yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Kad Hari Bapa

Lepas sehari ke sehari aku nak tulih pasal kad yg anak sulung aku bagi kat aku masa hari bapa dulu…Munaa ni dia mmg jenis suka la appreciate bende2 special ni…birthday…anniversary…father’s day…mother’s day…dan dia biasanya akan hasilkan kad dia sendiri…minat dia pun mmg melukis…kalau aku beli buku lukisan tuh mmg kejap jer buleh penuh…siap buat cerita komik lagi…ehehehehe…

DSC00339

Ni muka depad kad yg munaa buat untuk aku…kalau korang perasan dia lukis gambo aku tengah ‘hayun’ dia kat taman permainan…ala…macam cerita Titanic masa Kate Winslate ngan Leo De Cap tengah menari tuh la…kat sebelah pulak dia lukis gambo princess…nak menggambarkan yg dia sekarang ni dah besor…dah semakin meningkat dewasa…

DSC00340

Yang ni lak bahagian dalam kad…dia siap lukis keadaan masa dia lahir kat spital…ada gambo kartun aku tengah dukung dia masa lahir dan kartun yg terbaring tuh wife aku la tuh…ehehehehe….

“Engkaulah yang terbaik”….itu antara ayat yg Munaa tulis kat kad nih…syahdu sikit bila aku baca ayat tuh…syahdu bila mengenangkan yg aku tak pernah tulis bende yg sama kat ayah aku…apatah lagi nak cakap…ayah seorang yang agak garang…so rasa kekok la sikit nak bermanja dgn Ayah…tapi kalau time aku demam, mmg Ayah la duk jaga sampai tak tido malam…”Hidup kita ni biarlah ada makna…kalau bukan untuk diri sendiri pun biarlah bermakna buat orang lain”…itu kata2 Ayah masa duk boh ubat luka kat belakang aku yg bebirat…kena rotan ngan Ayah…

Dulu aku tak paham maksud kata2 tuh…maklum la…tengah sakit…hati tengah panas…bebudak lagi lak tu…tapi sekarang aku tau yg Ayah sebenarnya tamo aku duk merayau keliling kampung buang masa….Ayah nak aku belajar betul2…Ayah nak aku jadi somebody…baru aku sedar yg aku nih sebenarnya amat bermakna buat Ayah…aku sayang Ayah aku…kalau lah arwah masih ada….

Masa dah berubah…zaman sekarang anak2 berhadapan dengan pelbagai dugaan dunia luar, tugas mendidik anak2 semakin mencabar. Aku akan cuba buat yang terbaik untuk memastikan anak2 aku membesar jadi insan yg berjaya dunia dan akhirat…InsyaAllah….terima kasih Munaa…ayah sayang kan Munaa & adik2…

IMG05944

August 14, 2009 - Posted by | Aku & Sesuatu

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: