yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Aku dah tue…ishk….

Syukur Alhamdulillah…hari nih genap 34 tahun aku hidup…it’s my birthday…thanks to family members & friends for the wishes…

Honey, Munaa, Mu’az & Marwan buat birtday card utk aku…nanti sempat aku upload gambo….nice….

Memandangkan aku ada sedikit urusan di kampung…malamnya baru dapat keluar makan2 sambil celebrate birthday aku kat Melody Cafe…org tak ramai…cepat sikit dapat makanan….

Jeng…jeng…surprise birthday cake…hasil seni jiran & jugak best friend kitorang…usahawan kek…Puan Emma…thanks Emma….sedap kek ngko nih…nanti anniversary aku tempah yg lagi besor…ehehehehe

Me & my precious kids…Marwan yg paling tak sabo nak potong kek tuh…nak main jer sebenarnyer tu…

Thanks Honey for the surprise kek…best nyer…coklat…coklat…coklat…ehehehe

Dah tua…esok aku baru nak muhasabah sejauh mana aku dah prepare…yes…ramai org lupa…tujuan kita hidup ni sebenarnya untuk mati…setakat mana persediaan aku?…malu nak citer…insaf aku…insyaAllah…start hari nih kena kuatkan azam…luangkan lebih masa untuk buat pelaburan kat sana…masa tuh ASB ke..ASN ke..ASW ke tak guna…takut lak rasanya…

January 30, 2010 Posted by | Uncategorized | 1 Comment

Mu’az dah skolah…

4 January lepas aku cuti…nape?…La…kan first day skolah tuh…Munaa tak per la dah darjah 3…so tak ler risau sangat pasal dia…tapi Mu’az…hari ni merupakan hari penting bagi dia…permulaan bagi suatu ‘fasa’ baru…Mu’az dah skolah….

Munaa on her first day as a standard 3 student…dah besar anak sulung aku nih…errr…maknanya aku dah tua la eh…adessss…

Mu’az kat depan rumah sebelum ke sekolah…muka cam confident jer…ok kot ni…ehehehehe…

As usual…full support from the whole family…

Sekali lagi…muka confident depan skolah…I come in peace…unless you pissed me off…ghahahahaha…

Mu’az skolah rajin-rajin tau(bapak ngko nih dulu kaki ngulor…jgn kuah tumpah ke nasi udoh ler…thehehehe)

Ha tengok tuh…Adip ngan Irfan pun ade lah…Dua org nih anak jiran depan & sebelah rumah aku…kira teman sepermainan Mu’az ler…so ada gang nih ok kot….

Mu’az masuk kelas yer…Ayah ngan Ibu tengok dari luar…”okey”…jawapan kelat anak aku…eh…semacam jer Mu’az ni…aku biorkan ajer…sekali time kitorang nak gerak tuh Mu’az tak nak pandang…biasa perangai dia kalau dia nak nangis dia tamo aku nampak…dia malu…tak jantan la anak Yeop nangis…betul la…aku tengok dia nangis lak…adeh…pesal nih?…jgn la takut nak skolah…kata aku sambil menahan hembusan nafas yg semakin kencang meluru kluor ikut idong nih…hins…hins…nak marah nih…”Mu’az bukan takut nak skolah…Mu’az cuma sedey jer sebab nanti ayah ibu tak der kat sini…” La pulak…dah skolah namanya…mmg la ayah ibu tak leh duk sini…ayah ibu ngko nih dah skolah la dulu….ehehehe…nasib baik tak sampai 2 minit dia nangis…pujuk sikit ok ler…Hari berikutnya?….he’s looking forward to go to school……

“Man…ayah tak ada harta nak bagi kat Man & adik2…tapi ayah jugak tak sanggup nak tengok anak2 ayah susah macam ayah…apa yang ayah mampu buat cuma hantar Man & adik2 pegi sekolah…ilmu aje lah harta yg ayah boleh usahakan..itupun bergantung pada Man adik beradik…belajar la rajin2 ye…”

Hari ini…aku perturunkan pesan yg sama pada anak2 aku…pesan arwah Ayahanda yg menjadikan aku siapa aku sekarang….

January 30, 2010 Posted by | Uncategorized | 2 Comments

jamuan Perdana SU3

Adoi mak…lama giler dah tak menulis kat blog aku nih…masa cukup cemburu dengan aku…ditambah lak PC kat rumah kong…adeh…menanah rasa…errr…ada sesapa nak jual notebook murah2 tak?…contact aku…ehehehehehe…

Okeh…aku nak citer sket pasal jamuan perdana yang baru berlansung kat tempat tinggal aku ni sabtu lepas (12/12/09). Sedikit sejarah jamuan perdana ni…bermula tahun lepas…setelah setahun taman perumahan Saujana Utama 3 dibuka…apabila penduduk dah semakin ramai…bond sesama jiran dah makin kuat…terjah menerjah dah jadi kelaziman…maka timgul lah idea untuk buat jamuan sempena menyambut Hari Raya…kebetulan pada tahun tu Deepavali pun tarikhnya lebih kurang dekat jer dengan tarikh Raya, so AJK decide buat jer la jamuan besar-besaran untuk penduduk yg berbilang kaum nih. Atas sebab2 akidah, jamuan Deeparaya telah ditukar ke Jamuan Perdana. So bermula la tradisi Jamuan Perdana yang insyaAllah akan diteruskan sambutannya setiap tahun.

Seawal 8 malam penduduk telah mula membanjiri khemah2 yang dipasang. 10 khemah kalau tak silap. Petugas2 kaunter makanan mula sibuk dengan hidangan masing2. Jalan kitorang mcm biasa la…handle kambing & cha kuey tiaw…berpeluh ketiak Abg mat Noor & Jep…ehehehehehe….

Upacara bermula dengan bacaan doa oleh Haji Rusmin diikuti ucapan pembukaan oleh Tuan Pengerusi Persatuan Penduduk SU3, En. Azman. Selesai ucapan majlis dimeriahkan dengan pentunjukan bunga api yang dikendalikan oleh Abg Saidi. memang meriah beb, mengalahkan sambutan tahun baru kat KLCC…ehehehehehe….

Pelbagai persembahan daripada penduduk menyusul…dari kanak2 taska sehingga ke bapak2 & ibu2 turut memeriahkan majlis. Seterusnya sampailah acara yang aku tunggu2…persembahan pakaian beragam kanak2…Munaa & Mu’az pun masuk..

Mu’az memperagakan persalinan Pendekar Melayu…riuh semua org bila Mu’az naik pentas…anak Yeop woi…anak Yeop tuh…ehehehehe….aku tersengeh jer ler….Mu’az lak siap bersilat lagi kat atas pentas tuh…itu yang gamat semua orang tuh….

Ni pulak anak aku yang sulung…Munaa…memperagakan pakaian ala2 arabian knight gitu…ehehehehe…woi anak Yeop tuh….ahahahaha..Walaupun Munaa tak menang pertandingan pakaian beragam ni tapi dia cukup sporting gi cakap tahniah kat Mu`az yg dapat no 2.

Hampir pukul 12 acara rasmi tamat…maka acara tak rasmi iaitu mengemas pun bermula…sesambil mengemas biasa la…karaoke & sesi bergambar…ehehehehe…pas tu kitorang lepak minum kat maju ahmad…macam tahun lepas jugak ler…AJK tak sempat makan…makan kat mamak jer ler…tapi puas hati tengok perjalanan program….insyaAllah…harap tahun depan lebih meriah….

January 11, 2010 Posted by | Uncategorized | 2 Comments