yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Wayang…after almost 10 years…

Pergh…dah hampir sepuluh tahun aku tak tengok wayang…lama tuh…mmg dari dulu aku mmg bukan jenis kaki wayang. Bebaru nih kebetulan aku tak keje…so saje la bawak Honey ngan bebudak gi jejalan. Asalnya nak gi Ikea (tempat peberet wife aku nih…ehehehehe…tengok2 jer biasanya…) sekali last minute tukor plan…terus singgah cineleisure…aku rasa ini la masanya aku nak reward anak2 yg selama nih duk behave. Nak tau kitorang tengok citer ape?…haaaaaa…tuh kat bawah….betul…betul..betul…thehehehehe…

Masuk jer panggung dia tengah tayang iklan…”Yang ini kat rumah pun kita boleh tengok ayah”…selamba Mu`az sound aku…ehehehehe..aku sajer nak surprise kan diorang…aku tak cakap nak tengok citer nih…so berdebar-debar la diorang tunggu. Cam aku cakap tadi…dah agak lama tak masuk panggung…boleh tahan gak ler bingit telinga ngan sound yg kuat tuh.

Lepas habih iklan dia mula tayang sedutan filem2 yg bakal ditayangkan tak lama lagi…memula tunjuk sequal transformer…pas tuh latest sequel terminator…anak2 aku lepak lagi…sekali dia tunjuk sedutan filem “jangan tegur”…perghh….menjerit la anak2 aku…errr…ngan aku2 sekali pun cuak gak…ehehehehe…Rata2 org yg datang hari tuh bawak anak2…so secara peribadi aku rasa sedutan tuh tak sesuai la…takut bebudak tuh. Aku pun tak paham la Malaysia nih…dulu kemain lagi heboh ban sana sini filem2 unsur hantu nih…sekarang nih bercambah lak genre cam nih dihasil kan…mana filem silat? Bukan kah sepatutnya filem boleh kita gunakan untuk memupuk rasa kecintaan terhadap budaya & hak bangsa kita? Ada berapa juta pengamal silat kat Malaysia nih…tak cukup lagi ker untuk bukak mata penerbit tentang potensi filem2 silat?…ada la sikit…PGL…itu pun babak kat pasar jer silat…yg lain tuh semua nyer adegan gaduh ala2 jet li…

Berbalik kepada upin ipin nih…aku sebenarnya tumpang bangga…first filem anamasi tempatan yg berkualiti…jgn la bandingkan dengan filem2 anamasi keluaran Pixar atau disney…mmg la belum sampai tahap tuh…tapi kena ingat…everything begin with the first step…bangga aku tengok nama anak2 muda kita yg buat filem animasi nih…

Ade adegan tiru mcm king kong?  Lawak slapstik? Adegan kejar2? Tak yah sentuh pasal stereotype ke hapa…yg tuh tak penting..Dari segi jalan cerita aku rasa mungkin agak berat sikit untuk level anak2 nak enjoy scene kena kejor ulor tuh. Tapi anak2 aku cukup enjoy tengok gelagat upin ipin berceloteh. Cuma tang Sally @ Salleh tuh diorang tak paham la gamaknya…mak bapak yg duk gelak time tuh.

upinipin

Apa babak yg aku paling tak leh lupa? Ha…korang tengok time Tok Dalang…Mak Uda & Bapak Rajoo nak menggelungsur turun bukit tuh…ehehehehe…mencuit hati…itu sebenarnya yg hilang apabila kita bertambah usia…kita lupa nak enjoy diri kita…kita lupa nak enjoy hidup kita…kita makin serius mengejar tuntutan kehidupan sehingga mengabaikan perasaan sendiri…kita lupa yg kita nih pernah ada sifat ‘anventure’ yg cukup tinggi…bekalan dari zaman kanak2…kita lupa untuk explore potensi diri kita…kita takut mencabar keupayaan diri sendiri..

Yup…I just wanted to reward my kids…but hey..at the end of the day I am the one who learnt something very valuable..at least that’s how I interpreted that particular scene…again kudos to those involved in this film…this is just the beginning…hope there will be sequels….

March 19, 2009 - Posted by | Activities

2 Comments »

  1. yup…cerita upin-ipin ni mmg boleh bagi bintang jugaklah pada animasi made from Malaysia..masa kami pergi tonton..Sara takut sgt time ular besar tu kejar..siap suruh sy peluk dia kuat-kuat…effect dia kiranya agak berjaya jugak lah..bravoo pada Les Coppaque…

    Comment by Sally | March 19, 2009

  2. upin-ipin topp abiezs deh….keluarga banyak yg suka…gemes deh ma kalian.betul…betul..betul..

    Comment by warda | January 27, 2010


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: