yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Amanah Guru

“Jalak…dah habis semua ilmu yang ada padaku aku perturunkan padamu…dengan ini aku melantik engkau sebagai pewaris dan pemegang amanah perguruan…kembangkanlah perguruan ini Jalak..peliharalah keasliannya”

“Terima kasih Guru…amanah Guru hamba junjung”

Beberapa taun berikutnya…terpampang iklan di majalah & surat khabo…

Sertai Pertubuhan Seni  Silat Jurus Dewata Petala Langit…guru utama Si Jalak…anda dijemput beramai-ramai menyertai untuk terus ‘menghidupkan warisan melayu’..tak kan melayu hilang didunia…

Kemudian disenaraikan latar belakang si Jalak…

Belaja silat sejak umur 4 tahun dengan tok nenek nya..kerana minat mendalam untuk mewarisi hak melayu…si jalak melangkah jauh dengan belajar 21 jenis silat lagi…dan hampir separuh dari jumlah perguruan tersebut mengangkat beliau sebagai pewaris..

Berbekalkan senarai panjang pengalaman bersilat..si jalak menubuhkan silat beliau yg menggabungkan 21 silat yg dipelajarinya…datang lah beramai-ramai…yuran tak mahal…RM150 jer sebulan…kalau dapat 100 orang…wow…

Senario kat atas nih aku tengok dah makin menular kat bumi Melayu nih…begitu byk perguruan baru yg muncul…kadar jenayah semakin meningkat…kesedaran untuk belajar ilmu mempertahankan diri telah mula berputik kembali dikalangan masyarakat…ini peluang baik…untuk mengembangkan ilmu atau untuk buat duit? Terserah pada hati masing2…secara peribadi aku kurang setuju bila org mencampur aduk kan permainan lalu menggelar permainan itu denga nama baru…kemana hilang amanah Guru?

Teringat pesanan  Allayarham Guru ku yg mulia…”Belajar la selagi mampu…tapi jgn sesekali mencampur adukkan permainan sehingga tak dapat dibezakan lagi…bila mengajar…hendaklah diajar mengikut permainan asal supaya amanah Guru dapat dijaga…salasilah ilmu perlu disampaikan kepada murid..insyaAllah akan datang berkatnya”…

Ini sekadar pandangan peribadi…arwah Atuk aku dulu pun belajar byk silat…bila mengajar diajar ikut aliran asal…tak timbul soal melanggar amanah Guru…org dulu2 pun macam tuh…byk berguru tapi yg dibawa satu…yang sedap dipakai…

Entah lah…aku cuma risau beberapa puluh tahun akan datang…zaman anak cucu kita nanti nama Silat Seperti Sendeng..Gayong..Kalimah..Lintau..Terlak…Spedo…Spelet (sekadar menyebut beberapa) dan lain2 akan pupus…diganti oleh nama2 baru yg sebenarnya menggabungkan silat2 yg ada sekarang…memelihara warisan melayu atau merosak warisan melayu?…

Jawab la sendiri…

April 13, 2010 Posted by | Aku & Sesuatu | 6 Comments