yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Are dah kawen….

Tanggal 29 Mei 2009, adik lelaki aku Talha (Are) telah selamat diijabkabulkan di masjid Kampung Luat. Majlis akad nikah dihadiri sanak saudara kedua-dua belah pihak. Are nih kawen ngan markha dia zaman skolah….Alhamdulillah jodoh diorang…

IMG06026

Majlis ‘membatalkan air sembahyang’

IMG06028

Tengaharinya kenduri dirumah pengantin perempuan. Meriah dengan adik beradik yg bertandang. Kebetulan orang Kg Luat dengan org Kg Temelong mmg ramai yg bersaudara.

080Mempelai berarak ke pelamin

094Ibunda tercinta menepung tawar kedua pengantin

Petangnya kenduri kat rumah aku dah bermula. Kat Kg aku ada sesuatu yg cukup unik menjelang malam kenduri. Nampak tak segala macam keropok 7 gula2 yg bergantung tuh…haaa…acara nih dipanggil ‘rabut bunga rampai’…semasa sesi marhaban…time dah dekat2 nak ujung tuh semua org pakat melompat (kalau syiling tinggi la)…ambik semua yg duk bergantung tuh…ehehehehe…zaman aku bebudak dulu mmg saat ni la yg kitorang duk tunggu2 tunggu…dalam byk2 bende duk bergantung tuh biasanya ada satu yg ada isi duit…kengkadang RM50 tuh…ahahahaha…tu yg tak pernah miss join tuh…secara tak lansung acara nih dapat menggalakkan budak2 belajar marhaban…bagus jugak politik org2 lama Kg aku nih…

109Ni kalau syiling rendah tak yah la lompat…benjol karang…ehehehehe…

129

Aku ditugaskan untuk jadi penyambut tetamu…maklum la…Ayahanda dah takder…aku sebagai pengganti arwah Ayah untuk menjemput para tetamu makan…tapi apakan daya…bila pengantin sampai aku dah tak mampu nak tahan diri dari ber ‘Lela Sembah”…ehehehehe…kalau kenduri org lain buleh bersilat tak kan adik sendiri kawin tak bleh bagi penghormatan yg sama…tak gitu?

143Tu dia…sesi makan beradap…punya la besor suapan tuh…jenuh la Ida nak kunyah Are oi…ehehehehehe….Ishk…teringat masa aku kawin dulu…errrr…tapi time tuh makan bersila la..senak gak la perut…thehehehehehe….

161

Syukur Alhamdulillah…kenduri berjalan dengan lancar…harapan aku agar perkahwinan Are & Ida dirahmati Allah…semoga bahagia hingga ke akhirat…insyaAllah…

August 4, 2009 - Posted by | Aku & Sesuatu

2 Comments »

  1. macam biasa ku lihat langkah silat tu yek?? tapi di mana yek??

    Comment by hairol | August 7, 2009

  2. Muahahaha…tangan dah menggeletor tak bleh tahan la kawan…wehhh…malam nih aku gi mancing kat Pahang…so sapa jer yg ada Sabtu nih?…

    Comment by yeopbeast | August 7, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: