yeopbeast's blog

Aku & Sesuatu…

Kedai Kopi Labu Labi…

Jumaat lepas aku saje bawak wife ngan anak2 mengeteh kat kedai baru bukak tuh…Kedai Kopi Labu Labi…saje nak try tempat baru la…Sampai jer nampak agak ramai orang yg duk menikmati hidangan masing2. Cari punya cari ada la satu port kosong kat ruang luar. Kebetulan tokey kedai pasang DVD konsert Re-union Sweat Charity…Ramly sarip tengah duk nyanyi lagu ‘Teratai’ (ingat tak Aji Taliban nyanyi lagu ni masa kenduri rumah Abg Najib?)…perghh…band rock kegemaran aku tuh…terus secara automatic terimbau kembali kenangan zaman belajar dulu…pernah dulu aku pegi kelas pakai seluar fit…sekali cikgu Brahim guru disiplin buat spot check dgn botol kicap…sapa2 yg botol kicap tak bleh masuk ikut kaki seluar mmg jadi koboi ler…dibelahnya seluar tuh sampai paras paha…ahahahaha…hampes btui…

 

Berbalik pada citer Kedai Labu Labi nih, basically makanan dia boleh tahan la…2~3 hidangan yg di order ada yg kena selera aku…ada yg kureng..again…terpulang la pada selera individu…bende nih subjective. Dari segi layout nampak OK…tak nampak exclusif sangat dan tak pulak nampak kokak…harga standard la untuk Saujana Utama…menu yg ditawarkan adalah campuran masakan timur & barat…ada gak la variety…cuma masa aku sampai tuh dah kul sebelas…so byk la yg dah habis…kira limited la yg bleh order…

 

Lepas makan seperti biasa la…aku lepak jauh sket dari meja makan anak bini sbb nak isap rokok. Masa tuh Sweat Charity tengah nyanyi lagu ‘Terharu’…dari jauh adik aku melaung…”Bukan lagu Jamal Abdillah ker nih?…yg Mawi nyanyi balik tuh?”..Ceh…budak2 sekarang…apa diorang tau…itu antara killer song Sweat Charity tuh…tengah baek aku layan lagu tetiba sorang mamat nih keluar dari dapur…eh…cam kenal jer…”ILU!!!”…depan2 orang tuh aku jerit nama dia…sekali dia toleh…pause kejap…”woi Arman…hang ka”…ha…kompom la member aku…member Zaman sekolah yg dah lebih sepuluh tahun aku tak jumpa…last sekali berita yg aku dengar dia belajar masak kat ITm pastu keje Chef kat hotel. Rupa-rupanya kedai Labu Labi tu Abg ipar dia yg bukak..panggil dia join…Abg ipar dia VSS bulan lapan tahun lepas…so guna duit tu la bukak bisnes makan…

 

“Cuba hang pegi tengok kat tempat buat air”…aku kerutkan dahi (zaman sekolah dulu kalau dah aku kerutkan dahi tuh baik bagi jawapan cepat…ahahahaha)..”Pegi la tengok sendiri”…Rupanya sorang lagi member kelas aku dulu…Sabron…dia meniaga kat Lenggong tapi member aku tarik datang sini untuk jaga bahagian air…terjadilah mini re-union kat situ. Aku tanya dia kenapa Labu Labi…kata dia sebab nenek org rumah dia org melayu Singapore minat citer Tan Sri P. Ramlee (sambil menuding kearah nenek yg tgh duk borak dgn org rumah aku…) Kalau korang dengar nenek cakap mmg teringat cerita P. Ramlee….sebijik lenggok bahasa mcm dlm filem…bahasa melayu 50-an…best dengar…ehehehe…So konsep kedai sambil org makan diorang akan pasang citer2 Allahyarham…errr…tapi yg konsert & citer lain pun bleh…upon request by customer…gamak nak best bwk DVD yg kita suke…mintak dia pasang kat situ..thehehehe.

 

Aku cakap kat member aku yg aku akan tolong promote la kedai kopi dia nih…tapi dengan satu syarat…dia perlu la open pada kritikan membina daripada org..kita meniaga makan nih tak bleh ikut selera kita…kena ikut selera org sbb org yg nak makan…so mana yg org tegur kena improve la. Kalau korang ada masa nak makan2…minum2…mengeteh ker..cuba la kat kedai member aku nih…cam aku cakap..tegur la apa yg patut…meh kita sama2 majukan ‘org kita’…

lembublt

February 10, 2009 - Posted by | Nyum2

2 Comments »

  1. Fuh..kat mana kedainya tu ..blah mana??serve dia cepat tak??boleh gak try..Yeop..gaya bahasa ko boleh tahan la best..tak jemu dan dan semak kepala otak nak baca..cuma rajin-rajin la skit update tu..boleh la aku selalu jengah sini pun..hhahah komen membina ni..kih kih jangan kecil hati lak..

    Comment by Sally | February 13, 2009

  2. Kat SU2 la Sally…dari jalan tuh ngko dah bleh nampak…yg ujung tuh…

    InsyaAllah…aku cuba la update sekerap mungkin…cam aku cakap la…aku nih tahap benak mughallazah kalau bab2 IT nih…tak rajin aku nak menggodek…lagipun dgn keje cam aku nih nak pikir pasal bende lain pun payah…nanti aku cuba la…ajor la aku apa yg patut…

    Comment by yeopbeast | February 13, 2009


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: