yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Aku sayang anak2 aku…

Semalam time aku balik keje ujan sepanjang jalan…bila meredah ujan nih tau jer la…badan kompom basah kuyup…penat rasa badan menahan sejuk…problem kat opis lak hari nih melampau byknya..tension aku…tgh kat atas motorpun opis duk call lagi…sakit jiwa betul..Sampai kat rumah seperti biasa wife & anak2 akan menyambut dengan senyuman…hilang rasa penat keje & meredah ujan tadi…

Munaa duk menagih janji aku 2~3 hari sudah…itu hari dia ajak gi minum kat kedai member aku si Ilu tuh…aku cakap nanti la bila free nak gi…sian gak dia…budak la katakan…bila kita dah janji dia mesti ingat punya…kebetulan pulak dia ada kelas mengaji setiap malam Isnin sampai Rabu…so aku malas la nak kluar lambat sgt sbb esok nak keje lagi…

Kul 9 lebih Mu’az lak ajak aku main video game ngan dia kat atas…aku nih bukan nya reti sgt nak main2 game nih…layan jer la…pas tu aku suruh diorang masuk tido…aku turun balik bawah ngan wife aku layan citer prison break..peberet aku tuh…mmg tak pernah miss…tengah baik punya layan prison break dengar Mu’az melalak…”Ape hal pulak tuh?”…naik bilik diorang aku tengok Mu’az tengah tekup mulut…”Sakit…akak pukul”…Ati aku pun panas la apa lagi…”Nape pukul adik?!!…dia diam…mmg perangai aku kalau aku tanya kena jawab…diam akan buatkan suhu badan aku lagi naik…apa lagi meletup la…aku betul2 marah kat Munaa semalam…kalau yer pun nak suruh adik diam jgn la sampai pukul pulak…tak henti2 Munaa menangis sebab kena marah ngan aku…mungkin sbb aku penat sgt so secara tak sedar aku salurkan kemarahan aku tuh..Tak sepatutnya aku marah lebih2…nasihat cukup…mungkin diapun penat…sekolah dekat maghrib baru balik…malam nak gi ngaji lagi…so dia ngantuk sgt la tuh…bila Mu’az duk bising dia marah la…but again…sementara kecik ni la aku nak bentuk diorang pun…dah besar nanti baru nak ajar tegur dah tak guna…

Aku turun balik lepak kat bwh…dgn hati yg masih lagi panas. Sayup2 kat atas aku still dengar esakan Munaa…tak habih lagi dia menangis…tapi anak2 aku dah paham perangai aku..aku tak suka diorang melalak lebih2…lagi sawan aku jadinya…tak lama lepas tuh aku naik balik…tengok Munaa masih lagi teresak-esak sambil pegang gambar aku tengah riba dia masa dia kecik…entah apa yg bermain difikiran anak sulung aku nih….mungkin dia rasa aku dah tak sayang kat dia agaknya…mungkin dia rasa kehadiran adik2 menyebabkan akasih sayang aku kat dia berkurangan…tu la sebabnya dia duk tgk balik gamba lama tuh…aku tau dia sedih…dah aku pun sedih jugak bila tengok keadaan mcm tu tapi sebagai seorang ayah aku perlu tegas dengan anak2…

Aku approach dia…aku ambik gambar kat tangan dia…”Munaa tengok gambar ni betul2…Munaa tau tak ayah sayang sgt kat Munaa? Munaa anak ayah yg first…sayang ayah tak pernah kurang..kalau ayah tak sayang dari kecik lagi ayah dah bagi Munaa kat orang”. Dia bangun dah peluk aku sambil menangis lagi kuat…tak mampu dia nak cakap apa2. “Munaa anak sulung, contoh pada adik2…kalau ayah ibu dah tak der Munaa la yg kena tengok kan adik2…ayah harap kat Munaa la sapa lagi…Korang 3 beradik jer…ayah tak nak korang ‘cepat tangan’ sesama adik beradik…Munaa yg besar la kena tunjukkan contoh tu pada yg lain”.

Dalam teresak-esak tuh dia mengangguk…sian lak aku tengok…tapi cam aku cakap la…melentur buloh kena dari rebungnya…sebab aku sayangkan anak2 aku la aku perlu mengajar diorang…itu amanah Tuhan pada kita sebagai mak bapak..aku harap diorang akan menjadi anak2 yg berguna nanti..

Pengajaran untuk aku? Betul keje penat…betul keje kepala otak tension…tapi keje is keje…biar la segala masalah habih kat tempat keje…kalau kat rumah pun kepala still lagi pikir keje mmg kebarangkalian untuk marah2 kat rumah tinggi la…jgn sampai kerana keje wife ngan anak2 yg jadi mangsa…I will remember that…and I will always remember that I love my family so much…

dsc01525

img04831

February 24, 2009 - Posted by | Aku & Sesuatu

7 Comments »

  1. We love u too…🙂 Betul, it’s really unfair utk keluarga jadi mangsa ketensionan kita kat opis. Kalau rasa nak marah tu, tarik nafas dalam2… biar hormon endorfin keluar, so kita akan lebih tenang… Marah tu bak api, sebab tu kita disuruh padamkan dengan air wudhuk. Tapi tu la bebudak ni, bukan reti ayah penat… ayah tensen… nak jugak attention. Kadang tu terlebih2 lak perangai diorang. So, it’s not your fault either to feel mad…

    Comment by Mazny | February 24, 2009

  2. sebak hati aku baca ni..tak perasan airmata dh menitik kat buku nota kerja..ish haru..semalam pun aku facing benda yang sama..marahkan anak.

    Comment by Sally | February 24, 2009

  3. Adoi…sedeyla

    Comment by yamecome | February 24, 2009

  4. Semalam aku balik keje Munaa datang ‘big hug’ sambil mintak maap. It’s good to know that she accepted what I said last night. I should be thanking you my dear. So semalam kitorang gi minum2 kat Kedai Kopi Labu Labi tuh…tertunai la janji aku kat Munaa…

    Comment by yeopbeast | February 25, 2009

  5. rasanya tiap2 hari dok marah kat anak (off course yg plg tua la kan).bl dah kena “lepuk” rasa kesian plak tp jap2 lg dia buat balik..aduyaiiii…

    Comment by sz | February 25, 2009

  6. fuhhh sayupppp hati aku yeop bila baca…….
    eeemmmm anak2 amanah Allah kpd kita … jadi elok2 lah mendidik anak….

    Comment by hairol | February 26, 2009

  7. huwaaaaaaa… lagi skali aku menitik air mata duk baca tulisan abg yeop nih .. huawa…nasib baik hubbyaku paham aku nih pelakon air mata…kalau tak mesti dia fed up ..sikit2 nak nangis…

    kalau aku jadi munna pon aku dok menitik air mata …kata nak bagi kat org .. eheks

    Comment by cat | November 24, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: