yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Misi Kapal Karam – Edisi Kumpau Maut

Sorry la gang…lambat lak aku nak buat report pasal trip mancing itu hari..tak berkesempatan nak menulis…

24 January 2009, kitorang gi mancing lagi ke lubuk kapal karam di Sabak Bernam tuh. Yg join kali nih cuma 7 org jer…kurang 3 org berbanding trip lepas. Kali ni yg pegi cuma Aku, Abg Mie Rexton, Man Timbalan, Abg Mat, Iwan anak Abg Mat, member aku Fendi & Faiz.

dsc02519

Pukul 8:30 pakat berkumpul kat depan rumah aku…tapi kali nih tok siak takder nak tolong doakan…ehehehehe…

img05407

Abg Mat & anak dia tunggu kitorang kat Sekinchan…seperti biasa kitorang singgah minum kat gerai tepi jalan lepas pekan Sekinchan tu…dia punya roti canai pergh…aku ingat tokey maju ahmad pun buleh mintak ampun…menu best…macam2 ada…sekali aku tengok Abg Mie baek punya tengah layan roti jala cicah bubur durian…durian?…peberet aku tuh…apa lagi…join sekaki ler…ehehehehe…

Pukul 10:30 kitorang sampai kat petronas BNO….siggah situ jap…bukan nak isi minyak tapi nak buang isi perut…ehehehe…bubur durian punya penangan..Kul 11:00 sampai jeti…ehhh…mana bot nih…apsal tak sampai lagi…bila Abg Mie call rupanya dia masih kat laut…tak dapat nak balik sbb air surut sangat…Ini boleh mendatangkan marah…kata kul 11:30 dah bleh kluar memancing…nampak gayanya miss la time ikan makan umpan…apa buleh buat…tido jer ler…sesambil tuh ada gak yg ambik masa tuh untuk siapkan peralatan masing2…

dsc02505

Tunggu punya tunggu akhirnya pukul 4 petang baru bot bergerak meninggalkan jeti…hati panas tak ingat punya…kalau letak cerek kat dada nih mau masak air tuh…cess…Rupa2nya tekong tuh dah seminggu tak jejak darat…semalam nya dia bwk group lain gi mancing…bukannya tak bleh nak cari duit lebih…tapi agak2 la…jgn sampai pelanggan tertunggu-tunggu mcm nih…kalau betul tak sempat sampai pagi tuh helo la awal2…boleh la kita adjust plan…ini tak…buat pekak jer…memasing muka penat sepanjang perjalanan nak ke port mancing…nasib baik la ada sekumpulan camar yg mengekor bot…terubat jugak rasa marah nih…Tengok burung2 nih semua boleh buat kita insaf..gigih dia melebarkan sayap semata-mata untuk catch-up dgn kelajuan bot…harapan dia satu jer…kalau ade ikan2 yg melonpat kerana mengelak haluan bot dapat la dia hidangan mudah…kalau dah burung pun boleh sabar & redha dgn ujian Tuhan kenapa aku nak bad mood lak…mungkin ada hikmahnya kitorang lambat naik bot…insaf aku…terima kasih la si camar putih…(ehh…cam lagu headwind jer…ehehehehe)

img05414

Lepas sejam perjalanan kitorang sampai kat port pertama iaitu beberapa struktur buatan manusia yg terpacak tak jauh dari Kelong Paradise. Memasing dah tak sabar nak mancing. Aku ngan Fendi ambik port kat belakang bot. Kali nih aku nak cuba guna ‘Hong Kong’ hook…satu teknik memancing yg semakin terpinggir dek kecanggihan teknologi…’Hong Kong’ hook nih simple ya amat…mata kail digabungkan dengan batu ladung…tak perlu guna perambut & spreader…terus sambung kat tali utama jer. Kelemahan teknik ni cuma satu jer…tak bleh guna time air besar & air mati…kena gi mancing time air berarus kecik…so kalau nak ikutkan untuk trip kali nih mmg tak sesuai la nak guna..tapi aku saje jer nak try…

Sebelum tuh kitorang layan apollo dulu…lontaran pertama aku berjaya menaikkan 4 ekor ikan talang…boleh tahan jugak la sakit pinggang nak tarik…bila kawanan talang dah tak sudi menyambar apollo…kitorang tukor ke teknik mancing lain…ada yg layan mancing dasar…ada yg layan floating..aku lak saje jer lempar ‘Hong Kong’ hook (walaupun tau air tak sesuai…ehehehehe). Elok jer umpan yg dilontar mencecah air satu sambaran rakus berlaku…kelam kabut aku tutup bail arm shimano navy…”ikan apa nih?”…larian ikan semakin tak keruan…sesekali kelihatan aksi tarian akrobatik sang ikan seolah-olah sedang meniti ombak…”woi…ikan parang la..”…gumbiranya hati aku…aku cuba mengawal keadaan..drag diketatkan sedikit. keadaan agak cemas…aku cuba bertahan namun sang ikan berjaya meloloskan diri pada lompatan yg ketiga…kecewa nya aku….adus…melopeh…terduduk aku sekejap…tak dapat nak padamkan aksi2 hebat diasak si akrobat lautan yg begitu bijak…mmg tak der rezeki la…

Sedang aku asyik duk preview pertarungan tadi tetiba kekili Fendi berdecit kuat…”sreeeeeeeeetttttt”…Fendi terus menyambar kekili daiwa nya sambil menyentap kuat…sang ikat melilau cuba melepaskan diri…aku yg tengok lak lagi suspen…tetiba..”tusss”…tali putus…sorang lagi tewas….berbeza dgn aku, Fendi terus melabuhkan kembali umpan dgn teknik floating dan keazaman dia berbaloi apabila seekor todak berjaya dinaikkan tak lama selepas itu…aku pun apa lagi…possing time…ehehehehe…

dsc025091

dsc02510

Dapat bergamba ngan ikan org pun jadi ler…ehehehehe…Tapi teknik ‘floating’ yg Fendi guna memang berkesan la…mungkin time tu byk ikan2 permukaan tgh meronda kawasan agaknya. Sebab tu la umpan aku yg guna ‘Hong Kong’ hook pun dibalun nya…padahal tu untuk bottom fishing. Todak tu merupakan ikan terbesar trip kali ni…malamnya ramai yg pakat tombang…aku lepas isyak dah ting tong…tidor jer…bot dah jadi mcm zoo…memasing berdengkur cam rimau…ehehehehe…tak caya tengok gambo Man timbalan tido kat bawah…ghahahahaha..

dsc02515

Aku rasa Man ni tengah mimpi peluk bini kot…ehehehe…bini punya pasal selamba jer peluk batang exzos…punya la sayang bini…perut berbirat pun tak apa…untung ngko Mira…ehehehehe…

dsc02513

Cam aku cakap tadi…menjelang malam keadaan senyap sunyi…sesekali jer berlaku ragutan…itupun dari ikan2 saiz juvana jer…stok2 tadika semua…apa lagi…kitorang decide untuk tamatkan trip lebih awal…so subuh dah sampai jeti…

Kalau nak dikira dari segi hasil mmg la tak seberapa. Trip nih bleh la dikategorikan sebagai trip ‘Kumpau’. Namun itu la hakikatnya aktiviti memancing nih..rezeki tak menentu…kita mampu plan jer…DIA yg memberi rezeki…mungkin hasil tangkapan tak seberapa tetapi ada bende lain yg hendak diberikan….apa aku dapat trip nih?…2 org kawan baru….itu lebih berharga daripada setong ikan….

yeopmerah1

February 19, 2009 - Posted by | Activities

3 Comments »

  1. bravo ! cool blog ….

    Comment by Daalia | February 19, 2009

  2. hahaha…!! Memang tak sah kalau tak gelak baca blog abang ni. Dari dulu sampai sekarang, bab merapu memang no. 1 Teringat zaman chatting IRC dulu, baca homepage abang. Zaman tu (1998-99) mana nak ada blog lagi… Buat homepage pun bukan main paste gambar dan tulis je… pakai html command lagi! Errr.. tu honey punya homepage laa… pakai Coffee Cup. Abang buat pakai Netscape… patut la cun! Tak aciii….😉

    Comment by Mazny | February 19, 2009

  3. Hi Anjeli,
    मैं तुम्हें कुछ बताने की जरूरत है. मैं किसी से मिली थी.
    ehehehehe…..

    Comment by yeopbeast | February 23, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: