yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Facebook…

“Salam bro…selamat hari raya”….

“Errr…w’salam..selamat hari raya…sapa eh?”

“La…Ijai la..kawan lama ngko…aku dapat no tepon ngko nih dari member kita kat facebook..ngko tak der facebook ke?”…

“La…Ijai ka…sorry la bro…dah berbelas tahun tak dengar suara ngko…dulu ada la facebook…tapi lepas ulamak indon ckp haram aku pun berenti ler dulu…tak sempat nak kaji dengan lanjut”

“Ngko refer kat sorang jer tak bleh bro…ustaz2 lain cakap ok”..

Adu la…dilemma sungguh…btui ka facebook tuh bleh? Ada la aku check kat internet…pelbagai pendapat keluar…akupun dah lama tak angkat port bab facebook nih…tah la…tengok la nanti cam ner…aku refer balik…buat kengkawan yg nak contact aku tinggal jer ler message kat blog nih…atau email kat atas tuh…

Advertisements

September 15, 2010 Posted by | Aku & Sesuatu | Leave a comment

Lata Kekabu…

Itu hari masa balik kampung aku bawak anak2 gi mandi kat Lata Kekabu…tempat nih kira favourite spot la kat Lenggong tuh untuk aktiviti mandi manda bersama keluarga..keadaannya tak banyak berubah…masih macam dulu jugak rupanya…air gunung yg sejuk betul2 rasa bagaikan menusuk sampai ke tulang…menggigil jugak la mula2 nak masuk air tuh..ehehehehe….  

Tu ha anak aku si Mu`az kat belakang batu…punya la susah dia nak masuk dalam air…sejuk giler….ni tempat mandi kat kawasan bawah…kalau nak lagi best naik sampai atas sana…tapi since that hari dah petang masa pegi tuh jadi aku bagi bebudak nih mandi kat bawah jer ler…lagipun kat atas sana air nyer dalam sikit…kureng sesuai untuk budak2 mandi…bahaya…ikut sejarah dah ramai arwah kat sini sebenarnya…so mandi kena hati2….

Mu`az & Munaa bersama sepupu2 aku..Zarul & Ayuni…aku tau…memang kecik lagi…tapi diorang tuh anak Mak Teh aku…so kira pangkat pak sedara & mak sedara la kat anak2 aku…ehehehehe…

Air nyer cukup jernih…blen nampak sampai dasar…boleh kata tak terusik lagi la tempat nih dari segi ‘keaslian’ nya…masih belum tercemar kawasan lata nih…buleh nampak anak2 ikan duk berenang….

Tak de jaring?…baju pun buleh buat tangkap ikan…ehehehehe…konon bleh tangkap la…anak2 aku nih ingat ikan2 tuh macam kucing ke…sesenang je bleh pegang…ehehehehe…

kalau bapak dia nih lain la…zaman muda2 dulu memang memburu ikan…ni aku selitkan gambo masa aku duk aktif memanah ikan dulu…ni zaman sekolah dulu la…habih semua ceruk sungai dan lata tuh aku & the gang gempur…masa tuh ikan melambak…kat situ jugak kitorang BBQ biasanya…masa tuh sekali selam kalau tak ada 2~3 ekor ikan tak naik ke permukaan beb…dada kembang jer…penuh oksigen….sekarang…dah semput…dah tak bleh nak tahan nafas mcm dulu…adeh…pak cik dah tuo…

La…kan dah cakap…susah nyer nak dapat ikan kalau setakat sauk pakai baju…tapi yer lah…bebudak…semangat kuat…tak putus asa diorang nak jugak tangkap ikan2  yg byk tuh….padahal masa nih dah sound suruh ‘naik’…keringkan badan…tukar baju…nak gerak…hari dah lewat petang….

Lagi satu angle yg cukup aku suka..seronok rasanya bila berada dipersekitaran yg mendamaikan macam kat Lata Kekabu nih…Lenggong memang cukup istimewa…namun apakan daya…demi untuk mencari rezeki aku tak dapat la nak menetap kat tanah tumpah darah aku nih….iskh!!!…sekarang nih cuma sebulan sekali jer lah aku buleh balik…itupun byk hal…nak kerap datang mandi tak dapat la…apapun…anak2 aku seronok mandi manda…diorg cakap nanti balik kampung nak ajak datang lagi…sebenarnya madi kat Lata n ih yg best sambil berkelah…tengok la nanti mcm mana…buat BBQ sikit pun ok jugak…

Dekat tempat kitorang mandi tuh pun ada satu family tgh mandi gak…aku pun layan borak la…dah peramah nak wat cam ner…ehehehehe…Pian namanya…dari kelebang…tengok…punya la best Lata Kekabu nih sampai orang dari sungai siput pun datang…borak punya borak rupa2 nya Pian nih ada kena bau2 bacang jugak la dengan aku…atuk dia orang Patani menetap di Selama…confirm suku sakat aku la tuh…org Patani Selama dengan orang Patani Lenggong kebiasaan nya saudara rapat…insyaAllah raya nanti bleh la ‘bersurih’  lagi detail….sayangnya Ayah dah tak ade…kalau tak lagi senang la nak kenal adik beradik kat Selama nun…

Sebagai penutup trip mandi manda di Lata Kekabu…ni ada gambo ‘raksase’ @ antu air tengah menerpa keluar dari deruan air terjun….ahahahaha…aku la nih…apa la korang…ehehehehe…nanti kalau korang rasa nak buat trip ke tempat nih roger aku…bleh aku arrange kan…sure best…

September 3, 2010 Posted by | Activities, Aku & Sesuatu | Leave a comment

Lailatul Qadr

 

Salam kawan2…aku rasa artikel ni penting. Dipetik dari Harakahdaily.net.

Lailatul Qadr: Malam misteri yang dirindui kedatangannya
Ustaz Zainudin Hashim
 Umat Islam di seluruh dunia akan memasuki fasa ketiga pelaksanaan ibadat puasa serta amal-amal ibadat sunat yang lain pada minggu hadapan, ini bermakna sedar atau tidak, Ramadan tetap akan meninggalkan kita buat tempoh setahun.

Apa yang perlu sama-sama kita ingatkan antara satu sama lain, ialah kenangan positif yang kita kecap sepanjang berada dalam bulan Ramadan, iaitu bulan yang dipenuhi dengan segala macam keberkatan, rahmat, keampunan Ilahi serta program-program yang dapat membebaskan diri daripada api neraka.

Itulah bulan yang banyak memberi kita peluang untuk mendapatkan rahmat Allah, keampunan-Nya dari segala kesalahan yang telah kita lakukan sebelum ini, memohon kepada-Nya agar diri kita, keluarga serta anak-anak bebas daripada siksaan api neraka.

Masa yang paling sesuai untuk kita lakukan kesemua itu adalah di tengah malam, di ketika ramai manusia sedang seronok tidur dan mungkin juga sebahagian mereka sedang menonton rancangan kesukaan mereka, kerana pada waktu itu suasana hening menyelubungi manusia, justeru waktu itu juga amat berkesan untuk menyatakan rasa hati kepada Maha Pencipta.

Apatah lagi pada malam akhir-akhir di bulan Ramadan, terdapat satu malam yang disebut oleh Allah SWT dengan jelas sebutan namanya yang mulia dalam satu surah yang pendek, malam yang diturunkan padanya kitab suci al-Quran sebagai petunjuk kepada manusia menuju jalan kebenaran dan keselamatan di dunia dan akhirat, iaitulah malam yang sangat dikenali dengan Lailatul Qadr – atau diterjemahkan sebagai malam takdir.

Dalam al-Quran, Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!” (Quran, Al-Qadr 97: 1-5)

Berdasarkan ayat di atas dapat dilihat bahawa malam al-Qadar disebut juga dengan malam yang penuh keberkatan. Sebab pada malam itu Allah mencucuri pelbagai rahmat, keampunan dan keberkatan kepada orang yang beramal dengan khusyuk dan berdoa dengan penuh keikhlasan.

Kepada mereka Allah memberikan ganjaran kebaikan yang sama nilainya dengan beramal seribu bulan. Firman Allah bermaksud: “Malam al-Qadar itu itu lebih baik daripada seribu bulan” (Surah al-Qadr, ayat 3) .

Sebab-sebab Allah adakan Lailatul Qadr

Allah SWT Taala yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang, amat menyayangi hamba-Nya yang taat beribadat kepada-Nya, ia tidak lain adalah untuk menganugerahkan kepadanya pahala-pahal yang banyak, supaya dengannya dia akan dapat masuk syurga.

Terdapat beberapa pandangan ulama yang menyebut bahawa, Allah SWT mempunyai sebab kenapa Dia mengadakan Lailatul Qadr buat umat Nabi Muhammad s.a.w antara lain;

Menurut Imam Malik, Rasulullah melihat bahawa umur umatnya tidak sepanjang umat sebelum mereka, baginda bermohon kepada Allah memberikan peluang di mana umatnya supaya dapat beramal dengan yang nilainya sama dengan amalan umat sebelum mereka.

Sementara Imam al-Qurtubi pula berpendapat, Rasulullah diperlihatkan kepadanya usia umat terdahulu, maka Baginda berasa usia umatnya terlalu pendek hingga tidak mungkin dapat mencapai amal seperti yang diraih oleh umat terdahulu yang usianya panjang. Purata usia umat Muhammad antara 60 hingga 70 tahun menurut maksud satu hadis Rasulullah. Sebab itu Allah menawarkan malam al-Qadar yang mempunyai nilai pahala seribu bulan kepada Rasulullah, para sahabat malah kepada seluruh umat baginda s.a.w.

Justeru, malam al-Qadar adalah satu kurniaan Ilahi yang dianugerahkan oleh Allah kepada Rasulullah dan umatnya sebagai tanda kasih sayang dan rahmat-Nya yang menyeluruh. Amal kebajikan seseorang hamba Allah pada malam itu adalah lebih baik daripada amal kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun empat bulan.

Dorongan Nabi supaya umatnya terus beribadat pada malam tersebut

Kerana keutamaan ini, Rasulullah menganjurkan umatnya agar mencari dan seterusnya mendapatkan malam al-Qadar yang penuh keberkatan itu. Dalam hal ini, Rasulullah perlu dijadikan ikutan yang menampilkan teladan terpuji dalam menghidupkan malam terakhir Ramadan.

Ini dilakukan dengan melaksanakan iktikaf, membangunkan keluarga agar lebih meningkatkan amalan ibadat pada malam hari dan tidak mendekati isterinya dengan tujuan memperbanyakkan amal ibadat di masjid seperti solat tahajud, Witir, solat Tarawih, membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah dan amalan solih lain yang dianjurkanIslam.

Rasulullah sentiasa memanjatkan doa ke hadrat Ilahi. Antara yang sering Baginda baca ialah doa maksudnya: “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”

Doa yang dilafazkan itu bukan sekadar satu permohonan untuk memperoleh kebajikan dunia dan akhirat, malah untuk memantapkan langkah dan kesungguhan agar dapat meraih kebajikan yang dijanjikan Allah. Ini kerana doa itu sendiri membawa maksud satu permohonan yang penuh tulus dan pengharapan, di samping disusuli dengan usaha melipatgandakan amal ibadat yang mendekatkan diri kepada Allah.

Selain itu, setiap Muslim dianjurkan bertaubat dan memohon ampun kepada Allah daripada sebarang kesalahan dan dosa selama ini. Setiap manusia tidak terlepas daripada kealpaan dan seterusnya melakukan kesalahan yang dilarang Allah. Dalam hal ini, Rasulullah bersabda maksudnya: Setiap anak Adam tidak akan terlepas daripada melakukan dosa dan sebaik-baik orang daripada kalangan yang berdosa itu ialah yang bertaubat kepada Allah. (Hadis riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah)

Berdasarkan permohonan inilah maka Allah menurunkan Lailatul Qadar.

Hikmah dirahsiakan kehadirannya

Sesungguhnya ayat al-Quran yang menceritakan tentang masa berlaku Lailatul Qadr, tidak dijelaskan secara jelas, kerana ia bertujuan agar manusia tidak hanya tertumpu pada satu malam sahaja jika mereka tahu malam tersebut, justeru ia dirahsiakan agar mereka menghidupkan setiap malam terakhir Ramadan dengan amalan-amalan yang pernah dilakukan oleh baginda, para sahabat dan para solihin terdahulu.

Syeikh Muhammad Abduh berpendapat bahawa sebab malam itu diturunkan kepada umat Muhamad kerana Qadar itu bermakna ketentuan atau takdir. Pada malam itu Allah mula mentakdirkan agama-Nya dan memerintahkan nabi-Nya untuk menyeru manusia kepada agama yang melepaskan mereka daripada segala kehancuran dan kerosakan.

Pendapat Syeikh Muhammad Abduh ini berdasarkan kenyataan bahawa al-Quran pertama kali diturunkan pada malam al-Qadar. Turunnya al-Quran pada dasarnya adalah watikah pelantikan Muhammad sebagai nabi dan rasul yang bertanggungjawab menyampaikan risalah Islam. Begitu juga dalam mengubah corak hidup manusia daripada alam jahiliah kepada suasana Islam. Ertinya malam al-Qadar itu adalah malam disyariatkan Islam kepada umat Nabi Muhammad sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.

Ada ulama lain yang menyatakan bahawa penyebab dikatakan dengan malam al-Qadar kerana pada malam itu Allah menetapkan takdir setiap makhluk baik berupa rezeki, umur atau sakit atau sihatnya seseorang untuk jangka masa setahun, iaitu dari malam al-Qadar tahun ini hingga ke malam al-Qadar tahun depan.

Mengenai jatuhnya malam al-Qadar, ulama berbeza pendapat mengenainya. Imam Nawawi berkata bahawa sebahagian ulama menyatakan malam itu bergilir dari tahun ke tahun. Ertinya apabila pada tahun ini berlaku pada malam 29 Ramadan, maka tahun akan datang datang pada malam berbeza.

Hal sama dikatakan oleh Ibn Hazm bahawa Lailatul Qadar itu ada kalanya pada malam 21, 23, 25, 27 atau 29 Ramadan.

Sementara menurut jumhur ulama, Lailatul Qadar berlaku pada malam yang sama pada setiap Ramadan iaitu pada malam 27 Ramadan. Ini berdasarkan hadis Rasulullah daripada Ubai bin Ka’ab yang diriwayatkan oleh Tirmizi dan hadis dari Mu’awiyah yang diriwayatkan Abu Dawud. “Saya mendengar Rasulullah bersabda carilah Lailatul Qadar itu pada malam 27.”

Sebahagian sahabat dan ulama mencuba menentukan Lailatul Qadar dengan cara lain, iaitu menggunakan rumusan tertentu.

Ibnu Abbas berkata bahawa surah al-Qadr itu terdiri daripada 30 kalimah. Kata salamum hiya (selamat sejahteralah malam itu) berada pada kalimah yang ke-27. Oleh itu Ibnu Abbas menyatakan bahawa malam al-Qadar berlaku pada malam ke-27.

Sementara sebahagian ulama menyatakan bahawa kalimat Lailatul Qadr terdiri daripada sembilan huruf. Dalam surah al-Qadr kata-kata Lailatul Qadr itu diulang-ulang sebanyak tiga kali. Maka sembilan darab tiga adalah 27. Maknanya Lailatul Qadar itu berlaku pada malam 27.

Sementara ulama lain seperti Ahmad Marzuk dan Ibnu Arabi berpendapat bahawa Lailatul Qadar itu berlaku pada malam Jumaat ganjil pada 10 malam terakhir Ramadan.

Namun dalil yang paling kuat mengenai Lailatul Qadar adalah hadis daripada Aishah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari. “Carilah sedaya-upaya kamu Lailatul Qadar itu pada sepuluh malam ganjil pada akhir Ramadan.”

Perbezaan pendapat sahabat dan ulama ini sebenarnya adalah satu kenyataan bahawa tidak ada satu dalil jelas yang menunjukkan bila malam ini berlaku. Tetapi sahabat dan ulama bersepakat dengan hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Aishah tadi bahawa malam itu berlaku pada sepuluh malam ganjil akhir Ramadan.

Menurut Prof Wahbah al-Zuhayli, sebab dirahsiakan Lailatul Qadar supaya umat Islam sentiasa berusaha beribadah pada setiap malam Ramadan tanpa menumpukan pada satu malam saja. Ini kerana setiap malam pada Ramadan memiliki hikmah dan rahsia tersendiri.

Tanda-tanda berlakunya Lailatul Qadr

Di antara tanda yang sempat terlihat pada masa Nabi s.a.w adalah bahwasanya ketika baginda bersujud di waktu Subuh di atas tanah yang dibasahi dengan air, ertinya bahawa pada malam itu turun hujan sehingga baginda sujud di atas tanah yang berair.

Lailatul Qadr adalah malam dibukanya seluruh pintu kebaikan, didekatkannya para kekasih Allah, didengarkannya permohonan dan dijawabnya segala doa, amal kebaikan pada malam itu ditulis dengan pahala sebesar besarnya, malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka hendaknya kita berusaha untuk mencarinya dengan bersungguh-sungguh.

Malam itu tenang dan hening, keadaannya tidak dingin dan tidak panas; siangnya pula memancarkan cahaya matahari yang warnanya pucat; pada malam itu juga malaikat Jibril akan menyelami orang yang beribadat pada malam itu dan secara tiba-tiba kita akan rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak.

Ada pendapat yang berkata, bahawa orang yang menemui lailatul qadar akan melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga keseluruhan ceruk yang gelap gelita.

Ada pula menyatakan bahawa kedengaran ucapan salam dan kata-kata yang lain daripada malaikat.

Ada juga yang melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.

Ada yang berkata doa permohonannya makbul.

Fokus umat pada malam tersebut

Lailatul Qadr seperti yang dijelaskan di atas, adalah masa yang paling sesuai untuk mengajukan segala permohonan kepada Allah SWT, apa yang perlu dilakukan pada malam tersebut ialah dengan perkara-perkara berikut:

Menghayati malam tersebut dengan ibadah

Beriman dengan yakin bahawa malam lailatul qadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.

Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmat dan keredhaanNya.

Kesimpulan, persoalan bila sebenarnya berlakunya Lailatul Qadr, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Apa yang telah dinyatakan kepada kita melalui hadis-hadis Nabi s.a.w ialah tanda-tanda dan juga malam-malam yang kemungkinan berlakunya Malam al-Qadr.

Berdasarkan hadis Nabi s.a.w menghidupkan 10 malam terakhir dengan beriktikaf, ramai di kalangan ulama’ cenderung mengatakan bahawa malam tersebut kemungkinan besar akan berlakunya Malam al-Qadr.

Mengenai cerita pelik yang berlaku, usahlah dijadikan pegangan, oleh kerana para sahabat juga mencari Malam Al-Qadr dengan berdasarkan tanda-tanda yang telah Nabi saw ceritakan kepada mereka. Malah, tidak terdapat sebarang periwayatan mengenai apa yang telah dilihat oleh para sahabat. Maka tidak melihat, tidak bermakna tidak mendapat ganjaran Malam al-Qadr!

Fikir masalah umat ketika sedang beritikaf adalah ibadat Bukan sahaja melakukan ibadat qiyamullail itu dikira sebagai satu amal ibadat yang baik di sisi Allah SWT, malah memikirkan sesuatu khususnya mengenai masalah yang melanda umat Islam hari ini juga dikira sebagai ibadat yang besar, apatah lagi ketika menjalani proses beri’tikaf dalam masjid pada malam-malam terakhir Ramadan.

Lebih-lebih lagi masalah umat secara global, sama ada keruntuhan moral, perilaku, akhlak di kalangan remaja lelaki mahupun perempuan, masalah krisis keyakinan terhadap Islam di kalangan mereka yang mempunyai profil tinggi dan lain-lain, kesemua itu dapat ditangani jika masing-masing memainkan peranan sebagai hamba Allah yang mempunyai jati diri sebagai orang yang bertakwa seperti yang dituntut dalam ayat mengenai matlamat pelaksanaan ibadat puasa.

Fadilat Lailatul Qadr

Mungkin terdapat sesetengah orang menyangka bahawa mendirikan Qiyamullail pada disepertiga (1/3) malam iaitu dengan hanya bersolat Tarawih (Qiyam Ramadan) berjemaah pada awal malam, iaitu selepas Solat Ba’diyah Isya’. Apakah orang seperti ini mendapat ganjaran atau pahala seperti mereka yang bersolat di malam Al-Qadr (sekiranya berlaku Lailatul Qadr pada malam tersebut)?

Berkata Muhaddis terkenal, Sheikh Nasyirudin Al-Albani (didalam buku Risalah Qiyam Ramadan) :

“Sebaik-baik malam ialah Malam Al-Qadr, kerana baginda s.a.w bersabda :’Barangsiapa yang berqiyam pada Malam Al-Qadr (berjaya mendapatkannya) dengan keimanan dan pengharapan, telah diampunkan dosa-dosa yang telah lalu’ – [Hadith riwayat kedua Sheikh dari hadith Abu Hurairah, Ahmad 5/318]. Sementara Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi menceritakan mengenai syarat beramal pada malam Al-Qadr, katanya :

“Membawa kepada apa yang harus dilakukan oleh seorang Islam pada malam tersebut ialah : bersolat Isya’ berjemaah, Solat subuh berjemaah dan pada malamnya mendirikan qiyamullail.

Di dalam Sahih diriwayatkan bahawa Nabi bersabda :”Barangsiapa yang bersolat Isya’ berjemaah, seolah-olah ia berqiam di separuh malam, dan barangsiapa yang bersolat subuh berjemaah, seolah-olah ia bersolat disepanjang malam tersebut. (Riwayat Ahmad, Muslim dan lafaznya, dari hadis Osman, Sahih Jami’ Saghir – 6341).

Dan tujuannya ialah : Barangsiapa yang bersolat Subuh dengan tambahan-tambahan di dalam waktu Isya’, adalah sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Hadis Abu Daud dan Tirmizi :

“Barangsiapa yang solat Isya’ berjemaah bagaikan berqiyam separuh malam, dan barangsiapa bersolat Isya’ dan Fajar bagaikan ia berqiyam sepenuh malam (sumber yang sama – 6342).”

Semoga tahun ini kita mendapat rezeki untuk bertemu dengan Lailatul Qadr, iaitu satu malam yang penuh dengan misteri, supaya pahala amalan kita dilipat gandakan oleh Allah dan dikira sebagai amal-amal yang solih, Insya Allah. – mks. _

August 27, 2010 Posted by | Uncategorized | Leave a comment

Kera di hutan disusukan…anak sendiri mati kelaparan…

Semalam aku saja la surfing kat youtube tuh…cari la video2 pasal silat…sekali ada satu video nih org brazil…taraf maestro (master/guru) silat….ada sekolah silat kat sana nun…satu aliran yg aku kenal….apa bezanya video ni berbanding video2 lain?….besar beb ertinya video nih kat aku….buatkan aku terpikir…apa yg di tunjuk kat video tuh kira peringkat yg perlu belajar lama sikit…persoalannya…dia orang brazil…berapa lama dia menuntut kat sini?…..peringkat yg dia tunjuk tuh aku tengok kat sini makan 3-4 tahun baru di ‘bagi’….”bukan tak mo bagi tapi hanya jauhari mengenal manikam”…kata para jurulatih la….tapi betul ke mcm tu?

Kami dulu nak dapat pun susah….tak adil la kalau org baru senang je dapat…

Barang mahal memang payah nak dapat…

Dia kadang2 kat rumah plan nak ajar A…tapi bila sampai kat gelanggang jadi B..

Sabar…sabar…sabar….

Tak boleh gelojoh…asas kena betul…baru jadi…

Naik muak aku dengar kata2 kat atas nih….hakikatnya memang kita kemut dengan bangsa sendiri….nak belajar hak sendiri pun jenuh nak dapat…macam2 alasan & kata2 hikmah keluar bila ditanya kenapa slow sgt pelajaran…org luar senang jer dapat…siap buat cari makan lagi kat sana….kalau berterusan macam nih…suatu hari nanti kita terpaksa mengemis ilmu bangsa sendiri dari orang asing!!!!

Bila belajar ‘hak ‘org, kita dituduh melayu yg lupa pada asal usul…tapi nak belajar ‘hak’ melayu kemut sangat…dgn orang melayu la kemut…org brazil tak per. “Bukan apa…takut bagi kat orang yg salah”…kata diorang…ehhh…org Brazil tuh ‘org yg betul’ la kiranya?….dia muslim kot….Aku yakin org2 silat ramai la yg akan menidakkan apa yg aku tulis nih…ada la bende nak nasihat kat aku nanti…bagi la apa alasan tuan2 nak bagi…tapi hakikatnya memang org kita kedekut ilmu dengan bangsa sendiri…ni pandangan peribadi jer…tak melibatkan org lain. Atau sebab orang brazil tuh bayor lebih?…duit ke masalahnya?…cakap la…bleh usahakan tuh…ke sebab ‘grand’ sikit kalau ada murid kat oversea?…

Apakah aku ni terlalu bersangka buruk dengan Guru2 & jurulatih2 silat?…ni semua perasaan aku jer kot…errr…tapi kawan aku si “T” tuh baru belajar 2 tahun ‘hak’ luar tapi dah masuk tahap berapa DAN dah black belt nyer…kawan aku si “A” lak lepas 2 tahun nih baru buleh ‘menari’ sikit2 kat kenduri kawin…itulah silat…sian…balik2 cakap pasal pengorbanan…buat demo tengah2 panas…makan nasik bungkus tepi longkang..katanya demi untuk mengembangkan warisan….

Muak sungguh!!!

KORANG BUKTIKAN AKU SALAH!!!

August 27, 2010 Posted by | Aku & Sesuatu, The Arts Of Fighting | 2 Comments

Generasi babi..!!!

Woi cepat la anjing…lembab aaa…haram btul..

bodo aaa ngko…jgn la lalu kat situ babi…

puk***k la lu…gua dah cover ni cepat la gerak…bodo aaa..

ado la…syiall..patut aku dah bleh menang dah…ngko punya pasal la nih…bongok la…

Korang jgn ingat aku dah tukar hobi dari bersilat ke mencarut pulak…tidak sama sekali…ayat2 kat atas tuh la yg aku duk dengar masa aku masuk cyber cafe itu hari…untuk pengetahuan, anak2 tuan2 & puan2 tuh gi cyber cafe main game sambil melatih bakat mencarut..mungkin harapan nya nak jadi perdana menteri lahanat yang pertama lulus dari universiti of cyber carut gamaknya…panas betul hati aku nih…

Percakapan nih adalah doa…kalau bende tak elok jer bermain kat mulut mmg tak heran la buleh jumpa bayi kat tepi longkang…cikgu kena rogol dengan murid…gadis sunti 12 tahun ditangkap berzina…dan mcm2 lagi…semua tuh perangai apa?…perangai menatang yg duk kat mulut tuh la…perangai babi…ini ke generasi harapan kita?…generasi babi…bodo…bongok…syial…bla…bla…bla….carut…carut…carut….nak kata apa kat aku kata la…memang kalau kita tak sedar dan ambik tindakan drastik dari sekarang memang babi lah yg akan mencorakkan negara kita nanti….

Aku paham…tuntutan dunia nih memang maha hebat…kita kene keje keras cari makan…tapi boleh ke kita bagi alasan sibuk ngan keje kat mahsyar nanti bila kita dipersoalkan balik tentang amanah yg Allah bagi kat kita….sehelai kain putih yg bersih lagi suci…bolehkah kita nak bagi alasan yg debu2 tuntutan dunia telah mengotorkan amanah suci tuh?…berani kah kita menyalahkan dunia bila anak2 kita tak dapat dididik dengan betul…soalan nih aku tujukan kat diri aku jugak…sama2 la kita fikir….secara peribadi aku rasa walau sibuk macam manapun kena jugak kawal tindak tanduk anak2…kenapa perlu menghabiskan masa seharian mencarut di cyber cafe?…puasa penat2 tapi pahala habis sebab babi kat mulut…

Memang betul la kena percaya qada’ & qadar..tapi jgn lupa…Allah tak pernah menzalimi hambanya…kita yg menzalimi diri sendiri…doa dan usaha insyaAllah boleh mengubah takdir…kita tak boleh lepas tangan…sebagai ketua keluarga kita kena bertanggungjawab..Kita yg kena set rule dalam keluarga…anak2 kena ikut…ini tak…org bertarawikh kat surau…anak2 duk ram motor dan main mercun depan rumah org…kenapa depan rumah org tuh je meriah? Kat taman permainan nun lagi luas…port best tuh. Nape tak berkumpul kat situ?…yg paling penting…kenapa tak gi solat kat surau?…bukan cakap kat mak bapak nak surau ke tadi? Ooo…ada anak2 dara sunti duk tayang muka kat depan pagar…asal pukul lapan jer ‘mahkota keluarga’ ni pakat keluar duk melepak depan rumah…mari2…sapa mau tengok saya punya comel…patut la ramai jer bebudak melepak kat situ…bergelak ketawa kuk kik kuk kik lelaki pompuan…dan seperti biasa…zikir tak putus2 kat mulut….carut…carut…carut….mak bapak?…tengok jer anak dara duk melayan jantan bergurau senda kat depan pagar?…ooo…mak bapk dah penat posa…jawab la kat sana esok…

Ni aku citer ni lepas dah jenguk masuk 2~3 cybercafe…bukan satu jer beb…kalau nak generalizekan memang buleh…”cyber cafe bawa kesan negatif”…tapi tak sedap pulak…bukan la semua tak elok…cyber cafe sepatutnya jadi tempat kita untuk mendapat lambakan faedah dari teknologi maklumat…kalau betul cara guna betul la…tak boleh pulak nak salahkan pengusaha cyber cafe…cuma aku rasa kita kena sama2 mainkan peranan…org yg jaga cybercafe tuh kena tegur budak2 tuh…kalau mencarut marah jer…errr…tapi ada satu cybercafe yg aku singgah tuh yg duk jaga kat depan tuh pun generasi tu jugak…bertindik idong macam lembu….kuku warna itam…zikirpun sama gak…mencarut jer manjang…satu mazhab la tu…so elok ke biarkan anak ke cybercafe? Timbang-timbangkan…tapi jgn lama sangat…jgn sampai idong anak dah start nak mutate jadi memanjang sikit baru kita nak take action…lambat dah masa tuh…dah masuk tahap mughallazah dah tuh…kronik…

Aku bukannya nyer org yg pandai menegur secara berhikmah…aku jenis straight forward punya orang…jauh di sudut hati aku rasa sedih sebab bebudak yg duk berlatih mencarut di ‘akedemi2’ cybercarut tuh ada yg aku kenal mak bapaknya…sian kat bapak yg aktif kat surau tu…memang la iman tuh tak dapat diwarisi…tapi setakat mana kita dah laksanakan amanah kita tuh?..susah nak cakap…apa aku buleh buat?…aku terus sound on the spot jer bebudak tuh…semua pakat diam…kalau ada yg bunyi confirm aku tampor…mak bapk nak marahpun marah la…kurang hajar…tak hormat lansung pak cik kat sebelah nih…aku dah la sakit gigi nih…aduih…

Korang org luar yg baca entry nih jgn la duk ingat kat SU3 jer gejala nih berlaku…satu malaysia nih sama jer…ini lah yg berlaku sekarang…inilah punca segala penyakit sosial dalam masyarakat kita hari ini….tak payah la nak banding kan dengan zaman sebelum kedatangan penjajah…zaman selepas penjajah datang pun perangi org melayu jauh baiknya dibandingkan dengan generasi sekarang…adap sopan lansung tak tahu dah budak2 sekarang…hormat org tua?…jauh sekali…again…bukan semua…tapi kebanyakan…bukan org lain jer…aku ingatkan diri aku sekali…

Teknologi maklumat kalau tak kena gaya akan menjadi medium penjajahan yg baru…penjajahan minda….setiap benda ada baik buruknya…tapi tanpa takwa kita akan lebih cenderung kearah yg buruk tuh…Ada ustaz tanya soalan masa kuliah itu hari…kenapa Islam dah tak hebat?…Aku rasa korang buleh jawap sendiri…Berapa ramai yg cuma solat seminggu sekali…jumaat jer solat…itupun kengkdang miss…lebih rela balik rehat kat rumah dari solat jumaat…berapa ramai yg berpusu-pusu di bazar ramadhan tapi bila berselisih pekat giler bau rokok…berapa ramai yg mencari rezeki halal di bulan ramadhan sampai lupa nak solat asar & maghrib…tak heran kalau Allah murka dahn diturunkan bala…err…isyak tak tinggal sebab ada moreh…sambung sikit lagi…berapa ramai mak bapak yg berseluar pendek kat luar rumah…ehhh…mak pun seluar pendek ke?….iyer…sebab tuh la anak tak segan silu berseluar pendek dan bersinglet…bukan…bukan umur 5 tahun la…ini dah buleh jadi mak orang dah….itu kat luar…dalam rumah?…depan adik2…depan bapak?…diorang dah biasa la environment mcm tuh….so ada lagi org nak tanya kenapa generasi sekarang jadi macam nih?…salah anak2 ke?

Sekali lagi…aku ceramah kat diri aku..semoga Allah kuatkan semangat aku untuk memberi yg terbaik pada keluarga…dugaan besar…mampu tak mampu kena la ikhtiarkan jugak…kalau tak…menjawap la kat sana sok….aku takut…

August 24, 2010 Posted by | Life in SU3 | Leave a comment

Adoi la….sakit gigi…

Adeh…dah seminggu lebih aku merana sakit gigi…kejap2 rasa nak tampor orang….kejap2 rasa nak bagi penendang jer sesapa yg buat bising…itu hari aku tengah meeting dengan customer…time tu la pulak nak datang sakit…sampai keluar urat2 merah kat mata aku nih menahan sakit…customer ingat aku tgh tahan marah kat diorang…itu yg cakap ngan aku pun elok jer…ehehehehehe…

Gigi nih asalnya masa kecik2 dulu berlubang…ingat lagi aku time tuh sekolah rendah…kalau korang kat kampung selalunya akan ada masa klinik pergigian kerajaan datang buat pemeriksaan & ajar cara nak jaga gigi (alah…kengkadang yg datang tu pun gigi tak semenggah aku tengok)…pas tu sapa yg gigi ada masalah dan perlu rawatan lanjut perlu ke klinik kerajaan di pekan nun…nak jadi cerita gigi aku nih ada yg berlubang…kena tampal…

Masa tuh budak lagi…tak tahu aku nak gambarkan secara detail perasaan masa tuh…kena gerudi kaw2 punya…doktor nih mcm gerudi jalan jer dibuatnya…ngilu tok sah cakap la…rasa gugur gigi dek bunyi mesin gerudi yg berdesing tuh..sreeeeetttt….adeh…

Tak lama lepas tuh aku kena naik sekali lagi ke pekan…kali nih nak kena cabut gigi…terus terang cakap la…sampai ke tua  nih aku jadi phobia disebabkan pengalaman cabut gigi tuh…jarum dah la bapak besor..mcm jarum cucuk lembu…pas tu kena cucuk punya la sakit…menggelupur aku kat kerusi tuh…adus…dah la gitu…kena keluar jap tunggu kat luar sampai dah kebas…bila tumbuk muka dah tak sakit baru la bleh masuk balik…masa tuh rasa kepala mcm besar tempayan…perghhh…kembang rasanya…

Ni gigi yg tampal kecik2 dulu dah tanggal simennyer…mulanya aku biorkan sebab kecik jer lubang nya…makin lama makin besor…tersalah kunyah sikit bersepai keluar serpihan…itu yg sudahnya tinggal separuh jer dari geraham aku nih…tu yg sakit gilerrrrrr….Nampaknya aku terpaksa la melalui detik2 cabut gigi itu kembali…ishk!!…kat mana klinik yg ok sikit ha…yg cucuk tak sakit…tak pun sesapa yg ada gambir sarawak tuh meh la bagi…errrr…buat ubat sakit jer la….bukan nak salah gun pun…ekekekeke…

Nak kena cabut jugak nih…adoi….tak tahan dah…

August 24, 2010 Posted by | Aku & Sesuatu | Leave a comment

Munaa dah 9 tahun…Honey dah…30-an…ehehehehe

22 Julai itu hari genap umur anak sulung aku nih 9 tahun…seperti biasa kitorang akan adakan jugak celebration walaupun tak se ‘grand’ mana…yg penting anak2 tahu kita ambik berat pasal diorang….kali nih Emma tengah sarat(dah bersalin 1 Ramadhan itu hari)…so tak dapat la nak tempah kek kat dia…sudah nya terpaksa la cari kek kat deret kedai sana…

Ni ha kek nyer..perasan tak power puff girl tuh…Munaa memang minat ngan citer tuh dari kecik lagi…ehehehe…

Mcm ni ler kalau dah sambut kat rumah…masing2 dengan baju tidurnya…ehehehehe…

Munaa ngan ibu…tu Marwan tuh tengah syok layan fries…dia ni kalau bab makan susah sikit nak selera…so time dia nak balun tuh biorkan jer…

Hadiah untuk Munaa?…well…aku buat sendiri kat opis…cari gambo dia masa kecik yg come2 tuh…buatkan bentuk frame…tambahkan ayat syahdu merangkap nasihat sikit…menangis dia bila aku bacakan…ehehehe…..

So gitu ler sikit sebanyak sambutan serba ringkas birthday anak aku yg sulung nih…sekarang nih dia dah rasa diri dia besar…byk nampak perubahan perangai nyer…tak caya…tu ha tengok gambor bwh…tengah mengajar adik2 ngaji…ehehehehehe…

Dan itu hari 20 August…birthday wife aku…dah 30-an…ehehehehe…

Lagi sekali…disebabkan Emma dalam pantang…terpaksa la beli kek kat kedai nun…bleh tahan jugak la kek nih rasanya…

Ni ha makanan2 yg ada….sebenarnya gambo nih ambik sehari selepas birthday Honey…hari birthday tuh kitorang gi makan kat luor….tapi Marwan pulak meragam…ilang la mood wife aku tuh…kira birthday tahun ni spoiled sikit la…tapi nak wat cam mana…perangai bebudak…tahun depan kena potong kek dulu baru kluar jejalan…kalau tak nanti nak potong kek pun dah tak selera…well…I already tried my best to make this birthday special….

August 17, 2010 Posted by | Aku & Sesuatu, Life in SU3 | 2 Comments

Re-union SMDA batch SPM 93..

Baru jer aku kuar meeting tetiba dapat call…03-4xxx…ehhh…cam kenal nombor nih…hahaha….Zuhardi yang call…dia bagitau kata raya ketiga nanti nak buat re-union kat rumah cikgu kitorang kat Kuala Kangsar….alamak…raya ketiga tuh aku dah gerak balik KL tuh…kena la adjust jugak nanti cam mana…bukan senang nak jumpa kengkawan lama…ada yg dah 17 tahun aku tak jumpa…

Kat bawah nih aku boh gambo2 lama zaman aku skolah dulu…nostalgia tuh beb…Masa…dah pergi tak kan dapat panggil balik…andai dapat ku undur masa…ingin rasanya kembali ke bangku sekolah…namun  tak mungkin la kan…so cuma gambo2 jer la yg buleh jadi ‘time capsule’…membawa kembali memori semalam…chewah…

NI gambo masa tingkatan satu…kelas RK…Rancangan Khas la tuh makna dia…masa nih tahun 1989…muka innocent jer semua…pakat tak baligh lagi nih…ehehehehe…Berdiri dari kiri..Wan Jimbam, Aku, Ilu, Hadi, Madi, Azhar & Megat. Duduk dari kiri…Sabron, Jamily & Shem…

Ni lak gambo cikgu2 kelas kitorang…aku tahu korang konfirm akan kutuk aku lupa daratan la…tak kenang budi la…tapi sungguh….aku lupa nama cikgu2 kita nih…lepas accident hari tuh kan aku memori lost…korang pun kalau tak kerana jumpa balik tobat aku tak ingat…ehehehehe…

Korang nampak tak Wan Jimbam kat belakang tuh…kemain lagi bergaya dengan cermin matanyer…udoh rope berok mak yeh…ahahahaha…kat sebelah Wan tuh Junidi…dia tak der kat gambo atas tadi…Junidi last aku jumpa jadi pegawai askar…semua orang tak sangka dia boleh jadi askar beb…tabik!!!…ehehehehe…

Ini lak bergambo masa rombongan ke kolumpo…masa tuh form 2…jakun je masing2…sampei kat Dataran Merdeka tanpa melengahkan masa teruih bergambo…ekekekeke…Sekarang nih dah 11 tahun aku kat Kolumpo nih…haram tak teringin nak menjenguk Dataran tuh…apa la ada situ…thehehehe…

Ni masa aku duk asrama form 2…join kumpulan nasyid Ikhwanul Muslimin…lagu ape eh kitorang nyanyi masa pertandingan tuh?…dipondok kecil gamaknya…lupa dah…masa nih jugak la aku johan pertandingan melaungkan azan…ehehehe…

Cam aku cakap tadi la…yg tinggal cuma gambo2 je la sebagai medium untuk mengimbau kembali kenangan silam…sekarang masing2 dah berkeluarga & ada kehidupan sendiri…nak jumpa sikit punya payah…kat KL tak kurang 20 orang gang2 sekolah dulu ada duk cari makan kat sini tapi still payah nak jumpa….tu yg aku tak sabar nak jumpa kengkawan lama raya ketiga nanti…insyaAllah….

August 17, 2010 Posted by | Aku & Sesuatu | 4 Comments

Glamer wife aku…

Korang ingat tak itu hari yg aku ada boh N3 pasal buku wife aku nak masuk pameran buku kat PWTC? Ha rentetan dari pameran itu wife aku dijemput pulak ke pesta buku Selangor yg berlansung di kompleks PKNS. Kalau di PWTC itu hari merupakan sesi bersama penulis untuk mendapatkan autograf, kali nih sesi forum pulak…bicara buku…Aku memang respect habih ngan cara promosi Galeri Ilmu nih…tabik….

Dua buku daripada 2 penulis telah dipilih untuk sesi ni…buku wife aku “Rumahku Ofisku” dan buku tulisan En. Hassan Suyut “Kembara Atiq Wazif, Suatu Anugerah”…

Ni ha wife aku tengah diwanwancara…ehehehe…boleh la…takut sangat. 2~3 hari sebelum tuh kemain lagi risau dia…kot gugup katanya…sekali kat atas pentas tuh sampai tak bleh berenti cakap…ehehehehe….

Aku dapat mengikuti acara tuh on and off jer…nape?…tu ha si kecik tuh…habih satu kompleks tuh di tawafnya…jenuh aku mengejor…tu yg aku penig sikit sekarang nih kalau nak kuar jejalan…jenoh nak mengepung…pantang lepa…mau nyer hilang Marwan tuh nanti…

Tak lama lepas wawancara nih wife aku ada lak program bual bicara kat Radio IKIM…jelesnya aku…ehehehehe….seperti biasa aku sentiasa support dengan menjaga anak2…gambo nanti la aku boh kat sini…

So congrate Honey…I’m proud of you…muahs..jeles tak habih lagi nih…ehehehehe…

August 17, 2010 Posted by | Activities, Aku & Sesuatu | 1 Comment

Kucing lagi..

Tak tahu la nape rumah aku nih byk benor kucing datang nak menumpang…yg nih datang melepek kat rumah aku…3 hari aku biorkan…bukan apa…serik dah 2-3 kali kucing datang beranak…tapi tu la…aku ngan wife nih jenih tak sampai hati…bagi la makan…sudah nya melekat kat rumah…masa datang tuh dara sunti lagi…nih dah beranak pulak…dah la beranak kat rumah jiran aku…segan lak rasanya ngan jejiran….

 Si Mimi

Anak dia ada 3 ekor…anak2 aku pulak memang suka la ngan kucing nih…aku jer yg jenih rimas sikit…sudah nya dapat la nama masing2…adeh…so ni mcm mana nih?….nak terus bela ker?…itu lah persolan aku ngan wife…itu hari satu family kitorang dah bagi kat keluarga angkat…yg nih?…adeh….

Kita tolong la bagi makan dulu…dah besar nanti kikta iklan kan ler kat mudah…cari sapa nak jadi keluarga angkat…itu ler kesimpulan yg kami buat…sian tengok…Sekarang nih dah besor…aku pun nak carikan ler keluarga nagkat…errr…tapi anak2 dah sayang lak…muka lak sekor2 come…mak nyer darah siam la katakan…cam no nih…

Tadi kata 3…nih nape ada 4?…ha yang kecik tuh jumpa masa main takraw…sebelum main tuh aku duk dengar dah suara dia duk menjerit kat tepi longkang tuh…buat pekak la sbb tamo tambah lagi tanggungjawab…lama2 tak bleh tahan kesian…aku pungut la bwk balik…mulanya Si Mimi tamo terima budak nih…asal datang dekat jer kena tampor…terpaksa la aku beli susu khas untuk anak kucing…tapi bila lama sikit dia dah ok…terus la budak tuh jadi anak susuan dia….kira anak angkat la…

Kemain sedap tidur…ceh…

Ni ha si Kitty (nama anak aku bagi)…mata biru habis tuh…ehehehe…sesapa yg berminat nak jadi keluarga angkat kepada anak angkat kucing aku nih…contact la…dia nih suka merayau…mungkin mencari mak dia kot…jap tadi wife aku cakap dia keluar merayau lagi…adus….kalau ada yg berkenan nak tolong roger la…datang jer ambik…bukan nak jual..aku bukannya meniaga kucing pun…tolong jer…

August 7, 2010 Posted by | Aku & Sesuatu, Life in SU3 | Leave a comment