yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Merantau….Harimau Melayu “Bangkit Kembali”….

Tahun 2009 aku dapat tahu sebuah filem pertarungan berteraskan Silat akan diterbitkan oleh Indonesia…sejak dari itu aku terus mencari di internet dan dapat la tengok trailer cerita Merantau ni. First impression? Memang best!!!. Lama setelah zaman kemasyuran Jackie Chan baru lah muncul Tony Ja..terubat la sikit rindu pada filem2 fighting nih…dah sekian lama asyik disogokkan dengan adegan2 karate oleh artis barat yang kadang kala kareografinya nampak tak logik…kalau ade filem kung fu lak dah sampai terbang2 sana sini. Kehadiran Ong Bak di layar perak membangkitkan kembali semangat peminat2 genre filem sebegini. Namun sayang, garapan dalam filem sequelnya Ong Bak 2 telah mengundang kritikan hebat kerana kurang menyengat… 

Merantau mula ditayangkan dipawagam-pawagam Indonesia pada Julai 2009. Akhirnya setelah beberapa bulan sampai jugak filem ni di Malaysia. Agak mengecewakan apabila tajuk Filem telah diubah kepada “Merantau Warior” untuk pasaran luar indonesia…kenapa perlu ada penambahan perkataan inggeris? Apakah penerbit merasakan yg penggunaan bahasa Melayu semata-mata tidak mempunyai nilai komersial? Jika benar filem ini dihasilkan untuk menonjolkan kembali kehebatan orang Melayu, kenapa tajuk perlu ada penambahan sebegitu? Renung-renungkan….

 Telah menjadi adat dan dan kebiasaan malah ada yg menjadikan kewajipan bagi pemuda2 suku kaum Minangkabau untuk keluar ‘merantau’, iaitu keluar meninggalkan kampung halaman bagi mencari pengalaman hidup dibumi asing. Seorang pemuda yg tidak keluar merantau berdepan risiko menjadi bahan cemuhan masyarakat. Lebih2 lagi jika pemuda tersebut termasuk dalam kategori tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk menyara keluarga…dah tentu tak der sapa yg sudi nak nikahkan anak dia dgn org yg tak tentu hala masa depannya. Merantau juga dilihat sebagai perjalanan untuk menguatkan aspek spiritual pemuda Minangkabau…pemuda Minang yg hendak merantau selalunya perlu menyiapkan diri dengan ilmu Silat untuk menjaga diri diperantauan. Dengan merantau diharapkan pemuda Minang akan dapat membentuk jatidiri seterusnya menjadikan kehidupannya lebih baik…. 

Filem ini mengisahkan Yuda (Iko Uwais) keluar untuk ‘merantau’ ke kota Jakarta. Beliau berhasrat untuk menjadi tenaga pengajar Silat di kota besar itu.  Secara kebetulan dia terlibat dengan sindiket ‘menjual orang’ apabila membantu Astri (Sisca Jessica) dan adiknya Adit (Yusuf Aulia). Kalau nak ikutkan plot cerita memang la stereotype…hero bergasak dengan orang jahat untuk selamatkan heroin….filem heroic memang la macam tuh…tapi aspek yang paling penting bagi filem fighting ialah aksi2 pertarungannya…bagaimana kaedah sesuatu seni bela diri itu disampaikan kepada penonton…lebih2 lagi golongan pengamal seni bela diri yang tentunya lebih memahami…

Pengarah iaitu Gareth Evans telah memilih untuk mengenengahkan Seni Silat Harimau Minangkabau. Gareth pernah mengeluarkan filem dokumentari tentang pencak silat Indonesia sebelum ini. Berbalik kepasa Iko Uwais…beliau merupakan jaguh silat kebangsaan…lebih sembilan tahun mempraktikkan Silat 3 Berantai Putera Betawi di Jakarta. beliau menuntut Silat Harimau Minangkabau dari Datuk Edwel (pewaris Harimau Minangkabau) selama 6 bulan untuk filem ini. Menurut Iko, asas Silat Betawi & Silat Harimau hampir sama membuat kan lebih mudah untuk beliau mencerap tunjuk ajar Datok Edwel (juga berlakon sebagai guru Yuda).

Aku suka filem ni bukan semata-mata kerana ia filem Silat…tapi jika diperhatikan betul2 filem ini juga secara tidak langsung menyelitkan keperibadian orang Melayu. Perhatikan bagaimana Yuda lebih banyak mengelak diawal konflik…apabila keadaan semakin tertekan…musuh tidak mahu berundur barulah digunakan kuncian dan pukulan2 ‘peringatan’…kesabaran orang Melayu ada hadnya…bila musuh terus mendesak…barulah Yuda menggunakan pukulan2 maut…..

Scene paling best? Dah tentulah apabila Yuda terpaksa bertempur dengan rakan seperguruan(lain batch) di dalam lif. Silat ternyata efektif walaupun didalam ruang yang sempit….”Aku tak akan jadi seperti kamu”…itulah yg dilafazkan Yuda apabila berjaya menewaskan rakan seperguruannya…Seharusnya begitulah Silat…memupuk nilai murni di dalam diri pengamalnya…kepada pesilat2 yg telah hanyut dan menggunakan ilmunya dijalan yg tidak diredhai Allah…bertaubatlah…ingat pesan Guru…

Masa aku remaja dulu pernah aku belajar Silat harimau nih..tapi dah lama tinggal..didalam cerita ni teknik sapuan & pukulan ditonjolkan secara tepat…silat Harimau ni memang keras latihannya…tetapi ‘berbaloi’ bila digunakan dalam situasi beladiri sebenar…ni yang rasa semangat nak mencari balik Silat Harimau nih…

Kermuncak perjuangan Yuda adalah pertarungan dengan 2 orang mat salleh yg merupakan dalang kepada sindiket penyeludupan gadis Indonesia ke luar negara. Pertarungan dikawansan penuh kontena memaparkan pukulan2 maut Silat Harimau Minangkabau..memang best!!!…

Yang tak best? Hero mati!!!!…tension btul…bukan apa…aku mengharapkan sequel dia nanti…kalau dah Yuda mati cam no?…mmg anti climax btul la..apapun tahniah kepda semua yg terlibat dalam pembikinan filem ini..nak harapkan penggiat seni malaysia kempunan ler nak tengok citer silat…yg ade citer cinta…bohsia…merempit…sex bebas…lahanat btul…Dulu ada la citer pendekar kundur…keris hitam bersepuh emas…luk 7 dan beberapa lagi cerita silat…nak harap siri pendekar lagi la hampeh…konon cerita melayu…bila masuk bab lawan terus keluar kung fu…aku akan sentiasa menunggu filem silat dari Indonesia…harap2 akan ada lagi nanti…syabas!!!

March 12, 2010 - Posted by | Uncategorized

3 Comments »

  1. Good review! Merantau memang seronok ditonton. Will keep ur adrenalin level high! Memanjang je Yuda kena kejor… kita yg berdebar tgk! Den nak komen bab2 teknikal silat ni tak reti laa… Leave it to the expert (that is you!);) Tapi kisah orang Minangkabau, rasa dekattt di hatiiii… sbb den pun keturunan Minangkabau.

    Tapi yg memang tak bestnya sebab hero mati! Alahaiii… dah best2 fight, dah menang, bolehnya mati pulak last2. Bak kata yeop, rugi la… camno nak buek sequel cerita ni kalau si Yuda dah mati. Tapi elok la jugak… kalau tak mati, takkan dia nak end up ngan si heroin. Tak setuju aku… dah jadi bangkai dah… mat saleh tu dah ‘pakai’ dulu… Lagi satu, bila dah abih cerita, time tunjuk nama2 krew and cast tu… apsal la takat mainkan muzik latar je!?? Orang dah tentu ending sedih camni, buat la satu killer song utk soundtrack yg boleh meletup di pasaran. Liriknya dah tentulah mengisahkan percintaan singkat, yang penuh halangan dan cabaran, yang akhirnya bila disangka bahagia menjelma, kematian pula yg tiba… Cewwwaaahhh!! Patut den yo yg kono tulih lirik lagu tuh! Hahahaha!

    Comment by Mazny | March 13, 2010

  2. Ehehehe…buat la lrik tuh…Honey kan pencipta lagu sekolah…dah tentu ada bakat menuis lirik…peram dulu tengok2 kot ada pengarah malaysia yg berminat nak buat citer cam nih…kalau diorang tak duk buat citer pasal bohsia/merempit la kan…

    Industri filem Malaysia…hancing!!!

    Tajuk yg ala2 fighting ada la…”Tombak dolah pulang ke peah”…tapi citer??..leleh jugak…adus…

    Comment by yeopbeast | March 15, 2010

  3. Merantau memang best, tapi ending dia aku kurang berkenanlah….sepatutnya hero tak mati leh buat merantau 2 lepas nie….tulah omputih yang buat filem tentang silat so dorang tak nak kalah lah jugak so dorang bagi seri.

    Comment by Raiders | March 23, 2010


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: