yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Ip Man…penyelamat maruah filem martial arts…

Ip Man – Lagenda Wing Chun

ipman
 

Lama dah sebenarnya aku tengok citer Ip Man nih…tapi masa tak berapa nak mengizinkan untuk aku share my thought on this film. Biasanya aku maleh nak layan citer2 kung fu nih selain dari citer Bruce Lee, Jackie Chan atau Tony Jaa. Sebab?…fight scene byk yg tak real..terbang sana sini…baik tengok citer Superman…dah tentu kita tau tuh citer fiction. Citer nih memang best. Bagi aku citer Ip Man nih merupakan penyelamat kepada filem2 martial art yg makin merapu kebelakangan ni. Ip Man adalah berlandaskan kepada kisah hidup lagenda Wing Chun. Beliau Merupakan guru kepada Bruce Lee. Filem ini diarahkan oleh Wilson Yip manakala choreographer untuk adegan lawan ialah Sammo Hung, rakan sekelas Jackie Chan yg memang cukup terkenal. Ip Chun iaitu anak Ip Man pula bertindak sebagai konsultan kepada penggambaran filem ini. 
 
 

ipman1
 

Kisah berkisar sekitar tahun 30-an & 40-an ketika Jepun menjajah China. Filem ini menghidangkan semangat kekeluargaan & setiakawan yg tinggi. Donnie Yen Berjaya membawa watak Ip Man dengan cukup baik. Biasanya kalau kita tengok filem kung fu, master mesti lah garang, King Control dan sebagai nya tapi dalam file mini jaguh kung fu nampak mcm takut bini jer sikit…ehehehehehe…Didalam filem ini Ip Man digambarkan sebagai seorang yg lemah lembut, penyayang (scene suap ubat kat bini ), bersopan santun namun dalam masa yang sama mempunyai daya juang & semangat yg cukup kental. Apapun yg paling best dalam filem nih ialah dia punya ‘fight scenes”….perghhhhh….bunyi penumbuk dia cam machine-gun…dasyat…
 

ipman2

 
Kenapa aku berminat untuk tengok citer nih? Obviously sebab konsep Wing Chun & Sendeng adalah hampir sama; “Practicality, efficiency & effectiveness”. Secara matematiknya jarak yg paling singkat diantara 2 titik ialah satu garisan lurus. Berdasarkan kepasa konsep inilah setiap serangbela adalah berbentuk “linear”. Ini membolehkan kita untuk mematahkan serangan lawan dengan lebih pantas. Falsafah Wing Chun “gunakan 4 tahil untuk megalihkan 100 kati” menggambarkan bagaimana sejumlah tenaga yg kecil jika digunakan dengan teknik yang betul akan dapat menghasilkan kekuatan yg cukup hebat.
 

ipman3 

Macam aku cakap tadi aku suka tengok citer nih berulangkali sebab konsep dia sama dengan Sendeng. “The best defense is to attack”. Sendeng menekankan konsep mendahului serangan pihak lawan. Sambil menepis kita memukul. Tangan itu yang menepis, tangan itu jugalah yg memukul. Bak kata orang putih, ‘use an offensive techniques that provide defense’. Chewahhhh…ehehehehehe…
 
Berikut antara falsafah didalam pembelajaran Sendeng;
 
“Yang  memukul itulah di pukul,
Yang menyerang itulah yang diserang,
Yang menyakitkan itulah yang disakitkan”
 
“Gerak engkau gerak aku,
mula engkau aku tiba,
langkah engkau gayang aku,
serangan engkau makanan aku.”
 
“Kalau dia datang sekati kita beri dia dua kati.Dia
datang sepikul, jatuh dua pikul, kita sepikul dia
sepikul.”
 
“Gerak Gayang Pantas Berani”
 
“Capai sebelum sampai dan bunuh sebelum hidup”
 
 
Persoalannya….bila nak ada cerita Silat? Kita sendiri tak kurang dengan tokoh2 terkenal yg berjuang untuk kelangsungan hidup bangsa kita. Kita ada Panglima Salleh, Tok Janggut, Mat Kilau, Pawang Nong dan ramai lagi tokoh2 silat yg telah berjuang untuk tanah air. Seingat aku cerita silat yg paling best setakat nih Keris Hitam Bersepuh Emas & Pendekar Kundur. Aku harap ada pihak yg nampak potensi untuk menghasilkan filem2 silat dimasa akan datang….tapi siapa?

March 20, 2009 - Posted by | The Arts Of Fighting

5 Comments »

  1. Saya dah tengok and best

    Comment by yamecome | March 23, 2009

  2. yeop ada dvd dia ke?? leh aku pinjam

    Comment by hairol | March 23, 2009

  3. sapa nak buat cerita silat? Pengarah mana yg nampak ada kecenderungan ke arah tu kat M’sia ni?? Yg hebohnya buat cerita cinta meleleh tak habis2, cerita seram yg dah makin menjadi2, cerita psl mat rempit yg langsung takde teladan dan nilai baik yg ditonjolkan, cerita lembab giler yg asyik menonjolkan adegan2 dan cara hidup yg makin menjelikkan!

    Comment by Mazny | March 30, 2009

  4. Yeop ni ada background sendeng? He,he,he,he….kita sama2 berminat walaupun bukan aliran yang sama. Apa2 pun industri perfileman negara kita masih tahap cipan nak cerita yang gempak. Lebih2 lagi dalam bentuk aksi dan adegan fighter yang mantop macam negara jiran kita.Konsep Sendeng lebih kurang sama dengan Lian. Lebih2 lagi bila ada gayang dalam permainan.Lian plak berasal dari Yunan,China. Langkah permainan dalam citer ni tak banyak beza daripada langkah Lian bagi aku la…. Konsep,taktik dan teknik serupa dalam permainan. Cuma cara pukulan guna kaedah gayang. Beeeeerkh! memang melayang.

    Comment by Kalam | April 21, 2009

  5. Assalamu’alaikum Kalam. Maaf lama tak bukak blog nih…keje makin melambak…ehehehehe…

    Kalau tak keberatan boleh kita berkenalan lebih lanjut…since that kita mempunyai minat yg sama…elok benar kalau dapat berjumpa berborak sambil mengeteh… Lima tahun aku tinggal kat Johor…memang ramai yg mahir buah pukul..so sedikit sebanyak dapat jugak la belajar sebijik dua dari kengkawan…Kalam tinggal kat mana? Kalau free contact la..019-3439119…

    Comment by yeopbeast | May 7, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: