yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Kenangan bersama Yong…

30 Oktober 2009, genap sebulan Yong ‘pergi’ meniggalkan kami sekeluarga…ada ketikanya aku masih mcm tak percaya dengan apa yang dah berlaku…rasa cam semua tuh mimpi jer…tapi hakikatnya mmg Yong dah pergi buat selama-lamanya…Allah lebih sayangkan Yong…yang tinggal kini cuma kenangan kami adik beradik dengan arwah…cuma gambar & memori yg terpahat di hati kami sahaja dapat melepaskan kerinduan kami pada Yong.

DSC00721

Aku & Yong dalam bot. Arwah Ayah yg tengah bawak bot tu..kat tepi tu pulak arwah Haji Ramly…bekas ketua kampung. Arwah ayah selalu bawak aku ngan Yong naik bot ronda2 kat sungai kampung aku tuh…biasanya kalau ayah dah pakai talipinggang peluru tuh nak gi memburu la tuh…seronok sangat…yang kat dalam gambar ni cuma aku sorang je la yang masih hidup….

singaAku pernah post gambar nih dulu. Disebabkan jarak umur aku ngan Yong cuma setahun sebulan jer…kami selalu di ingat kembar..itu yang bila arwah ayah beli baju sama, ayah bawak kitorang pegi ambik gambo kat studio…masa nih kami antara budak2 yg awal bergambo kat studio ngan singa tuh…baru je sampai singa tu kat kedai gambo…kira aku ngan Yong la yang rasmikan…ehehehe…

DSC00722

Ni lak gambo aku ngan Yong masa Abang, Kak Ja & Kak Ma kawin…masa tuh kenduri rumah kitorang yg paling meriah sebab 3 beradik kawin serentak…ni malam berinai la nih…kat kampung aku kalau malam berinai ada marhaban sekali…tengah duk marhaban bila sampai satu part semua orang pakat melompat…berebut bunga rampai yg bergantung tuh (nak tau apa bende bunga rampai refer balik kat post aku pasal kenduri kawin Are hari tuh)…

DSC00723

Ni gamba kami 7 beradik…masa nih aku tengah belajar kat UTM…Are & Adik Ya duk sekolah lagi…Yong nampak berisi sikit masa nih…kami gi berkelah kat lata air bo….dulu masa masing2 belum berkeluarga kerap jugak kami buat aktiviti sama2..tapi lepas masing2 dah sibuk ngan keje & family, jumpa time raya setahun sekali je la…insyaAllah bila aku jumpa lagi gambo2 yg lain aku akan add kat post ni…Al-Fatihan buat Yong…semoga Allah mengampuni segala dosa2 nya yang lalu…

October 30, 2009 - Posted by | Aku & Sesuatu

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: