yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Silat Sendeng DI SU3

Sedikit sejarah Sendeng yg dipetik dari  http://sendeng.tripod.com

Penggerak atau pembimbing utama yang aktif menyebarkan pembelajaran Seni Silat Sendeng ini ialah Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah , yang diwarisinya dari ninda-ninda beliau yang terkenal kehebatan ilmu kependekaran dan persilatan mereka sejak awal abad ke-20 yang silam.Beliau mula mempelajari ilmu kependekaran ini sejak berusia 5 tahun (1932) di bawah asuhan dan bimbingan nindanya sendiri HAJI HASSAN BIN MAHAT yang dikenali pada zamannya dengan panggilan Haji Hassan Pendekar , mahir di bidang seni dan permainan alat silat seperti pedang, keris, tekpi, tumbuk lada, tembong, tuas, tongkat dan kerambit.
Sepuluh tahun kemudiannya beliau berguru pula dengan dua nindanya yang terkenal iaitu TAMAM DAGANG (terkenal dengan gelaran pendekar yang kebal dan gagah) untuk mempelajari pukulan / buah sendeng dan HAJI MOHD ARIFF BIN SHAMSU ,bagi mendalami permainan Pukulan Tujuh Hari.
Kedua nindanya yang terakhir ini telah berguru dengan seorang pendekar terbilang dan Pengasas Pukulan Sendeng iaitu LONG MAMAT yang menetap di Padang , Muar Johor Darul Takzim. Dalam memantapkan ilmu keagamaan dan kerohanian pula beliau mempelajari dan mendalaminya dengan HAJI MOHD SALLEH BIN ABDUL KARIM yang terkenal dengan panggilan Kiai Salleh atau Panglima Salleh , Batu Pahat.
Beliau mula mengembangkan ilmu persilatan sendeng ini secara individu di peringkat awalnya sekitar tahun 1950-an dan kemudian menamakannya sebagai ‘Silat Sendeng Muar’. Hampir 58 tahun, beliau mengharungi liku-liku dan pahit manis menyebar dan menggembangkan ilmu persilatan ini ,demi mengekalkan kesinambungan warisan pusaka bangsa yang diwarisinyanya.Pada tanggal 19 Mei 1990 bersamaan 23 Syawal , 1410 Hijrah , beliau kembali ke rahmatullah dalam usia 63 tahun. Al – Fatihah.

PENGERTIAN SENI SILAT SENDENG

Ungkapan Seni Silat Sendeng yang diabadikan oleh Allahyarham Guru Utama Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah pada perguruan ini, mengandungi erti dan falsafahnya tersendiri.Di tinjau pengertiannya sepintas lalu menurut ungkapan tersebut ialah : – 

	SENI             -     adalah kehalusan atau kelembutan gerak atau langkah yang tersusun
		       ketika menggayakan atau melakukan sesuatu pergerakan jasmani.

	SILAT           -     ialah ketangkasan pergerakan jasmani ketika mempertahankan diri
		       atau menyerang sama ada bermain secara tangan kosong atau bersenjata.

	SENDENG     -     merupakan adunan teknik pukulan dan dan tektik mengelak
		       atau menyerang  berposisi mengiring.

Mendalami pengertian SENDENG yang menjadi teras perguruan ini, ia mencakupi ertikata yang amat luas baik dari segi ilmiah, jasmaniah mahupun rohaniah.Di sei ilmiah umpamanya ‘Sendeng’ terdiri dari sukukata dua perkataan yang dicantumkan iaitu ‘SEN dan ‘DENG’.

 	' SEN '          -     singkatan dari perkataan  ' Senggam ' bermaksud  kedudukan  yang
		       kukuh, kuat dan rapi.	

	' DENG '        -     (atau ' DING ' ) berasal dari perkataan  ' Dinding ' iaitu tempat
		       bertahan, tembok atau tempat perlindungan.	

Di sudut jasmani pula, kedudukan secara menyendeng ketika menunggu serangan dapat menyelamatkan tujuh bahagian anggota yang merbahaya (muka, halkum, dada, sudu hati, rusuk , perut dan kemaluan.Di mana setiap bahagian sasaran utama yang menguntungkan lawan telah dikawal rapi.

Dengan cara ini juga akan memudahkan sipesilat untuk menggorak langkah sama ada maju ke hadapan, mengundur dan membuat buangan atau menepis.

Manakala dari segi rohaniah kedudukan menyendeng dikatakan selamat dari ancaman ‘permainan jauh ‘ dan seandainya kena hanya sipi dan tidak tepat kerana ternyata tempat yang hendak di ‘tujui’ nya (seperti jantung, ulu hati dan kemaluan) telah terlindung oleh bahu malah tidak dapat ditembusi kerana digalang oleh rahsia ‘ Lam Alif ‘ yang terjadi pada bentuk badan bila berkeadaan mengiring.Lagipun turun naik nafas yang menjadi panduan utama keberkesanan ‘ permainan jauh’ itu sukar untuk dikesan.

Oleh yang demikian itu kedudukan ‘Sendeng ‘ merupakan salah satu cara unutk melepaskan, mematikan, memuka dan menepis sebarang bentuk ‘musibah’ yang menghampirinya kerana falsafah sendeng ada menyatakan “capai sebelum sampai dan bunuh sebelum hidup”.

 

   

Sendeng Di SU3:

Perjuangan untuk terus mengembang dan memartabatkan warisan Sendeng telah di teruskan olah Saudara Ridzwan Abdullah (Sifu). Beliau telah berjuang di dlam Sendeng selama 16 tahun dan merupakan murid kepada Dr. Jamaludin Jalal iaitu ‘orang lama’ yang telah banyak berjasa untuk Sendeng.

Kelas Sendeng di SU3 bermula Ogos 2008. Kami bermula dengan 14 org yg bersemangat untuk kembali mendapat kan ‘hak’ bangsa namun ramai yang gugur dek tembakan peluru2 ‘kesibukan’ hidup. Kini hanya tinggal 4 orang murid yang masih lagi meneruskan azam untuk menyambung perjuangan org2 terdahulu. InsyaAllah, semoga kami dikurniakan kekuatan untuk kami meneruskan usaha murni ini.

Pada Januari 2009 buat pertama kalinya kami berpeluang untuk mempersembahkan gerakan Sendeng ini di khalayak ramai iaitu semasa kenduri kahwin anak Abg Najib. Gementar sungguh rasanya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

silat9

‘Sifu’ mempersembahkan gerakan Pecah 12.

dsc02478

Lela Sembah

silat5

Dari kiri; Epul, Aku, Sifu & Hairol

Kelas Sendeng diadakan setiap Sabtu malam. Kepada yg berminat untuk turut serta silalah ke gelanggang iaitu di padang permainan SU3 atau surau sekiranya hujan.

March 2, 2009 - Posted by | The Arts Of Fighting

4 Comments »

  1. ohhhhh macam kenal je mamat belah kanan sekli tu….

    Comment by hairol | March 3, 2009

  2. A’ah la..cam kenal jer…ke nak letak gambo pendekar mustar tuh…ehehehehehe

    Comment by yeopbeast | March 4, 2009

  3. assalamualaikum…saya peminat silat sendeng….camane saya nak jumpe…atau nak join silat sendeng??

    Comment by zaifur | March 11, 2010

  4. W’salam Zaifur..
    Zaifur tinggal kat mana? kalau sekitar sungai buloh boleh join kelas kami di SU3 setiap malam minggu…insyaAllah kelas juga akan dibuka di masjid SU2…di prima damansara pun ada gelanggang. Hunbungi saya 019-3439119.

    Comment by yeopbeast | March 12, 2010


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: