yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Kenduri Kawin Sepupu Aku

Ahad baru nih nih kenduri kawin sepupu aku Reny kat Ampang. Adik beradik belah mak dari Jumaat malam lagi dah berkumpul. Meriah nyer mengalahkan kenduri kat kampung. Aku cuma dapat join start sabtu pagi tu.

Ahad kul 10:30 baru aku sampai kat rumah Abah Cha. Tok Kadi dah tunggu kat surau, sekali pengantin lelaki lak lambat. Terbalik lak. Selalunya org pompuan yg lambat siap. Syukur alhamdulillah pasangan mempelai selamat diijab kabul kan oleh pak sedara aku (bapa pengantin pompuan) lebih kurang kul 11:30.

img05635

Abah Cha tengah duk pandang Tok Kadi & para saksi…sah dah ke?…

Lebih kurang kul 2 pengantin mula berarak. Cam tadi jugak, pengantin lelaki lambat. Adu la…sepupu aku dah naik berpeluh nunggu laki tak turun2. Pakai sampin tak sudah2 lagi gamaknya.

img05640

Pengantin berarak menuju pelamin

img05642

“Diatas pelamin, pengantin duduk bersanding, mata menjeling – jeling, kepala ikut berpaling”…

Sebagai memeriahkan lagi majlis persandingan, aku buat ‘Lela Sembah’. Ramai ya amat org berkerumun, nak gerak pun payah. Tapi demi untuk sepupu, buat tetap buat ler…ehehehehe…

Dekat nak petang baru aku balik SU3. Seronok dapat jumpa ramai saudara mara masa kenduri nih….

March 10, 2009 - Posted by | Uncategorized

2 Comments »

  1. wah..yeop sempat jugak kome ..berlela sembah yekkkkk!!!

    Comment by hairol | March 11, 2009

  2. Ehehehe…nanti bila dapat gambo tengan bersilat tuh aku post la kat sini…dalam kamera adik ipor aku gambo tuh…

    Sifu kurang sihat sekarang nih…mungkin kita boleh ulang kaji sesama kita jer buat masa nih…

    Comment by yeopbeast | March 13, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: