yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Open House Sana Sini….

Dah jadi sebahagian dari budaya kita masyarakat Islam kat Malaysia nih khususnya, menghabiskan sebulan syawal dengan mengisi perut sampai hampir nak meletup kat open house di sana sini…hilang segala keinsafan sepanjang Ramadhan dek penangan kambing panggang yg duk terkangkang di atas bara….

Yang hilang 5 kilo time Ramadhan kembali membusung hingga tersembul pusatnya dikala Syawal hampir melabuhkan tirai…ada seminggu lagi nih…sempat lagi tambah 7~8 kilo. Warga kota yang menyesakkan jalan2 dan lebuhraya ketika musim balik raya kini mengulangi sumbangan kearah kesesakan yg sama  tapi kini di ibu kota pulak…dari Rawang nak ke Saujana Utama pun  ambik masa 2 jam?…perghh!!!…

Kalau dulu laki bini bermasam muka berebut nak balik raya…trend sekarang dah lepas raya pun bermasam muka lagi…berebut nak gi open house kawan masing2…adu la…Syawal nan mulia jadi bulan bala untuk rumahtangga. Poket yg kering time balik beraya kini makin kontang dek penangan nak buat open house…jiran tu siap naik khemah…ayam golek & kambing panggang lagi…tak kan kita nak buat nasik impit segera ngan kuah kacang je bang…muncung si isteri. Kedatangan Syawal meleburkan usaha sebulan Ramadhan mengasuh diri menginsafi keperitan saudara2 yg kurang bernasib baik..lupa dah kita pada wajah kecil bermata sayu…memegang ketulan tanah yg dianggap roti untuk dijamah…ye…kita lupa….

Aku?…sama la jugak…kesan Ramadhan hanya seketika…insafnya tak lama…sepanjang bulan nih, ujung minggu duk pergi open house jer…sedara2…kawan2….ada yg sampai tak sempat pergi sebab jadual pack sangat…aku cuma bagi keutamaan pada open house ahli keluarga & jiran2 jer…yg jauh tuh tak dapek la nak tunjuk muka….

Gambo?…nanti la aku boh kat sini…

October 12, 2010 - Posted by | Life in SU3, Nyum2

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: