yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

2010 in review-kena lagi byk menulis…adeh..

The stats helper monkeys at WordPress.com mulled over how this blog did in 2010, and here’s a high level summary of its overall blog health:

Healthy blog!

The Blog-Health-o-Meter™ reads Wow.

Crunchy numbers

Featured image

A Boeing 747-400 passenger jet can hold 416 passengers. This blog was viewed about 8,500 times in 2010. That’s about 20 full 747s.

In 2010, there were 34 new posts, growing the total archive of this blog to 71 posts. There were 161 pictures uploaded, taking up a total of 93mb. That’s about 3 pictures per week.

The busiest day of the year was June 16th with 77 views. The most popular post that day was Ong Bak 2…suatu penantian yg mengecewakan….

Where did they come from?

The top referring sites in 2010 were saujanautama3.com, syimirmikail.blogspot.com, darigobokhatiku.blogspot.com, facebook.com, and search.conduit.com.

Some visitors came searching, mostly for ong bak 3, upin ipin, ong bak, majalah keluarga, and upinipin.

Attractions in 2010

These are the posts and pages that got the most views in 2010.

1

Ong Bak 2…suatu penantian yg mengecewakan… April 2009
5 comments

2

Cover Depan Majalah Keluarga Feb 2010 February 2010
7 comments

3

Wayang…after almost 10 years… March 2009
2 comments

4

Sukan Ria SU3 – meriah giler!!! March 2010
7 comments

5

Silat Sendeng DI SU3 March 2009
4 comments

Advertisements

January 26, 2011 Posted by | Aku & Sesuatu | Leave a comment

Blackie Kohi & Fluffy Cino

“Yeop…si Mimi ada kat rumah aku tuh…beranak kat belakang sofa dekat sliding door…”

“Alamak bro…mintak maap bebanyak la…aku dah readykan kotak kat belakang tuh…kat rumah ngko jugak dia nak beranak…”

Mcm tu la bermulanya kehidupan kucing2 aku nih…selang beberapa hari lepas beranak baru dia angkut bwk balik rumah. Si Mimi nih mcm yg aku citer, dulu merupakan kucing datang…tah dari mana…sian punya pasal kitorang bagi makan…dah bagi makan lekat lak kat rumah….

Masa dia beranak tuh kitorang exited la…nak tengok apa rupa anak2 Mimi…Ada 3 ekor semuanya…sekor jantan dan dua betina…sekor hitam, dua coklat…memandangkan Mimi tuh kucing hybrid…so anak2 dia semuanya pakat bulu kembang la…ada la darah2 siam…

Dari kiri, Shorty Mocha, Blackie Kohi & Fluffy Cino

Dalam tiga ekor tuh yg paling manja si Blackie la…mungkin sebab dia tahu dia tak berapa nak lawa…hitam legam jer…so dia ambik hati tuan dengan cara lain ler…dia yg paling setia duk ikut kalau aku atau wife duk buat keje kat laman rumah…duk jer dia teman kat sebelah baik time cabut rumput ataupun time duk bersihkan ‘toilet’ diorang.

Satu hari si Blackie nampak tak sihat…demam gamaknya…tak berapa mau makan sangat…ada la dalam 3~4 hari dia mcm tuh…lps pada tuh dia nampak macam sihat balik…seperti biasa dia selalu duk manja2 ngan aku…kalau aku balik keje yg lain semua terkam mintak makan…dia jer yg datang gesel badan kat aku dulu..memang pandai ambik hati..

Aku ingat masa tu dia dah ok la..tetiba sehari lepas tuh dia monyok balik….Shorty setia duk temankan dia..hari sabtu 18 Disember aku ada Company annual dinner…so tak berapa nak kesah la kat dia sangat…ahad nya tuh pulak aku meniaga kat SU Car Boot Sale…balik meniaga kitorang tengok dia dah tak der dalam bakul…jenuh kitorang cari sampai ke belakang rumah..last sekali nampak dia kat dalam longkang antara rumah aku ngan rumah Azmi…nampak teruk sangat condition dia.

Kitorang terus bwk dia ke klinik…hari ahad..payah nak cari klinik vet yg  bukak…last sekali jumpa klinik haiwan kat Kepong..Doktor cakap dia kena serangan virus..virus dah sampai paru2…klinik tak dapat nak ubatkan…dia suggest kitorang bwk ke Animal Medical Center kat Jalan Kuching…

Kitorang terus gerak gi rumah Abah untuk surf internet…nak cari klinik lain yg dekat sikit…aku tengah kat komputer..wife tengah kat dapur…tiba2 wife aku panggil suruh tengok keadaan Blackie…wife aku cakap tadi dia duk kat luar bakul…dia tiba2 dengan susah payah melompat masuk bakul…aku tengok dia tengah kejang…macam kena strok…aku cuba usap2 badan dia dgn harapan boleh la tenangkan dia..dia pandang aku dengan renungan sayu..sukar aku nak gambarkan…seolah-olah mcm dia nak ckp something. Aku tak kan lupa renungan tu sampai bila2.  Kepala dia pelan2 terkulai…aku sedar pandangan tu adalah yang terakhir.. Blackie menghembuskan nafasnya yang penghabisan..badannya kaku..

Blackie..pergi jua akhirnya…kitorang selalu membebel sebab dia tak mau duk dalam bakul nih…susah2 gi cari kat kedai rotan last2 diorang tamo duk..mungkin sebab tu agaknya dia bersusah payah lompat masuk dalam bakul masa nak mati tuh…mungkin bakul tuh  jer yg dia rasa familiar dalam persekitaran asing baginya kat rumah Abah…Munaa & Mu`az bercucuran air mata…

Blackie yang telah kaku….2:30pm, 19/12/2010

Kitorang bawak dia balik SU3…Blackie disemadikan dibawah pokok tepi  rumah kitorang…kat pokok tu la dia selalu bermain-main dengan adik beradik dia…kadang2 sampai ke atas dipanjatnya…masa tanam blackie tuh kitorang panggil la si Fluffy & Shorty untuk tengok  adik diorang buat kali terakhir…Fluffy duduk jer kat sebelah sepanjang aku duk kambus kubur Blackie..dia mungin faham apa yang sebenarnya berlaku…dan itulah  kali terakhir kitorang tengok Fluffy dalam keadaan sihat…..

Hari Isnin tuh Fluffy tak nampak2…biasanya dia kalau tak der tuh duk lepak kat rumah Azmi jiran sebelah aku..wife aku  msg Kak Aripah wife Azmi bertanyakan pasal Fluffy…ada lepak tidur kat dalam raga motor katanya…ingatkan macam biasalah…so malam tuh kitorang gerak la ke selayang sebab esoknya tuh wife aku ada sesi penggambaran dan fotografi kat Galeri Ilmu..sebelum tu dah pesan kat  Kak  Aripah mintak tolong tengokkan Fluffy & Shorty sebab Selasa malam  baru kitorang balik…Shorty tuh nampak cam sunyi jer…

Hari Rabu tetiba wife aku call aku kat ofis…dah jumpa Fluffy tapi keadaan dia sama mcm  Blackie itu hari…jumpa pun kat dalam longkang belakang rumah Azmi…bimbang kejadian sama berulang, petang tuh jugak kitorang bwk dia gi jumpa vet kat Shah Alam..bende sama..Doktor mengesahkan Fluffy kena jangkitan virus..peluang untuk survive 50-50..dia just bagi ubat anti viral, antibiotik, anti inflammatory & pro-biotic. Kitorang bwk balik..tawakkal jer lah…selagi dia mampu bertahan kitorang akan terus jaga, bagi ubat..bagi air..dan Doc pesan suruh bagi air rebusan ayam untuk bagi dia tenaga..

3 hari wife aku jaga dia…keadaan Fluffy tak menunjukkan ada sebarang perubahan positive…badan dia semakin lemah. Hari khamis tuh Fluffy tiba2 mcm  sihat sikit…dia bangun dan mengiau-ngiau sikit…kitorang rasa lega dan tak putus bersyukur kerana nampaknya dia ada harapan untuk sembuh…namu bila teringatkan apa yg berlaku pada Blackie yg tiba2 sihat sebelum mati kami jadi risau balik…mungkin kah ini cuma seperti keadaan pelita dengan nyalaan terakhir masa dah nak habis minyak?

Fluffy dalam keadaan yg sangat lemah…..

Hari nih Sabtu, 25/12/2010…keadaan Fluffy kembali seperti sebelumnya…lemah…sesekali cuba mengangkat kepala tapi sudahnya terbaring semula kerana tak der tenaga…malam tuh kitorang gi kenduri kat rumah Azhar di Bidara 3 kejap…sebelum pergi tuh Munaa dah teresak-esak menangis sebab tengok keadaan Fluffy yang dah teruk sangat…..

“Tak per lah kakak..ada org Allah uji kucing dia sakit lepas tu sihat balik…ada orang Allah uji kucing dia sakit lepas tuh mati…semunya Allah dah tentukan”..tiba2 Mu`az bersuara dalam kete untuk pujuk Munaa yg tengah bersedih..

“Kenapa pulak macam tuh Mu`az?” tanya wife aku menguji…

“Sebab Allah nak tengok kita sabar ke tak dengan ujian Allah”…

Aku & wife saling berpandangan sambil tersenyum…syukurlah dia faham apa yg cuba kami terapkan selama ini tentang hakikat kehidupan. Balik dari kenduri rumah Azhar dah pukul 10:30 malam…lepas parking kete aku lock pagar…wife aku cakap mcm tamo keluar dah jer..aku tak paham…pandang dia…ooo…Fluffy…just in case apa2 jadi dah tentu kena keluar balik..Munaa tak nak masuk rumah…tak sanggup dia nak hadapi realiti yg mungkin sesuatu dah berlaku kepada Fluffy. Aku masuk terus gi check keadaan dia…perutnya dah tak berombak…dia dah kaku…tapi badannya belum lagi keras…dia dah pergi untuk selama-lamanya…

Fluffy..mati keseorangan…kitorang tak der kat rumah…tak sanggup nak tengok dia mati macam Blackie…

Kami kebumikan Fluffy disebelah Blackie…ni baru habis la nih..situlah tempat diorang adik beradik suka bermain & bergurau senda…kini tinggal lah Shorty keseorangan..pasti dia sunyi…Munaa cakap kat wife aku..”Ibu..boleh tak Munaa cakap mcm ni..”yg dah tiada kita ingat di hati..yang ada”….” kita hargai” sambung wife aku…jaga la Shorty tuh baik2…Anak2 tanya “Kat syurga nanti boleh tak mintak nak jumpa Blackie & Fluffy?”…”Boleh..kena la rajin solat”….sambung kami…Munaa mengangguk tanda faham…

Blackie Kohi (Died 19/12/2010)

Fluffy Cino (Died 25/12/2010)

So sekarang nih kitorang concentrate kat Shorty je lah…wife aku kata dah malas nak bela kucing lain…tak sanggup rasanya nak berdepan kemungkinan tragik sebegini..2 kucing kesayangan mati dalam masa seminggu..sangat menyanyat hati…bila kitorang refer Complete cat care manual yg Ayong hadiahkan…memang ada cerita kat situ tentang satu virus yg menyerang kucing dipanggil Feline Infectious Peritonitis (FIP)…FIP biasanya menyerang kucing dibawah usia 3 tahun “and treatment is not usually effective”..ayat yg membuatkan kami rasa agak ringan tekanan perasaan kerana diorang mati bukan lah kerana kecuaian kami….

Harapnya kami dah menjadi tuan yg baik untuk diorang….




December 26, 2010 Posted by | Aku & Sesuatu, Life in SU3 | 1 Comment

Kopiah Mahal & Tasbih Kokka…

Apa tajuk tuh Yeop?…ngko nak berceramah pulak ke?…dah nak tukor tempat keje dari kilang ke masjid?…ehehehe…mungkin itu ler respon kengkawan bila baca tajuk nih…

Ni aku nak citer pasal kejadian kat R&R Tapah masa aku outstation ke Penang itu hari…Jumaat 22 October lepas aku kena gi Penang…awal pagi dah gerak…nak kena gi meeting ngan customer…citer Penang dulu…aku gi nih bukan kat pulau nun…Penang belah main-land ni ha..Prai..kat situ ada port makan tengahari baekkk punya…bawal deep fry ngan sambal kicap…apa istimewanya?..kalau kat KL nih tak dak pun yg istimewanya kalau setakat bawal goreng nih…tapi kat situh menjadi makanan trade-mark..berpusu-pusu orang datang…segala lapisan masyarakat tak kira bangsa..punya la hebat..bila aku rasa…pergh…layan jugak bai…dia punya umph lain macam…bila balik sini buat bende sama tak pulak rasa sedapnya..ekekeke…

Bebalik pada tajuk asal..petangnya masa nak balik KL aku singgah kat R&R Tapah…masa nak ke toilet tuh aku ada nampak sorang remaja nih tengah mintak derma sambil jual bende..biasanya bebudak gini akan jual VCD atau ubat sapu atau kalender atau pun ayat2 Quran untuk di framekan…aku pun tak kesah la…memang dah terniat nak menghulur so lepas ke surau nanti aku hulur la..

On-da-way dari surau aku tengok remaja tuh tengah approach sorang brader nih…berkopiah mahal dikepala bertasbih kokka di tangan..badan gempal2 sikit sekali tengok cam gaya ustaz…berjanggut sejemput dengan misai nipis..dari surau tuh aku nampak brader nih menolak bila adik tuh nak jual barang untuk sekolah anak yatim tuh tapi adik tuh tak putus asa follow dan approach sekali lagi…sekali brader tuh naik angin…dirampaskannya beg adik tuh dan dicampak ke longkang…keadaan jadi sedikit kecoh dengan brader ala ustaz terus menyoal berkenaan permit kutipan derma dan sebagainya…

“Sampai hati pak cik”…kata adik tuh…si brader kopiah mahal bertambah berang…resit ditangan adik tuh cuba dirampas…untuk menjadi habuan longkang jugak la gamaknya…panas hati aku tengok…beberapa orang biasa lain (bukan gaya ustaz) yg tidak berkopiah mahal dan bertasbih kokka nih cuba meleraikan keadaan…sorang brader berseluar ‘steng’ bersuara…”ustaz…kalu tamo bagi dah la…tak perlu nak menganiaya adik nih sampai macam nih…kalau betul pun dia kutip derma tanpa permit itu urusan dia dengan Allah”…pergh…org biasa menasihati orang yg zahirnya nampak alim…”Kopiah tuh buat tadah kencing jer ler ustaz..”…terdengar suara sorang mamat rock kapak kat celah2 org ramai tuh…

Ini bukan kali pertama aku tengok org yg zahirnya alim tapi berperangai mcm org tak bertamadun…wife aku selalu tegur aku..”Abg nih selalu skeptical ngan org yg nampak baik”…ha ni la sebabnya…aku dah muak dengan mangga yg berulat…kulit luar nampak cantik tapi dalam busuk…

Pandangan aku sebagai warga yg jahil…derma nih perlu ikhlas…ikhlas pada yg memberi…kalau sungguh yg menerima tuh menipu pun itu urusan dia ngan Tuhan…yg penting kita ikhlas..bagi aku senang jer…kita nak bagi parang kat org supaya dapat bantu dia berkebun…kalau dah dia nak guna parang tuh untuk menyamun kita nak buleh buat apa…bukan nya kita nih buleh baca apa nak jadi kat masa depan nun…itu dia tanggung la…kita bagi niatkan untuk kebaikan…tah la…dunia nih makin pelik..aku harap brader berkpiah mahal bertasbih kokka tuh dapat muhasabah diri…ke pandangan aku nih salah?…ustaz tuh betul kot?…korang dengar la penjelasan dia pulak…kot la adik tuh ada maki hamun dia yg aku tak nampak…kot la…

November 1, 2010 Posted by | Aku & Sesuatu | 1 Comment

Aidilfitri….

Lagi dua hari nak raya Mak balik kampung dengan Are, Ida, Qaseh & Adik Ya…aku masih keje lagi 8 hb tu…so plan hari buat lemang tuh la baru nak gerak…tapi tu lah…kita cuma mampu merancang jer…Allah yang menentukan…family aku semua pakat tak sihat…wife dan anak2 pakat2 demam…Mu`az muntah2…Munaa demam panas…Marwan duk semput…aku?…sakit gigi…argh!!!….

Gema…..

Takbir di subuh hari…

Menjelang sudah…

Aidilfitri…..

Adu la S Jibeng nih…syahdu lak aku dengar. Malam raya tu aku call Mak cakap tak dapat balik beraya…Sedih sungguh rasanya tak dapat beraya dengan Mak kali ni. Mak pun paham sebab Mak nampak memang anak2 aku tak sihat sebelum balik itu hari..so malam tuh kitorang siap2 la nak gi tido rumah mak abah kat Selayang…tengah duk siap2 tetiba Abg Najib lalu…”Yeop…jom takbir kat rumah abang”…so aku tangguhkan kejap nak ke Selayang…aku bawak Mu`az ikut takbir…ramai jugak rupanya yg beraya di SU3…bertakbir kat rumah Abg Najib aje dah ada berbelas org…lepas tu takbir kat rumah Abg Saidi pulak…masa tuh jam dah dekat pukul 11 so aku lepak makan kejap jer ler…

Hj. Rosmin tengah duk baca doa lepas takbir kat rumah Abang Saidi.

Antara jiran2 yg hadir bertakbir bersama-sama dimalam Aidilfitri..

Remaja2 SU3 pun turut serta dengan rombongan takbir…alhamdulillah…

Dah dekat kul sebelas stengah baru kitorang gerak dari SU3. Sampai Sri Damansara Nas call…diorg dah rabak mata katanya…duk tunggu kitorang jer nak potong kek…kebetulan hari nih (dah lepas kul doblas…kira dah masuk seploh hb ler..)birthday Abah so Zai dah belikan kek…secret recipe tuh beb…lepas makan duk layan borak je la ngan adik2 ipar aku…kalau dah dengan Nas tuh borak apa lagi…silat ler…ehehehe…

Kek birthday Abah & Mak sekali…secret recipe beb…maunyer tak sedap…

Pagi raya…lepas subuh Honey dah sibuk menggosok baju raya…aku sempat lagi landing balik…penat malam tadi tido lambat…disebabkan Marwan masih tak sihat so wife aku terpaksa la solat Aidilfitri kat rumah…aku bwk Mu`az je gi masjid. Selesai solat ada jamuan ringan kat masjid. Abah sebagai setiausaha masjid memang merupakan org paling penting dalam menghidupkan suasana hari raya di  masjid Taman Sri Melati nih…kalau korang tengok kerja2 Abah kat masjid sure korang impress…Abah memang pakar dalam Seni ‘Simenfero’…tah betul ke tak aku eja tuh…ala…yang buat2 lanskap guna simen tuh la…rupa persekitaran masjid dah berubah sama sekali sejak Abah handle nih…sedap mata memandang…untuk pengetahuan korang kolam ikan kat rumah aku tuh hasil kerja seni Abah la…ehehehehe…

Dah habih makan kat masjid balik beraya kat rumah…makan lagi…dah aku lak cirit birit…nasib baik dah balun ubat pepagi tadi…kurang le sikit frequency ke jamban.

Gambor kami sekeluarga dipagi Aidifitri…nampak muka Marwan tuh?…ha…tuh muka budak meragam…susah tu nak suruh bergambo…bad mood jer pagi raya tuh…

Ni bergambor ngan Mak & Abah..again…tengok la muka Marwan tuh…cukup susah nak pujuk dia bergambor…sian…dia tak berapa sihat…bila hulur duit raya pun tak layan…apa lagi…bapaknyer la yg layan…ahahahahaha…

Lepas solat jumaat baru kitorang gerak ke Kg. Mantau, daerah Mambau, Negeri 9. Ni kampung Abah. Wan (nenek) masih ada so Abah memang tiap2 tahun balik la…Wan ni itu hari dah sakit teruk…terbaring jer…syukur alhamdulillah…sekarang semakin sihat…dah boleh berbual dengan cucu cicit yang balik. keluarga Mak Teh pun ada sama…diorang sampai awal sikit…Pak2 sedara yang lain tak dapat jumpa kerana masing2 beraya di kampung wife…Pak Usu ke Johor…Pak Cik tak tahu…Pak Itam awal pagi dah datang beraya..kitorang beraya kat rumah Mak Long jer la….malamnya Kamarul bwk keluar mercun…sakan bebudak nih main…malam tuh dah dekat kul sebelas baru kitorang sampai SU3…

Pagi raya kedua..suasan SU3 tenang dan damai…sunyi jer…yer lah…orang pakat balik kampung…family wife aku hari nih balik Setiawan…kitorang tak dapat la balik sebab faktor kesihatan bebudak nih..jiran2 aku ada la 2~3 family tak balik…Abg Mie, Abg Salleh, Kak Nah, Pak Cik Suhaimi…semua pakat2 beraya kat SU3 jer…err…termasuk la Ghana & Ravin yg memang beraya kat sini…ehehehehe….

Tengahari dapat call dari Adik Ya…tengah kat klinik sebab mak tetiba hypo…gula rendah dalam darah…Are tengah kat Luat…nasib baik Abg Hamdan ngan Kak Ros ada…so diorang la yg tolong bwk gi klinik…Adik kata mak gi makan ubat kencing manis…tuh yg kering gula tuh…

Malamnya aku beraya rumah Abg Mie, tengah duk layan bakar satay Adik call lagi…kali kedua mak kena bwk gi klinik…kali nih mak terus pengsan kat rumah…klinik Lenggong terus refer ke Hospital Kuala…nasib baik adik2 aku ada…Mak dah tak boleh nak duk sorang kat kampung tuh…Mak kena duk dengan aku…aku pesan kat adik bila dia balik KL nanti suruh pujuk jugak mak duk dengan aku…kat kampung tak de sapa yg boleh tengokkan…makin sebak mengenangkan tak balik raya…mak lak jadi mcm tu…

Raya ketiga aku gi Rumah Abah Batu…Mak Batu baru meninggal beberapa bulan sudah…jadi sambutan hari raya di rumah keluarga angkat wife aku nih sederhana aje lah…masih lagi teringat kan arwah…kalau arwah ada memang suka dia melayan anak2 aku berbual…lepas maghrib kitorang gerak ke rumah Abah Cha…adik mak aku yang tinggal di Ampang. Sepupu2 aku yg ada cuma Lebai, azlin ngan Azrin jer…Zul ngan Reni beraya dirumah mertua masing2…Abah Cha nampak dah makin berumur…dah menjenguk usia 60-an…tapi masih lagi perlu bekerja…Dulu keje askar wataniah so memang tak de pencen la…sian Abah…kitorang sampai SU3 balik dah lewat…kul seploh lebih dah…apa lagi…zzzzzz…

Isnin aku masih cuti…tak berapa sihat badan nih…Adik call bagitau tahu Mak dah boleh keluar dari hospital…syukur…so aku pesan lagi sekali suruh adik bawak Mak balik sini nanti…Aktiviti hari ni? mengecat pagar..tengah2 panas tuh aku bantai mengecat…ehehehe…”ni mengecat untuk raya haji ke yeop”…gurau jiran2…yer lah…dah raya keempat baru nak cat pagar…mana tak nyer…asyik bertangguh jer…sampai ke malam ler mengecat…

Mengecat pagar jer ler…apa lagi nak buat…ehehehe

Kucing aku pun muka bosan jer…ahahahahaha….

Petang tu keluar bwk anak2 makan kat the store…baliknya singgah beli pokok…biasalah…wife aku…byk idea nyer….malam Mak Abah & Ami singgah on the way balik dari setiawan…dinner kat SU3 pas tuh baru balik Selayang…aku ajak la tidur sini tapi Abah biasa la…mana nak tidur kat rumah anak2…orang penting masjid…memang gelisah Abah kalau tak dapat ke masjid tuh…kul 11 Mak Abah gerak…aku ngan Honey sambung keje…pindahkan pokok2 kedalam pasu…alang2 baik siapkan sebab esok dah keje..alamak…esok keje la…dah kul 2 pagi nih…adus…

Gitu la raya aku tahun nih…

September 23, 2010 Posted by | Aku & Sesuatu, Life in SU3 | Leave a comment

Facebook…

“Salam bro…selamat hari raya”….

“Errr…w’salam..selamat hari raya…sapa eh?”

“La…Ijai la..kawan lama ngko…aku dapat no tepon ngko nih dari member kita kat facebook..ngko tak der facebook ke?”…

“La…Ijai ka…sorry la bro…dah berbelas tahun tak dengar suara ngko…dulu ada la facebook…tapi lepas ulamak indon ckp haram aku pun berenti ler dulu…tak sempat nak kaji dengan lanjut”

“Ngko refer kat sorang jer tak bleh bro…ustaz2 lain cakap ok”..

Adu la…dilemma sungguh…btui ka facebook tuh bleh? Ada la aku check kat internet…pelbagai pendapat keluar…akupun dah lama tak angkat port bab facebook nih…tah la…tengok la nanti cam ner…aku refer balik…buat kengkawan yg nak contact aku tinggal jer ler message kat blog nih…atau email kat atas tuh…

September 15, 2010 Posted by | Aku & Sesuatu | Leave a comment

Lata Kekabu…

Itu hari masa balik kampung aku bawak anak2 gi mandi kat Lata Kekabu…tempat nih kira favourite spot la kat Lenggong tuh untuk aktiviti mandi manda bersama keluarga..keadaannya tak banyak berubah…masih macam dulu jugak rupanya…air gunung yg sejuk betul2 rasa bagaikan menusuk sampai ke tulang…menggigil jugak la mula2 nak masuk air tuh..ehehehehe….  

Tu ha anak aku si Mu`az kat belakang batu…punya la susah dia nak masuk dalam air…sejuk giler….ni tempat mandi kat kawasan bawah…kalau nak lagi best naik sampai atas sana…tapi since that hari dah petang masa pegi tuh jadi aku bagi bebudak nih mandi kat bawah jer ler…lagipun kat atas sana air nyer dalam sikit…kureng sesuai untuk budak2 mandi…bahaya…ikut sejarah dah ramai arwah kat sini sebenarnya…so mandi kena hati2….

Mu`az & Munaa bersama sepupu2 aku..Zarul & Ayuni…aku tau…memang kecik lagi…tapi diorang tuh anak Mak Teh aku…so kira pangkat pak sedara & mak sedara la kat anak2 aku…ehehehehe…

Air nyer cukup jernih…blen nampak sampai dasar…boleh kata tak terusik lagi la tempat nih dari segi ‘keaslian’ nya…masih belum tercemar kawasan lata nih…buleh nampak anak2 ikan duk berenang….

Tak de jaring?…baju pun buleh buat tangkap ikan…ehehehehe…konon bleh tangkap la…anak2 aku nih ingat ikan2 tuh macam kucing ke…sesenang je bleh pegang…ehehehehe…

kalau bapak dia nih lain la…zaman muda2 dulu memang memburu ikan…ni aku selitkan gambo masa aku duk aktif memanah ikan dulu…ni zaman sekolah dulu la…habih semua ceruk sungai dan lata tuh aku & the gang gempur…masa tuh ikan melambak…kat situ jugak kitorang BBQ biasanya…masa tuh sekali selam kalau tak ada 2~3 ekor ikan tak naik ke permukaan beb…dada kembang jer…penuh oksigen….sekarang…dah semput…dah tak bleh nak tahan nafas mcm dulu…adeh…pak cik dah tuo…

La…kan dah cakap…susah nyer nak dapat ikan kalau setakat sauk pakai baju…tapi yer lah…bebudak…semangat kuat…tak putus asa diorang nak jugak tangkap ikan2  yg byk tuh….padahal masa nih dah sound suruh ‘naik’…keringkan badan…tukar baju…nak gerak…hari dah lewat petang….

Lagi satu angle yg cukup aku suka..seronok rasanya bila berada dipersekitaran yg mendamaikan macam kat Lata Kekabu nih…Lenggong memang cukup istimewa…namun apakan daya…demi untuk mencari rezeki aku tak dapat la nak menetap kat tanah tumpah darah aku nih….iskh!!!…sekarang nih cuma sebulan sekali jer lah aku buleh balik…itupun byk hal…nak kerap datang mandi tak dapat la…apapun…anak2 aku seronok mandi manda…diorg cakap nanti balik kampung nak ajak datang lagi…sebenarnya madi kat Lata n ih yg best sambil berkelah…tengok la nanti mcm mana…buat BBQ sikit pun ok jugak…

Dekat tempat kitorang mandi tuh pun ada satu family tgh mandi gak…aku pun layan borak la…dah peramah nak wat cam ner…ehehehehe…Pian namanya…dari kelebang…tengok…punya la best Lata Kekabu nih sampai orang dari sungai siput pun datang…borak punya borak rupa2 nya Pian nih ada kena bau2 bacang jugak la dengan aku…atuk dia orang Patani menetap di Selama…confirm suku sakat aku la tuh…org Patani Selama dengan orang Patani Lenggong kebiasaan nya saudara rapat…insyaAllah raya nanti bleh la ‘bersurih’  lagi detail….sayangnya Ayah dah tak ade…kalau tak lagi senang la nak kenal adik beradik kat Selama nun…

Sebagai penutup trip mandi manda di Lata Kekabu…ni ada gambo ‘raksase’ @ antu air tengah menerpa keluar dari deruan air terjun….ahahahaha…aku la nih…apa la korang…ehehehehe…nanti kalau korang rasa nak buat trip ke tempat nih roger aku…bleh aku arrange kan…sure best…

September 3, 2010 Posted by | Activities, Aku & Sesuatu | Leave a comment

Kera di hutan disusukan…anak sendiri mati kelaparan…

Semalam aku saja la surfing kat youtube tuh…cari la video2 pasal silat…sekali ada satu video nih org brazil…taraf maestro (master/guru) silat….ada sekolah silat kat sana nun…satu aliran yg aku kenal….apa bezanya video ni berbanding video2 lain?….besar beb ertinya video nih kat aku….buatkan aku terpikir…apa yg di tunjuk kat video tuh kira peringkat yg perlu belajar lama sikit…persoalannya…dia orang brazil…berapa lama dia menuntut kat sini?…..peringkat yg dia tunjuk tuh aku tengok kat sini makan 3-4 tahun baru di ‘bagi’….”bukan tak mo bagi tapi hanya jauhari mengenal manikam”…kata para jurulatih la….tapi betul ke mcm tu?

Kami dulu nak dapat pun susah….tak adil la kalau org baru senang je dapat…

Barang mahal memang payah nak dapat…

Dia kadang2 kat rumah plan nak ajar A…tapi bila sampai kat gelanggang jadi B..

Sabar…sabar…sabar….

Tak boleh gelojoh…asas kena betul…baru jadi…

Naik muak aku dengar kata2 kat atas nih….hakikatnya memang kita kemut dengan bangsa sendiri….nak belajar hak sendiri pun jenuh nak dapat…macam2 alasan & kata2 hikmah keluar bila ditanya kenapa slow sgt pelajaran…org luar senang jer dapat…siap buat cari makan lagi kat sana….kalau berterusan macam nih…suatu hari nanti kita terpaksa mengemis ilmu bangsa sendiri dari orang asing!!!!

Bila belajar ‘hak ‘org, kita dituduh melayu yg lupa pada asal usul…tapi nak belajar ‘hak’ melayu kemut sangat…dgn orang melayu la kemut…org brazil tak per. “Bukan apa…takut bagi kat orang yg salah”…kata diorang…ehhh…org Brazil tuh ‘org yg betul’ la kiranya?….dia muslim kot….Aku yakin org2 silat ramai la yg akan menidakkan apa yg aku tulis nih…ada la bende nak nasihat kat aku nanti…bagi la apa alasan tuan2 nak bagi…tapi hakikatnya memang org kita kedekut ilmu dengan bangsa sendiri…ni pandangan peribadi jer…tak melibatkan org lain. Atau sebab orang brazil tuh bayor lebih?…duit ke masalahnya?…cakap la…bleh usahakan tuh…ke sebab ‘grand’ sikit kalau ada murid kat oversea?…

Apakah aku ni terlalu bersangka buruk dengan Guru2 & jurulatih2 silat?…ni semua perasaan aku jer kot…errr…tapi kawan aku si “T” tuh baru belajar 2 tahun ‘hak’ luar tapi dah masuk tahap berapa DAN dah black belt nyer…kawan aku si “A” lak lepas 2 tahun nih baru buleh ‘menari’ sikit2 kat kenduri kawin…itulah silat…sian…balik2 cakap pasal pengorbanan…buat demo tengah2 panas…makan nasik bungkus tepi longkang..katanya demi untuk mengembangkan warisan….

Muak sungguh!!!

KORANG BUKTIKAN AKU SALAH!!!

August 27, 2010 Posted by | Aku & Sesuatu, The Arts Of Fighting | 2 Comments

Adoi la….sakit gigi…

Adeh…dah seminggu lebih aku merana sakit gigi…kejap2 rasa nak tampor orang….kejap2 rasa nak bagi penendang jer sesapa yg buat bising…itu hari aku tengah meeting dengan customer…time tu la pulak nak datang sakit…sampai keluar urat2 merah kat mata aku nih menahan sakit…customer ingat aku tgh tahan marah kat diorang…itu yg cakap ngan aku pun elok jer…ehehehehehe…

Gigi nih asalnya masa kecik2 dulu berlubang…ingat lagi aku time tuh sekolah rendah…kalau korang kat kampung selalunya akan ada masa klinik pergigian kerajaan datang buat pemeriksaan & ajar cara nak jaga gigi (alah…kengkadang yg datang tu pun gigi tak semenggah aku tengok)…pas tu sapa yg gigi ada masalah dan perlu rawatan lanjut perlu ke klinik kerajaan di pekan nun…nak jadi cerita gigi aku nih ada yg berlubang…kena tampal…

Masa tuh budak lagi…tak tahu aku nak gambarkan secara detail perasaan masa tuh…kena gerudi kaw2 punya…doktor nih mcm gerudi jalan jer dibuatnya…ngilu tok sah cakap la…rasa gugur gigi dek bunyi mesin gerudi yg berdesing tuh..sreeeeetttt….adeh…

Tak lama lepas tuh aku kena naik sekali lagi ke pekan…kali nih nak kena cabut gigi…terus terang cakap la…sampai ke tua  nih aku jadi phobia disebabkan pengalaman cabut gigi tuh…jarum dah la bapak besor..mcm jarum cucuk lembu…pas tu kena cucuk punya la sakit…menggelupur aku kat kerusi tuh…adus…dah la gitu…kena keluar jap tunggu kat luar sampai dah kebas…bila tumbuk muka dah tak sakit baru la bleh masuk balik…masa tuh rasa kepala mcm besar tempayan…perghhh…kembang rasanya…

Ni gigi yg tampal kecik2 dulu dah tanggal simennyer…mulanya aku biorkan sebab kecik jer lubang nya…makin lama makin besor…tersalah kunyah sikit bersepai keluar serpihan…itu yg sudahnya tinggal separuh jer dari geraham aku nih…tu yg sakit gilerrrrrr….Nampaknya aku terpaksa la melalui detik2 cabut gigi itu kembali…ishk!!…kat mana klinik yg ok sikit ha…yg cucuk tak sakit…tak pun sesapa yg ada gambir sarawak tuh meh la bagi…errrr…buat ubat sakit jer la….bukan nak salah gun pun…ekekekeke…

Nak kena cabut jugak nih…adoi….tak tahan dah…

August 24, 2010 Posted by | Aku & Sesuatu | Leave a comment

Munaa dah 9 tahun…Honey dah…30-an…ehehehehe

22 Julai itu hari genap umur anak sulung aku nih 9 tahun…seperti biasa kitorang akan adakan jugak celebration walaupun tak se ‘grand’ mana…yg penting anak2 tahu kita ambik berat pasal diorang….kali nih Emma tengah sarat(dah bersalin 1 Ramadhan itu hari)…so tak dapat la nak tempah kek kat dia…sudah nya terpaksa la cari kek kat deret kedai sana…

Ni ha kek nyer..perasan tak power puff girl tuh…Munaa memang minat ngan citer tuh dari kecik lagi…ehehehe…

Mcm ni ler kalau dah sambut kat rumah…masing2 dengan baju tidurnya…ehehehehe…

Munaa ngan ibu…tu Marwan tuh tengah syok layan fries…dia ni kalau bab makan susah sikit nak selera…so time dia nak balun tuh biorkan jer…

Hadiah untuk Munaa?…well…aku buat sendiri kat opis…cari gambo dia masa kecik yg come2 tuh…buatkan bentuk frame…tambahkan ayat syahdu merangkap nasihat sikit…menangis dia bila aku bacakan…ehehehe…..

So gitu ler sikit sebanyak sambutan serba ringkas birthday anak aku yg sulung nih…sekarang nih dia dah rasa diri dia besar…byk nampak perubahan perangai nyer…tak caya…tu ha tengok gambor bwh…tengah mengajar adik2 ngaji…ehehehehehe…

Dan itu hari 20 August…birthday wife aku…dah 30-an…ehehehehe…

Lagi sekali…disebabkan Emma dalam pantang…terpaksa la beli kek kat kedai nun…bleh tahan jugak la kek nih rasanya…

Ni ha makanan2 yg ada….sebenarnya gambo nih ambik sehari selepas birthday Honey…hari birthday tuh kitorang gi makan kat luor….tapi Marwan pulak meragam…ilang la mood wife aku tuh…kira birthday tahun ni spoiled sikit la…tapi nak wat cam mana…perangai bebudak…tahun depan kena potong kek dulu baru kluar jejalan…kalau tak nanti nak potong kek pun dah tak selera…well…I already tried my best to make this birthday special….

August 17, 2010 Posted by | Aku & Sesuatu, Life in SU3 | 2 Comments

Re-union SMDA batch SPM 93..

Baru jer aku kuar meeting tetiba dapat call…03-4xxx…ehhh…cam kenal nombor nih…hahaha….Zuhardi yang call…dia bagitau kata raya ketiga nanti nak buat re-union kat rumah cikgu kitorang kat Kuala Kangsar….alamak…raya ketiga tuh aku dah gerak balik KL tuh…kena la adjust jugak nanti cam mana…bukan senang nak jumpa kengkawan lama…ada yg dah 17 tahun aku tak jumpa…

Kat bawah nih aku boh gambo2 lama zaman aku skolah dulu…nostalgia tuh beb…Masa…dah pergi tak kan dapat panggil balik…andai dapat ku undur masa…ingin rasanya kembali ke bangku sekolah…namun  tak mungkin la kan…so cuma gambo2 jer la yg buleh jadi ‘time capsule’…membawa kembali memori semalam…chewah…

NI gambo masa tingkatan satu…kelas RK…Rancangan Khas la tuh makna dia…masa nih tahun 1989…muka innocent jer semua…pakat tak baligh lagi nih…ehehehehe…Berdiri dari kiri..Wan Jimbam, Aku, Ilu, Hadi, Madi, Azhar & Megat. Duduk dari kiri…Sabron, Jamily & Shem…

Ni lak gambo cikgu2 kelas kitorang…aku tahu korang konfirm akan kutuk aku lupa daratan la…tak kenang budi la…tapi sungguh….aku lupa nama cikgu2 kita nih…lepas accident hari tuh kan aku memori lost…korang pun kalau tak kerana jumpa balik tobat aku tak ingat…ehehehehe…

Korang nampak tak Wan Jimbam kat belakang tuh…kemain lagi bergaya dengan cermin matanyer…udoh rope berok mak yeh…ahahahaha…kat sebelah Wan tuh Junidi…dia tak der kat gambo atas tadi…Junidi last aku jumpa jadi pegawai askar…semua orang tak sangka dia boleh jadi askar beb…tabik!!!…ehehehehe…

Ini lak bergambo masa rombongan ke kolumpo…masa tuh form 2…jakun je masing2…sampei kat Dataran Merdeka tanpa melengahkan masa teruih bergambo…ekekekeke…Sekarang nih dah 11 tahun aku kat Kolumpo nih…haram tak teringin nak menjenguk Dataran tuh…apa la ada situ…thehehehe…

Ni masa aku duk asrama form 2…join kumpulan nasyid Ikhwanul Muslimin…lagu ape eh kitorang nyanyi masa pertandingan tuh?…dipondok kecil gamaknya…lupa dah…masa nih jugak la aku johan pertandingan melaungkan azan…ehehehe…

Cam aku cakap tadi la…yg tinggal cuma gambo2 je la sebagai medium untuk mengimbau kembali kenangan silam…sekarang masing2 dah berkeluarga & ada kehidupan sendiri…nak jumpa sikit punya payah…kat KL tak kurang 20 orang gang2 sekolah dulu ada duk cari makan kat sini tapi still payah nak jumpa….tu yg aku tak sabar nak jumpa kengkawan lama raya ketiga nanti…insyaAllah….

August 17, 2010 Posted by | Aku & Sesuatu | 4 Comments