yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

jamuan Perdana SU3

Adoi mak…lama giler dah tak menulis kat blog aku nih…masa cukup cemburu dengan aku…ditambah lak PC kat rumah kong…adeh…menanah rasa…errr…ada sesapa nak jual notebook murah2 tak?…contact aku…ehehehehehe…

Okeh…aku nak citer sket pasal jamuan perdana yang baru berlansung kat tempat tinggal aku ni sabtu lepas (12/12/09). Sedikit sejarah jamuan perdana ni…bermula tahun lepas…setelah setahun taman perumahan Saujana Utama 3 dibuka…apabila penduduk dah semakin ramai…bond sesama jiran dah makin kuat…terjah menerjah dah jadi kelaziman…maka timgul lah idea untuk buat jamuan sempena menyambut Hari Raya…kebetulan pada tahun tu Deepavali pun tarikhnya lebih kurang dekat jer dengan tarikh Raya, so AJK decide buat jer la jamuan besar-besaran untuk penduduk yg berbilang kaum nih. Atas sebab2 akidah, jamuan Deeparaya telah ditukar ke Jamuan Perdana. So bermula la tradisi Jamuan Perdana yang insyaAllah akan diteruskan sambutannya setiap tahun.

Seawal 8 malam penduduk telah mula membanjiri khemah2 yang dipasang. 10 khemah kalau tak silap. Petugas2 kaunter makanan mula sibuk dengan hidangan masing2. Jalan kitorang mcm biasa la…handle kambing & cha kuey tiaw…berpeluh ketiak Abg mat Noor & Jep…ehehehehehe….

Upacara bermula dengan bacaan doa oleh Haji Rusmin diikuti ucapan pembukaan oleh Tuan Pengerusi Persatuan Penduduk SU3, En. Azman. Selesai ucapan majlis dimeriahkan dengan pentunjukan bunga api yang dikendalikan oleh Abg Saidi. memang meriah beb, mengalahkan sambutan tahun baru kat KLCC…ehehehehehe….

Pelbagai persembahan daripada penduduk menyusul…dari kanak2 taska sehingga ke bapak2 & ibu2 turut memeriahkan majlis. Seterusnya sampailah acara yang aku tunggu2…persembahan pakaian beragam kanak2…Munaa & Mu’az pun masuk..

Mu’az memperagakan persalinan Pendekar Melayu…riuh semua org bila Mu’az naik pentas…anak Yeop woi…anak Yeop tuh…ehehehehe….aku tersengeh jer ler….Mu’az lak siap bersilat lagi kat atas pentas tuh…itu yang gamat semua orang tuh….

Ni pulak anak aku yang sulung…Munaa…memperagakan pakaian ala2 arabian knight gitu…ehehehehe…woi anak Yeop tuh….ahahahaha..Walaupun Munaa tak menang pertandingan pakaian beragam ni tapi dia cukup sporting gi cakap tahniah kat Mu`az yg dapat no 2.

Hampir pukul 12 acara rasmi tamat…maka acara tak rasmi iaitu mengemas pun bermula…sesambil mengemas biasa la…karaoke & sesi bergambar…ehehehehe…pas tu kitorang lepak minum kat maju ahmad…macam tahun lepas jugak ler…AJK tak sempat makan…makan kat mamak jer ler…tapi puas hati tengok perjalanan program….insyaAllah…harap tahun depan lebih meriah….

January 11, 2010 - Posted by | Uncategorized

2 Comments »

  1. Happening betul ur kawasan perumahan

    Comment by yamecome | January 14, 2010

  2. Ehehehehe…syukur alhamdulillah…setakat ni semangat kejiranan masih menebal…tu yang ramai nak pindah SU3 tuh…

    Comment by yeopbeast | January 15, 2010


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: