yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Amanah Guru

“Jalak…dah habis semua ilmu yang ada padaku aku perturunkan padamu…dengan ini aku melantik engkau sebagai pewaris dan pemegang amanah perguruan…kembangkanlah perguruan ini Jalak..peliharalah keasliannya”

“Terima kasih Guru…amanah Guru hamba junjung”

Beberapa taun berikutnya…terpampang iklan di majalah & surat khabo…

Sertai Pertubuhan Seni  Silat Jurus Dewata Petala Langit…guru utama Si Jalak…anda dijemput beramai-ramai menyertai untuk terus ‘menghidupkan warisan melayu’..tak kan melayu hilang didunia…

Kemudian disenaraikan latar belakang si Jalak…

Belaja silat sejak umur 4 tahun dengan tok nenek nya..kerana minat mendalam untuk mewarisi hak melayu…si jalak melangkah jauh dengan belajar 21 jenis silat lagi…dan hampir separuh dari jumlah perguruan tersebut mengangkat beliau sebagai pewaris..

Berbekalkan senarai panjang pengalaman bersilat..si jalak menubuhkan silat beliau yg menggabungkan 21 silat yg dipelajarinya…datang lah beramai-ramai…yuran tak mahal…RM150 jer sebulan…kalau dapat 100 orang…wow…

Senario kat atas nih aku tengok dah makin menular kat bumi Melayu nih…begitu byk perguruan baru yg muncul…kadar jenayah semakin meningkat…kesedaran untuk belajar ilmu mempertahankan diri telah mula berputik kembali dikalangan masyarakat…ini peluang baik…untuk mengembangkan ilmu atau untuk buat duit? Terserah pada hati masing2…secara peribadi aku kurang setuju bila org mencampur aduk kan permainan lalu menggelar permainan itu denga nama baru…kemana hilang amanah Guru?

Teringat pesanan  Allayarham Guru ku yg mulia…”Belajar la selagi mampu…tapi jgn sesekali mencampur adukkan permainan sehingga tak dapat dibezakan lagi…bila mengajar…hendaklah diajar mengikut permainan asal supaya amanah Guru dapat dijaga…salasilah ilmu perlu disampaikan kepada murid..insyaAllah akan datang berkatnya”…

Ini sekadar pandangan peribadi…arwah Atuk aku dulu pun belajar byk silat…bila mengajar diajar ikut aliran asal…tak timbul soal melanggar amanah Guru…org dulu2 pun macam tuh…byk berguru tapi yg dibawa satu…yang sedap dipakai…

Entah lah…aku cuma risau beberapa puluh tahun akan datang…zaman anak cucu kita nanti nama Silat Seperti Sendeng..Gayong..Kalimah..Lintau..Terlak…Spedo…Spelet (sekadar menyebut beberapa) dan lain2 akan pupus…diganti oleh nama2 baru yg sebenarnya menggabungkan silat2 yg ada sekarang…memelihara warisan melayu atau merosak warisan melayu?…

Jawab la sendiri…

April 13, 2010 - Posted by | Aku & Sesuatu

6 Comments »

  1. salam yeop … 100 tahun dulu nama-nama silat yang yeop sebutkan tu mungkin tak ujud lagi krn silat tidak diberikan nama khusus melainkan nama kaedah atau kedudukan dlm silat spt sendeng , gayung ,cekak atau sbgnya.kalau kita teliti sejarah silat guru-guru pengasas yg memberi nama sedangkan silat mereka belajar dgn orang lain.. apakah mereka menjalankan amanat guru mereka ??
    apa-apapun kunjungi saya di http://www.tarisilatpusaka.wordpress.com

    Comment by azman29 | June 12, 2010

  2. Lama sungguh x update yek..?hahahaha…saya dengar mu sangat bz. Okla, all the best. Kirim salam kat semua.

    Comment by yamecome | June 23, 2010

  3. Salm Che Yam…aku tersangat la sibuk dengan urusan keje sampai dah berbulan tak menulis…insyaAllah kena cuba jugak cari masa…

    Saudara Azman…salam ukhuwah dari saya..selamat berkenalan…syukur alhamdulillah masih ramai pencinta warisan bangsa di era moden nih…teruskan perjuangan saudara…saya masih terlalu mentah dalam dunia silat untuk memberikan komen secara terperinci…cuma hati rasa kurang selesa dengan kebanjiran pelbagai aliran persilatan dewasa ini yg lebih byk menumpukan kepada ‘luaran’…saya cuma tidak setuju jika permainan dicampur adukkan bila mengajar…bila nak pakai tuh tak kesah la mana yg keluar…mcm baju…baju mana kita nak pakai tak dak hal…tapi bila citer kat orang yg baju melayu kena cakap baju melayu…yg cheongsam kena cakap cheongsam…itu pandangan peribadi…apapun terima kasih kerana sudi bagi komen..selamat berkenalan…

    Comment by yeopbeast | July 26, 2010

  4. Saudara Yeop , saya sangat setuju dengan pandangan itu sebab bila sesuatu silat dicampur aduk tentulah hilang wibawanya. Tapi di tempat saya kebanyakkan silat yg asal menggunakan nama buah dan tari yg sama tapi gaya yang berbeza mengikut mukim atau guru tuanya begitu pun cara belajar sama jadi mudahlah kami kenal samaada silat tersebut asal tempatan atau dari luar.

    Comment by azman29 | July 27, 2010

  5. Kalau di KL Selangor nih ada tak wakil?…teringin saya nak menyaksikan keunikan tari silat Melayu Pahang…jika saudara ada urusan disini sudi-sudikanlah contact saya…boleh kita berbual panjang…

    Comment by yeopbeast | July 30, 2010

  6. setuju sangat dgn artikel ni…

    Comment by kidungkiri | August 5, 2010


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: