehidupan sekeliling mereka. Sedikit susah payah, ujian pahit yg dialami akan menjadi pengalaman hidup yg sgt berharga utk menjadi bekal buat anak2 menempuhi kehidupan mereka dewasa kelak.. insya Allah….

    Comment by Mazny | December 26, 2010


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: