yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Bodyguards & Assassins…kurang umph!!

Aku nak citer sket pasal Filem Bodyguards & Assassins yg aku tengok itu hari. Cerita berkisar sekitar awal1900-an, Dr. Sun Yat Sen tiba di Hong Kong untuk mengadakan perjumpaan sulit dengan  13 orang pemimpin kumpulan reformasi. Objektif perjumpaan adalah untuk membuat perancangan bagi menjatuhkan kerajaan dinasti Qing. Berita ketibaan Dr. Sun diketahui oleh pihak dinasti Qing lalu para pembunuh dari dinasti Qing yang diketuai oleh Jeneral Xiao Quo ditugaskan untuk membunuh Dr. Sun yang merupakan penggerak kepada reformasi untuk menjatuhkan kerajaan. Sepasukan tentera (bodyguards) yang diketuai oleh Jeneral Fang telah bersiap sedia untuk memberi perlindungan kepada Dr. Sun namun mereka telah dibunuh dengan kejam oleh Quo & pengikutnya beberapa hari sebelum ketibaan Dr. Sun.

 

Tengok pada poster aku ingatkan Donnie yg merupakan watak utama namun bila tengok citer ni aku berpendapat bahawa penggerak utama adalah Wang Xueqi yang membawa watak Li, seorang ahli perniagaan yang berjaya, tidak mempunyai agenda politik tapi terlibat akhirnya dengan gerakan reformasi kerana penglibatan anaknya dan sahabatnya Chen(Tony Leung). Beliau akhirnya mengumpulkan jaguh2 yang telah lama memencilkan diri bagi menggantikan peranan kumpulan Jeneral Fang untuk melindungi Dr. Sun. So bagaimana dengan Donie Yen? Penglibatan Donnie dalam gerakan reformasi hanya diperingkat akhir apabila bekas isterinya meminta beliau melindungi Li (suami baru) sepanjang operasi tersebut. 

Bagi mereka yang menonton aksi Donnie Yen dalam filem Ip Man pastinya akan merasa kecewa dengan watak Donnie dalam filem ni. Beliau digambarkan sebagai org yang rendah moralnya…sanggup menggadaikan apa sahaja untuk duit…kaki judi la katakan (mungkin itu lah faktor beliau berpisah dengan isteri dan anaknya). Nak tengok Donnie fight macam dalam Ip Man?…kempunan jer lah…not in this film my friends…dalam filem ni kalau nak tengok Donnie buat “Parkour” bleh la. Leon Lai Cuma muncul sekejap…habis di’kitai’nya pembunuh tuh semua…tapi plot cerita waktu adegan tersebut teramatlah kelakarnya…korang pikir la…kumpulan bodyguard nih lari masuk dalam sebuah bangunan dan menonton Leon Lai bertarung….dan dibunuh….lepas Leon Lai kena bunuh dgn Quo baru la pakat nak lari semula…lawak kan…tak paham aku.

 

Aksi2 kungfu Donnie byk yang hilang ‘umph’…mungkin terlalu byk editing…

The first half memang plot cerita agak perlahan…personally aku rasa pengarah lebih byk nak develop character daripada menonjolkan aksi2 pertarungan.  Mengantuk aku nak habiskan sejam pertama nih…cerita start ada aksi sikit selepas Dr. Sun tiba….bermula lah adegan kejar-mengejar antara pembunuh dengan para bodyguard yg membawa Dr. Sun dalam beca….the next hour is full of  ’ bloody’ scenes…penuh dengan adegan tetak menetak…Dr. Sun Berjaya dibawa ke tempat perjumpaan…satu ‘diversion’ di buat dimana anak Li menyamar bagi menggantikan Dr. Sun didalam beca (ditarik oleh Nicholas Tse)…tepat jam sebelas perjumpaan selesai…perancangan untuk menjatuhkan dinasti Qing telah berjaya dibincangkan….bodyguards yg buat diversion semuanya mati…termasuk anak Li…sungguh tragis…tapi apasal la anak Li tak lari kluar dari beca tuh…duk tunggu jer Jeneral Xiao Quo tikam dia(dengan serpihan beca lak tuh)..ha sebelum aku lupa…Quo pun mati gak….kena tembak depan beca…patut boleh tembak awal2 lagi…Scene terakhir tunjuk Dr. Sun atas kapal sambil buat muka sedih…mungkin sebab terkenangkan para bodyguard yang telah terkorban untuk gerakan reformasi ni…abih tu kenapa tak meeting kat atas kapal jer?… 

Bagi aku fielm ni lebih digarap untuk menunjuk kan aspek drama & sejarahnya…jadi bukan lah boleh dinobatkan sebagai filem pertarungan seperti yg aku nak…slightly out of my expectation…so kepada peminat Donnie Yen…tunggu la filem dia yg lain…tension nya aku….

February 23, 2010 Posted by | The Arts Of Fighting | Leave a comment

3 years 3 months & 26 days…

Bila baca kat atas tuh macam tajuk album kumpulan black metal pun ada…ekekekeke….

2 Oktober 2006 aku start keje kat Flextronics Bukit Raja…dari keje kilang buat hard disk tukor keje kilang buat camera handphone lak…duk ngadap bende2 kecik la pulak…aku kena lead EOL Engineering…banyak bende berlaku sepanjang tempoh lebih 3 tahun tuh…semuanya tetap akan tersimpan kemas dalam memori hidup aku nih…

Ni aku kat line…amacam? ade rupe pakar  bedah dak?…err ada…bedah durian buleh ler…ehehehehehe

28 January 2010…last day kat VPT (dah tukor nama dari Flextronics)…kata orang bila sampai masa untuk ucapkan selamat tinggal…apa yg kita bawak bersama kita adalah kurang penting berbanding apa yg kita tinggalkan…it’s how people remember you that matters. “Sapa?…Arman? budak tak guna tuh?”…”Sapa? Arman? Oooo…the living legend tuh…dia memang dasyat la…”…kan beza tuh…dah tentu aku nak org ingat aku for good reasons…

Apa yg paling aku rindu kat situ? Kawan-kawan la…seronok dapat kengkawan yg best…bertekak time keje tu standard la…but it’s all about work…

“When we die knowing that we have 5 good friends, we can consider ourselves having had a wonderfull life already. I definitely have more than 5. What a magnificent life!!

Aku bersyukur sebab dapat anak2 buah yg best…korang memang the best la…senang aku nak buat keje…tak pernah walau sekali pun korang membantah…kalau ada idea lain pun kita bincang sama2…aku bangga dapat keje sama2 dengan korang…

Azmi…Mawi…Datok…Lan…Min…Wadi…Saupi…Roland..Zaki…Hafiz…Panjang…..Alan..Teng…terima kasih….

Ni makan malam kat Vichuda…last dinner aku ngan bebudak ni pada hari terakhir aku keje situ…memang tak berapa nak hemsem bebudak nih tapi keje baguih…ahahahahahaha…

 

Fred...one of the best Boss ever...."yg lain jagn berenti ye"...pesanan terakhir utk kengkawan...ehehehe

“You all yang lain jgn berenti pulak ye’…pesanan terahir daripada Boss…Fred..one of the best boss ever…

 

Bowling tournament…gang2 aku nih rajin buat game..tak berapa kerat yang teror main pun  tapi semangat kesukanan tuh yang penting…kitorang biasa collect duit lagi utk hadiah…jangan tak caya…kategori raja longkang pun ada haaa…ehehehehe…

Walaupun berat…terpaksa jugak aku tinggalkan kawan2…aku pun ade career plan aku jugak…ada tanggung jawab yg perlu aku laksanakan…so terpaksa la make a move…In our life…people will come and go…a significant few will mark their footprint in our heart before they leave….I will always remember my friends in VPT….you guys are my brothers & sisters….take care….. 

Seminggu aku rehat kat rumah…asalnya nak join tempat baru 1hb…sekali aku injured pulak masa main takraw…sakit giler tulang belakang aku nih….dah la pernah patah masa accident 12 tahun lepas….adeh…ni kes luka lama berdarah kembali la ni…jenuh aku…tunduk sakit…nak berjalan pun sakit…nasib baik mengawan ok…muahahahaha…

6hb Marwan masuk hospital…mulanya dia sesak nafas sikit…aku ingat sehari jer la kot duk kat wad…sekali doktor tak bagi keluar…ada jangkitan paru2…sian anak aku tuh…Isnin aku nak kena lapor diri kat tempat baru…cam no nih…nasib baik adik aku Nadia tak de kelas Isnin tu…so dia la tengok kan Munaa & Mu`az nak sekolah…selasa & rabu lak Mak ambik cuti…nasib baik rabu petang dah boleh keluar…syukur la Marwan dah sihat…

“I know that your offer letter stated Assembly Department…but as of now I want you to lead the QA/QC team”….

Terkedu aku bila big boss baru cakap macam tuh…I’m mentally not prepared for this…to lead such an important group is a huge task…lama aku diam..pastu aku cakap kat dia OK…it is good that I can cut short my learning curve…in order to understand the product knowledge better & faster…QA/QC would be the perfect place…I’ll take the challenge….kata aku dengan konfiden nyer…padahal jauh disudut hati aku rasa risau jugak kot tak up to his expectation….OK than…let’s go to your office…kata big boss….my office????(dalam hati ler…)

So bermula la fasa baru dalam hidup aku….aku mula dengan cuba mengenali team members…pastu blajar product knowledge lak…pergh…byk jugak product kat sini…tak leh nak ‘go slow’ sgt sbb big boss bagi aku masa 3 bulan jer untuk ready to be on my own…aku tanya dia…bukan sementara jer ke?…for the time being yes…temporary…but I have to be honest with you…it will definitely be more than 4 months…jawab big boss sambil tersengih…lain macam je bunyi nyer nih…tapi mcm aku cakap la…it’s a challange for me to improve myself another step further….so…just do it…ehehehehehe…

Below are photos with my friends at VPT…

Ni masa gi Trip Memancing ke Kelong Mamood Bagan Lalang…ade 2 org chef…so sendri mau ingat ler beb…lebih makan dari mancing…Budin & Zaidi…masakan korang mmg muahsss….ahahahahaahaha…

 

Ni masa farewell Sany@ King Kong…yg botak tgh duduk sambil kena usap kepala tuh bukan tok sami haa…jgn salah faham….Jet Li jauh sekali…thehehehe…

 

Ini masa gi team building kat PD….time makan bebudak nih semua mmg sebijik cam paus biru…nga nga luas2…jalannnnnnnnnnnnnnnn…ahahahaha…

 

Ini pulak masa malam dinner…time ni operator dressing dah macam enjelina joli…thehehehe…mana?…yang duduk kat depan gaya A.Mamud tuh?…bukan indon tuh…org Setiawan jer…ehehehehe…jgn marah ha Pijul…

 

Ini…makan free lagi…ni time training…as usual bila training team aku jer manjang power…aku tahu org lain tak stuju dgn statement tuh…mmg kebenaran itu kengkadang pahit…keh…keh…keh…tapi ingat beb…tongkat ali tuh pahit gak…tapi tengok la hasil…manis senyuman dibibir isteri…err…melalut dah nih…thehehehe..

 

Makan free (training) lagi…time training la biasanya kitorang nak release tension…masa nih nampak le sifat & jiwa budak2 dalam diri bapak2 nih…ehehehehe…but it’s true actually…nobody is more creative than kids…you give them a pencil…they can spend hours playingwith it…yup…it’s just a pencil to us but hey..ask them…it’s their sapce shuttle…rocket…boat…car…you name it…there’s no limit to their imaginations…which is what we had lost…

 

EOL Engineering team…I’ll surely miss you guys…like I said…you guys are like my brothers…it’s an honour to lead a team of dedicated people…thanks again guys…do keep in touch….

Kalau nak ikutkan…terlalu byk gambar yg aku nak boh kat blog nih…tapi panjang sgt lak kang…penat kengkawan nak baca…ehehehe…so that’s it..the end of a chapter &  the beginning of  a fresh new chapter…wish me luck….

February 19, 2010 Posted by | Aku & Sesuatu | 6 Comments

Marwan Masuk Spital

Petang sabtu tuh aku tengah duk main takraw org umah datang ke court…Marwan mcm sesak nafas sikit…aku terus berenti main takraw & bawak dia gi klinik rozita…ambik gas pas tu doktor tulis surat refer untuk masuk wad…Marwan dah lembk sgt…tak de tenaga sbb sehari ni dia tamo makan…

Ni Marwan tengah ambik gas kat Klinik Rozita..kali ni dia tak meronta sebab dia tau gas tu buat dia selesa bernafas…

Lepas maghrib aku bawak pegi KPJ specialist kat Shah Alam…dekat sejam tunggu baru dihantar ke wad…hangin jugak la sebab tengok anak dah tak bermaya mcm tuh…bayar deposit nak kena tunggu proses dokumen lagi..dah tu siap kena tunggu hantar report kat dktor pakar dulu…dah dapat reply baru nak hantar wad…byk pulak prosedurnya…tapi nak wat cam ner…sabar jer lah…

Masuk jer wad dia dah tak larat sangat…masa nak cucuk drip dia sikit pun tak nangis…cuma bila doktor nak masukkan jarum dia pandangpandang ibunya…seolah-olah nak confirmkan betul ke apa yg org ni nak buat kan dia…wife aku terus confortkan dia…just nak make sure dia faham yg doktor tuh nak tolong…diapun lemah sgt…so tak ler struggle sgt nak masukkan jarum drip tuh..setiap 4 jam dia kena ambik gas…ubat masukkan setiap 6 jam..sian nyer tengok…

Ni hari ni pukul sebelas pagi tadi dah buat sedut kahak tuh…lepas tuh x-ray…petangnya doktor datang bagitau x-ray tunjuk kahak dah sampai kat paru2…so esok kena sedut lagi la…wife aku cakap sepanjang proses sedut tuh Marwan menjerit tak berenti…bayangkan tiub dirodok masuk ke tekak…mana la budak tuh tak sakit…dan esok dia terpaksa melalui lagi kesakitan yg sama…

Terima kasih pada kawan2 yg talifon bertanya khabar…tolong doakan supaya Ameen Marwan cepat sembuh…

February 9, 2010 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Cover Depan Majalah Keluarga Feb 2010

Baca tajuk tuh…haa…kami satu family jadi cover majalah Keluarga keluaran Februari 2010…duk citer pasal family jer ler…apa harapan terhadap anak2 dan sebagainya…sesambil tuh diambik jugak gambo2 taman kitorang….biarpun ruang kecik laman tu..tapi kami manfaatkan sebaiknya untuk sedap mata memandang time berehat kat depan tuh…tak kira la time malam atau petang…yg penting jiwa tenang melihat bunga2 nih…

“Apakah konsep taman yang cuba anda ketengahkan?” Eyy…wartawan nih..mana aku reti nak menjawab bende2 tuh semua…taman nih org rumah aku ler arkiteknya…aku tukang kebunnyer aje…ehehehehe…”

Sebenarnya kami cuba untuk menonjolkan elemen2 nusantara…kalau anda perhatikan pokok2 yg digunakan menonjolkan identiti Melayu itu sendiri…begitu jugak dengan penggunaan tempayan & pasu2 yang bercirikan unsur2 kemelayuan…jadi boleh la dikatakan yg taman ni berkonsepkan “Malay Contemporary”…confident jer aku menjawab…ehehehe…

Ok encik…semua sekali RM25…Ha?…apa?..apa yg RM25 nyer?..Ni gamba encik sekeluarga ni harganya RM25 rnggit…untuk cetakan kedua RM8 saiz A3…jeng…jeng…jengggggggggggggg…..rupanya aku kat karnival Karangkraft…ade sesi fotografi untuk sesapa yg nak merasa gambo mcm cover majalah…ahahahahaha…syiot jer…abih tuh…dah muka melayu maut cam nih mana la nak boleh masuk majalah…kalau ‘pan asian’ tuh mmg la menjadi buruan…ini kalau mix pun acheh ngan siam..mustahil lah nak jadik cover majalah…harapan jer ler…ekekekekekeke….

Tapi gambo2 taman tuh mmg betul taman kat rumah aku…dah tentu kita akan byk spend masa kat rumah…itu yg aku ngan wife cuba jadikan laman kecik tuh secantik mungkin supaya buleh release stress bila melepak kat situ…kalau korang ade idea cam mana nak cantikkan lagi lanskap kitorang nih sila lah berkongsi….arigato…ehehehehehe

February 4, 2010 Posted by | Uncategorized | 7 Comments

Dah 2 tahun…

3 Februari 2008, aku tgh duk mundar-mandir kat ruang menunggu Darul Ehsan Medical Center. Honey dah lebih  setengah jam kat dewan bedah..apa bende doktor buat ni…lamanya…risau dah aku nih…jam 11:20 pagi nurse datang datang cari aku kat bilik menunggu…anak aku dah selamat dilahirkan la tu…macam anak2 aku yang lepas, nurse akan datang bagitahu dah selamat lahir dan mintak azankan…

“Encik Arman boleh naik tingkat atas kejap? Doktor nak bincang” tetiba aku rasa takut…nape dengan anak aku yg ketiga ni?…ada komplikasi ke? cacat ke dia? macam2 bende bermain kat fikiran aku nih…susah hati Allah sahaja yang tahu…Sampai tigkat atas aku kena pakai pakaian untuk masuk bilik rawatan rapi tuh…siap kena pakai topeng…nun disudut ward seorang doktor bahagian kanak2 tengah tunggu kat sebelah incubator…

“Hi Encik Arman, saya Doktor Kushi…doktor bahagian kanak2. Your child ade sedikit lung complication…we will try our best to help him breathe normally. As of now we are still supporting with the machne. Give me another hour, if he does not show any recovery sign then we have to refer him to a specialist”. Rasa nak pengsan aku dengar…yer lah…selama ni dah 2 orang anak tak der masalah…tetiba yang ni pulak jadi macam nih..badan anak aku warna ungu jer…tak tergamak aku nak tengok keadaan dia macam tuh…dah ler kecik sangat….lepas setengah jam aku tengok badan beransur-ansur bertukar jadi warna merah…dktor cakap itu makna nya dia tengah nak pulih…syukur alhamdulillah….petangnya baru dapat bawak dia kat bilik…

 Semalam 3 Februari 2010. genap dia 2 tahun. Syukur alhamdulillah, Ameen Marwan membesar sihat seperti anak2 aku yang lain. Cuma kadang2 jer la dia jadi sesak nafas…itupun kalau persekitaran tak berapa sihat la..so nak kena jaga bebetul….

Sekali lagi hasil seni dari Pn. Emma…kali ni bukan kek…tapi gabungan cupcake ngan brownies…sedap as usual…dan yg ni Emma bagi as a birthday gift untuk Marwan. Patut la lain macam sedapnya…freee…ehehehehehehe…

Birthday boy…sememeh jer muka…sian…hari birthday demam lak dia…tapi cam biasa la anak2 aku…demam cam mana pun bila tme begambo control tuh…ehehehehehe…Happy Birthday Ameen Marwan…semoga menjadi anak yang soleh…berjaya didunia dan akhirat…insyaAllah…

February 4, 2010 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Sian Marwan…

Itu hari anak aku yg kecik tuh kena lelah…sian tengok dia susah nak bernafas…aku bawak dia gi klinik…asalnya nak gi cucuk…pastu tengok bernafas lain lain macam jer…terus doktor tak bagi cucuk…kena ambik gas…

Memula nak bagi gas tuh jenuh jugak la dia meronta…puas pujuk tak mau jugak…last sekali kena paksa jugak la…apa nak buat…bila dah lama sikit baru dia nampak bertenang sikit…mungkin sebab dia dah mula rasa selesa…dah mula rasa senang sikit nak bernafas kot…sian dia…

Malamnya sekali lagi dia jadi sesak nafas…aku bawak gi klinik Rozita pulak…dekat sikit dengan rumah..kali ni tak payah susah2 nak bagi gas tuh…sia sendiri yg tarik boh kat muka sia…dia dah paham bende tuh boleh tolong dia bernafas lebih selesa kot…

Alhamdulillah sekarangni under control la…so byk sikit la nak kena beringat…air sus berkultur tak boleh minum…habuk tak bleh…bulu kucing tak bleh…ha…sebut pasal kucing….itu hari ada kucing datang beranak kat rumah aku…nak halau kesian…aku kan jenih tak sampai hati..so anak2 aku la yg bidankan dia…semua sekali ada 4 ekor anak…2 jantan dan 2 betina…kepada sesapa yg nak kucing angkat sila datang ambik kat rumah…usia anak2 tuh dah 2 miggu lebih…aku nak buang kesian…tapi aku nak bela anak2 aku lak lelah…so tolong la cari sesapa yg nak jadi family angkat diorang nih…angkut la dengan mak nyer sekali….sapa mau call aku…019-3439119…

 

 

February 1, 2010 Posted by | Uncategorized | 1 Comment