yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Cam tak caya jer aku gi muzeum…

Semalam aku bawak wife & anak2 gi muzeum…ehehehehe…last pegi masa rombongan skolah dulu…more than 20 years back…apa yg berubah?…kepala keretapi still ada kat situ…thehehehe…

img05573

Ini kalau orang dari Mumbai tengok sure gelak sakan…yer lah…kat sana tak heran nyer diorang ngan keretapi…mmg dah sinonim sgt. Kalau citer hindi atau tamil takder agdegan keretapi mmg tak sah ler…hilang identiti…kurang-kurang tunjuk gamba besi landasan pun jadi la…dah kira compelete dah citer hindi atau tamil tuh…ehehehehe…

Sesetengah org malu nak ngaku tengok citer hidustan…ehehehe…tapi aku dari kecik mmg sentiasa la lagu hindustan yg berkumandang…masa aku kecik2 kat kampung dulu selalu la duk main ngan kengkawan lat laman rumah mak sedara aku…dia pulak ada sket2 kacukan belah2 sana…so setiap petang sambil main gasing ke…guli ke…galah panjang ke…kitorang akan diiringi oleh lagu lagu dari filem lama hindustan…thehehehe…infact dengan ayat dari filem hindustan la aku start duk bagi hint masa memula nak ngorat awek aku dulu…errr..skarang dah jadi wife ler…anak 3 dah…hidustan nyer penangan..ekekekekeke…

Opss…jauh lak merapu…berbalik citer gi muzeum nih, sebenarnya aku pegi sbb ada pameran senjata2 lama kat situ…keris…tekpi…lembing….tombak…sundang….tumbuk lada…kerambit…buku lima dan macm2 lagi lah…ada beribu-ribu senjata yg dipamerkan. Artifak datang dari segenap pelusuk nusantara…ada keris jawa…keris bugis…keris bali…keris semenanjung…byk lagi wei…pergh…beratus tahun umur tuh…naik meremang jugak la kalau duk tenung lama2. Hebat betul kerja seni org2 lama kita dulu…ada satu keris dari tanah jawa…keris hitam 9 lok disepuh dengan warna emas berbentuk naga…perghhh…tengok jer keris tuh pun aliran darah rasa laju…kuat betul jantung aku mengepam…tak pasti la sebab teruja ke…takut ker…entah…yg pasti terasa tangan nih nak genggam jer keris tuh…cepat2 aku blah…ehehehehe…

img05562

Ni aku tgh bergambo dengan senjata2 daripada Sarawak…kebanyakannya Sundang (pedang)…

img05564

Ni basikal jepun…teringat kat ‘Sifu’…ehehehehe…yg ni mmg basikal original yg tentera jepun guna masa menakluk Malaya tahun 1941 dulu…peratikan betul2 kat bahagian tempat duduk tuh…kalau basikal zaman sekarang tempat duduk dah kusyen..so selesa la…dulu seat plastik…sebab tuh ada spring kat bawah seat tuh…funtion dia cam absorber la…diorang pun pikir safety gak sebelum buat…kalau tak naya la tentera jepun…habih perang jer semua pakat mandul…ahahahahaha…

img05565

Ini pulak persalinan perang tentera jepun. Pedang samurai hanya di berikan kepada pegawai2 sahaja…so pedang nih mmg digeruni kerana sering digunakan oleh pegawai tentera jepun masa tu untuk melaksanakan hukuman pancung. Masa tengok nih aku tetiba rasa skit sgt hati aku nih..mmg aku tak bangga dengan sejarah negara kita…terlalu byk penderitaan yg nenek moyang kita lalui…kenapa kita sering dijajah?…mengikut cerita arwah Opah..masa jepun datang arwah ayah aku beru jer berumur setahun..mmg susah sgt hidup masa tuh…nak makan pun payah…bangsa asing dgn mudah memperhambakan kita dibumi kita sendiri..

Habih jepun komunis pulak…pun sama…penduduk kampung hidup menderita. Arwah Atuk pernah ditangkap komunis…alhamdulillah dengan ilmu persilatan yg pernah dituntut arwah dapat melepaskan diri. Sebab tu la ada tersemat sedikit perasaan benci dalam diri aku nih pada bangsa & benda2 asing…Mmg kita tak mampu nak ubah apa yg dah berlaku…tapi kita masih mampu mengambil iktibar agar dapat membentuk apa yg bakal berlaku…Kita kena belajar dari sejarah…lagi sekali aku terkeluar dari topik…

So secara keseluruhan trip ke muzeum nih best. Aku tengok Munaa & Mu’az seronok jer…cuma masa masuk kat tempat yg ada tengkorak tuh masing2 pakat takut ler…ehehehehe…

img05557

Ni bergambar kat replika kota mana tah…lupa lak…ehehehehehe

img05571

Munaa & Mu’az kat depan meriam…

img05567

Ni satu lagi kepala keretapi…ehehehehehe…

img05570

Bahagian luar, die nyer lanskap la yg byk berubah…mmg la berbeza dari 20 tahun sudah. So sesapa yg nak gi tengok senjata tuh still ada lagi sampai bulan 4 nanti…pegi la…best…

March 2, 2009 - Posted by | Activities

7 Comments »

  1. oohhh ada pemeran senjata… macam best je yeop… tapi sampai 4 hb je yek.. tak dapat lah nak pergi….

    last week ada latihan ke?? sorry lah aku balik melaka ada majlis kahwin… tak dapat nak join.

    Comment by hairol | March 2, 2009

  2. Weh…sampai bulan 4 la…baca betul2…
    Minggu lepas ada kelas la…mana penah miss…rugi ngko…byk shortcut kitorang blaja…

    Comment by yeopbeast | March 2, 2009

  3. oitt..blh amik gambo ke dlm muzium? :p

    Comment by sz | March 2, 2009

  4. Mana boleh…kena cover line ler…jgn sampai kantoi ngan pak guard…cover line nyer pasal la gambo senjata tak dapat ambik tuh…adeh…rugi….

    Comment by yeopbeast | March 2, 2009

  5. alamak,,, rugi lah aku yeopppp
    minggu ni aku akan adakan diriku….

    Comment by hairol | March 2, 2009

  6. Ghehehehehe…jgn tak datang…rugi ngko nanti…

    Comment by yeopbeast | March 2, 2009

  7. seronok gi muzium sekarang… dah banyak interactive menu. Ada projection 3D konon2 org berdagang ngan atas kapal masa zaman melaka dulu… Masa aku pegi last dulu tah darjah berapa tah… mana ada canggih macam ni. Tapi anak2 still kecik, tak blh nak appreciate sgt la tgk benda2 dlm muzium tu. Diorg tak paham lagi. Haaa.. lagi satu, dulu aku rasa ukiran Hang Tuah tu tinggi giler… sekali masa tgk hari tu, aik? Apsal tak setinggi yg aku bayangkan? Rupanya.. sbb dulu kita tgk dr level pandangan seorang budak, mmg la rasa hang tuah tu tinggi! Aku cuba levelkan diri ngan Munaa… mmg le… nampak Hang Tuah tu tinggi macam yg aku fikirkan! Apo laaa….😉

    Comment by Mazny | March 3, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: