yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Kembalinya Kekandaku…

Tengahari selasa 29/9/09 Adik call aku…dia kat hospital Kuala Kangsar katanya. Mulanya aku ingat dia bawak Mak…rupa-rupanya dia bawak Yong…kakak aku…

“Yong jadi sesak nafas…badan dah bengkak2 habis dah”…kata adik aku. Aku suruh dia update kalau ada ape2 hal nanti. Petangnya adik hantar message kata Yong kena transfer ker hospital Taiping sebab kat Kuala Kangsar tak de pakar jantung…so aku pun call Kak Ma mintak dia tolong tengok-tengokkan…

Malam Adik call sambil menangis-nangis…ramai doktor tengah attend Yong kata dia…tadi jer duk elok lagi…Yong mintak dia turun beli air labu kundur…tak sampai sepuluh minit dia tinggal Yong jadi macam tuh..makin tak clear butir cakap adik aku sebab dia duk cerita sambil menangis…aku terus decide nak balik…pukul 12 tengah malam aku gerak dari SU3. Sepanjang perjalanan tak putus2 aku berdoa semoga Allah meringankan penderitaan Yong…dulu masa arwah Ayah tenat aku cam nih jugak…tengah atas highway dengan motor memecut balik…tapi tak sempat jugak aku nak jumpa arwah…masa aku sampai Ayah dah meninggal….

Beberapa kali aku berenti kat hentian rehat…lelap mata kejap…daripada aku drive dalam keadaan mengantuk lebih baik aku singgah tidur kejep…nasib baik anak2 semua tak meragam. Mulanya aku nak tinggalkan jer Honey & anak2…tapi Honey cakap kalau apa2 jadi kat Yong cam mana diorang nak balik…betul jugak…tu yang aku angkut semua tuh….

Pukul 4:30 pagi kitorang sampai kat Hospital Taiping…Yong dah dimasukkan ke ICU…menitik air mata aku bila tengok keadaan Yong macam tuh…memang aku tahu Yong tak sihat…dia ada Tyroid..aku tahu jantung dia ada problem sikit tapi aku tak sangka la sampai tahap kritikal macam nih…aku tanya Doktor yg duk standby kat ICU tuh…”She is under critical condition. Now it is 100% machine support…to be honest…chances for her to recover is very slim”…

Perit aku nak terima penjelasan doktor tu…baru jer miggu lepas masa raya kitorang duk gelak sakan adik beradik…kakak aku nih tua setahun sebulan jer dari aku…22/12 nanti baru masuk 35 tahun…disebabkan kitorang lahir jarak dekat so Yong duduk dengan Opah…sebab tu la aku sayang sesangat Yong aku nih….start dari bulan 5 masa Are kenduri dia dah balik duk ngan Mak kat kampung…dia tak berapa sihat….masalah Yong aku nih dia jenih kalau kita tanya…”aku dah gi hospital la…tak der apa nih…sehari dua lagi baik la nih”…dia jenis yg tamo menyusahkan adik beradik…itu yg aku rasa ralat sesangat…

Rabu, 30/9/09…keadaan Yong tak berubah…masih ditahap kritikal…semua adik beradik dah ada kat hospital..pukul 3 aku balik rumah Kak Ma tido jap…penat sangat…pukul 6 Honey kejut ajak gi tengok Yong…berat betul mata aku nih…tapi aku gi jugak la memikirkan Honey tak jumpa lagi…Pukul 7:10 petang Honey call cakap doktor nak jumpa kitorang adik beradik…

Jantung Yong berhenti berdegup…doktor terpaksa buat CPR…nadi ada balik tapi lepas 15 second jantung berenti lagi…doktor tanya pendapat kitorang…dia cakap keadaan Yong dah makin tenat…dia boleh terus buat CPR tapi jantung tak boleh maintain berdegup….dalam erti kata lain kalau ikutkan zahirnya Yong dah tak der la. Aku mintak doktor buat buat CPR untuk kali terakhir…

Tepat 7:20 petang doktor ishtiharkan yang Yong telah menghembuskan nafas yang terakhir…tengah doktor buat CPR tuh jantung terus berhrnti berdegup…Yong aku dah kembali ke sisi Ilahi…aku tak mampu menahan airmata aku lagi…Yong dah tak der…Yong dah tak der…seluruh ruang menunggu ICU dipenuhi bunyi tangisan saudara mara dah sahabat handai…Mak pengsan bila Ayah Chik maklumkan tentang berita tu..jenuh jugak kitorang…Taqreez anak Yong berusia 12 tahun…dia tak meraung…cuma tunduk dah air mata nampak menitik…mungkin dia dah jangka Ibunya akan pergi…Ayah dia meninggal accident masa usia dia sebulan lebih…ini ibu pulak…yatim piatu la anak sedara aku tuh…tak mungkin aku akan biarkan dia macam tuh…Taqreez akan duduk dengan aku…aku waris paling dekat…lagipun masa nak balik ke KL raya itu hari aku salam dah peluk Yong cam biasa…sesambil tuh aku pesan la suruh dia tengok2 kan Mak dan Adik…’InsyaAllah…selagi aku ada hayat…aku pun nak mintak tolong satu bende…tengokkan anak aku..”…masa tuh aku tak la perasan apa sgt sbb mmg selama ni aku la yang duk tengok2kan dia dan Taqreez…rupanya dia dah tahu dia tak lama lagi agaknya…dia dah amanahkan Taqreez kat aku….

Aku mintak Are bawak balik Mak & Adik untuk siapkan rumah. Setelah selesai urusan dokumentasi kat wad aku ikut jenazah dibawa turun ke bilik mayat. Pukul 9 lebih baru van jenazah sampai…Mak Nyah & Taqreez ikut sekali van jenazah tu. Kul 10 lebih sampai Lenggong. Bertalu-talu SMS dan panggilan talifon yg aku dapat dari kengkawan….terima kasih semua…

Khamis 1/10/09…jenazah Yong selamat di kebumikan di tanah perkuburan Kampung Temelong Lenggong Perak. Terima kasih kepada sahabat2 yang telah mengadakan bacaan tahlil dan kenduri arwah di surau SU3…terima kasih kepada sahabat2 yg mengirim SMS & menalifon mengucapkan takziah…terima kasih kepada individu2 yg bermurah hati menghadiahkan dana pelajaran untuk anak arwah…semoga Allah mengampunkan segala dosa kekandaku Anum Binti Abdul Talip…semoga rohnya ditempatkan bersama orang2 yang diredhai…insyaAllah….

Yong1

Anum Binti Abdul Talip a.k.a Yong, Wah, Ata….

(22 December 1974~30 September 2009)

October 6, 2009 - Posted by | Aku & Sesuatu

8 Comments »

  1. Takziah buat Yeop dan keluarga. Sesungguhnya kasih sayang Allah SWT terhadap Yong lebih besar daripada kasih sayang seluruh ahli keluarganya, sebab itu Allah ambil Yong untuk kekal berada disisiNya. Sesungguhnya hidup itu Benar, Maut itu Benar, barzakh itu Benar, dan Yaumil mahsyar itu Benar. ALFATIHAH buat Anum binti Abdul Talip.

    Comment by Mohar | October 6, 2009

  2. 1. Takziah saya ucapkan
    2. Byk bersabar
    3. Moga rohnya dikalangan ahli soleh

    Comment by yamecome | October 6, 2009

  3. Terima kasih….
    Kehilangan Yong agak perit untuk diterima mungkin kerana umur yg masih muda…Allah lebih mengetahui…kami redha….mungkin jugak semua ni ujian untuk tengok sejauh mana saya mampu untuk jalankan tanggungjawab saya pada keluarga….

    Comment by yeopbeast | October 8, 2009

  4. Takziah Yeop..aku baru tau bila baca N3 ni..alfatihah untuk arwah..semoga rohnya dicucuri rahmat berpanjangan.

    Comment by Sally | October 8, 2009

  5. sedih pulak saya baca pasal yong nih …tapi Menitik pulak air mata nih bila ada pulak nama anak Yong ..Tazreeq…besday yong pulak sama pulak ngan besday my baby son 22/12. Abg Yeop.. apa cite anak Yong ..?? sapa jaga??besar pahala jaga nak yatim piatu nih …

    Comment by cat | November 24, 2009

  6. al-fatihah..baru tahu news..

    kali terakhir saya jumba kak yong dgn suaminya di perlis ..

    Comment by malisa | December 9, 2009

  7. Salam…

    Zainal Taqreez sekarang ni akan bersekolah diasrama SMDA. Walaupun cadangan asal nak bawak sekolah kat KL tapi adik beradik yang lain mintak maintain kat Lenggong sebab senang orang lain nak jengok…amanah arwah Yong agar aku yang jaga Taqreez…insyaAllah, aku akan jaga dia…lagipun dari kecik lagi dia dah kehilangan ayahnya…so mmg dari dulu pak2 sedara ni la yang jadi ganti…

    Malisa..
    Boleh tahu siapa ni?

    Comment by yeopbeast | December 16, 2009

  8. sy ni kira mcm adik angkat yong..kenal masa yong kerja di alpha guard..
    satu ketika lost contact then jmpa balik yong dgn suami barunya di perlis.

    Comment by Malisa | December 31, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: