yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Bakal Terbit…Rumahku Ofisku..

Tengah meeting tetiba Honey msg…”Bagi email add tempat keje baru jap”…ringkas dan tepat jer bunyiknyer…pastu aku terus terjebak ngan meeting tuh sampai la kul 1:30 t/hari…bila dah ada kat ofis aku bukak la email wife aku…jeng…jeng…jeng…

Cover depan buku terbaru dari wife aku….

Publisher dah email kat dia rupanya…patut la seronok sgt. InsyaAllah dalam masa terdekat (minggu depan) buku ni akan diterbitkan…publisher nak masukkan buku ni masa book fair kat PWTC…Tahniah Honey!!…

Kepada wanita2 diluar sana yg berhasrat untuk menjadi ‘Full time Mom, part time everything else’ boleh la dapatkan buku ni nanti…keputusan untuk berhenti kerja & menguruskan rumahtangga sepenuh masa adakalanya agak sukar untuk dibuat…setiap org ada masalah masing2…tapi melalui buku ni wife aku cuba untuk menyampaikan message bahawa duduk di rumah tidak semestinya tak produktif…begitu banyak alternatif yg boleh dipertimbangkan oleh kaum hawa untuk menjana pendapatan dari rumah…didalam buku ini disertakan beberapa projek/bisnes yg boleh dipilih. melalui buku ini jugak di berikan panduan kepada wanita tentang bagaimana untuk menangani perubahan2 yg bakal dilalui apabila dah decide untuk jadi ‘home maker’ nih…cam mana nak manage masa…cam mana nak manage stress…peer pressure dsb…pendek kata buku ni wife aku tulis supaya beliau dapat berkongsi visi beliau dengan kaum hawa lain diluar sana…

Secara peribadi…bagi aku hidup ni kita kena set keutamaan…mana yg lebih penting…kemudian sesuaikanlah dengan keadaan…aku tak sanggup nak tengok anak2 aku dihantar ke taska..sian je rupanya..sat lagi bila dah masuk musim demam anak kita tak putus2 hingus meleleh…cam mana nak baik…bila ke taska jangkit balik…sian la…tak sanggup aku…nak hantar ke orang pulak takut…beberapa tahun sudah penah kluar surat khabar…kanak2 dicabul oleh suami pengasuh…gila…lagi tak tergamak aku nak fikir kejadian mcm tuh…nak gi bunuh org yg mencabul tuh?…boleh back to normal ke anak kita?…benda dah jadi tak bleh nak ubah dah..bende2 gini bukannya ada istilah corrective action…nasik dah jadi bubur…tak guna dah…so kena la concentrate pada preventive measures…jaga la sendiri anak kat rumah…

Berikut petikan kesimpulan yg dibuat oleh Ustaz Zaharuddin dalam isu wanita bekerja ni…untuk artikel penuh sila lawati    http://www.zaharuddin.net/

  • Fitrah wanita menuntut perhatian utama mereka untuk suami, anak dan keluarga. Dan silibus kejayaan mereka adalah dalam bidang ini.
  •  Wanita dibenarkan bekerja jika keperluan yang disebutkan di atas benar-benar berlaku.
  • Walaupun wanita dibenarkan bekerja, ia tidak bererti suami boleh duduk berehat jaga anak di rumah. Sepatutnya suami perlu meningkatkan kualiti diri untuk lebih kehadapan sehingga boleh menanggung keluarga tanpa bantuan isteri.
  • Suami isteri bekerja adalah diterima dalam Islam selagi mereka tahu dan bijak merancang pendidikan dan penjagaan anak-anak dan tidak digalakkan isteri berterusan bekerja tanpa sebab-sebab yang mendesak. Sekadar disandarkan oleh perasaan untuk lebih bermewah dan mudah membeli belah (sehingga mengadaikan masa depan anak dan keluarga) dengan menggunakan duit sendiri adalah tidak diterima oleh Islam.
  •  Menurut Syeikh Prof Dr Md ‘Uqlah, tugas asasi wanita adalah amat besar iaitu sebagai penentu dan pencipta kerjaya seluruh manusia ( menurut asbab kepada hukum alam ),

Komen saya : ini kerana mereka diberikan kedudukan oleh Islam untuk mencorak segala pemimpin lelaki masa akan datang iaitu dari kecil hingga besar. Malangnya mereka tidak menganggap besar dan mulianya tugasan itu sehingga mereka mencari kerjaya di luar rumah yang menghasilkan sedikit gaji yang dicintainya. Justeru, kembalilah sebagai pencipta kejayaan lelaki dan wanita dari rumah. Ia adalah silibus kejayaan wanita dalam Islam. 

Sekian,

 Zaharuddin Abd Rahman

Aku sarankan korang baca artikel penuh tentang isu ni…jangan ambil lewa…besar impak nya kemudian hari…

Berbalik pada cerita asal…insyaAllah minggu depan buku wife aku nih akan ada kat pameran tuh…so dapatkan segera…kalau tak guna sendiripun boleh buat hadiah kat kaum keluarga dan sahabat handai…wife aku tengah buat projek buku baru skarang…pasal apa?…tungguuuuuuuuuuuuu…ehehehehe…

 

March 18, 2010 - Posted by | Aku & Sesuatu

3 Comments »

  1. yeop, tlg ucapkan tahniah kat K.Mazny. Kalau saya ke pesta buku, nanti saya usha2 buku tuh.🙂

    Comment by yamecome | March 18, 2010

  2. Baca jangan tak baca… cabaran terbesar utk mereka yg bekerja dr rumah ialah rasa sunyi, mudah tertekan, rendah diri, being taken for granted selain rasa hopeless & helpless bila apa yg dirancangkan utk menjana income tak berjalan lancar…

    So, scary ke jadi homemaker ni?? Don’t be… sbb the ultimate goal and happiness yg nak kita capai dalam hidup ni adalah redha Allah…

    Comment by Mazny | March 19, 2010

  3. Kawan2…esok 27/3 penulis ada kat booth galeri ilmu di book fair PWTC dari jam 3:30~4:30 petang untuk “Sesi Bersama Penulis”…datang la bagi support…

    Comment by yeopbeast | March 26, 2010


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: