Silat Sendeng DI SU3
Sedikit sejarah Sendeng yg dipetik dari http://sendeng.tripod.com

| PENGERTIAN SENI SILAT SENDENG
Ungkapan Seni Silat Sendeng yang diabadikan oleh Allahyarham Guru Utama Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah pada perguruan ini, mengandungi erti dan falsafahnya tersendiri.Di tinjau pengertiannya sepintas lalu menurut ungkapan tersebut ialah : - SENI - adalah kehalusan atau kelembutan gerak atau langkah yang tersusun
ketika menggayakan atau melakukan sesuatu pergerakan jasmani.
SILAT - ialah ketangkasan pergerakan jasmani ketika mempertahankan diri
atau menyerang sama ada bermain secara tangan kosong atau bersenjata.
SENDENG - merupakan adunan teknik pukulan dan dan tektik mengelak
atau menyerang berposisi mengiring.
Mendalami pengertian SENDENG yang menjadi teras perguruan ini, ia mencakupi ertikata yang amat luas baik dari segi ilmiah, jasmaniah mahupun rohaniah.Di sei ilmiah umpamanya ‘Sendeng’ terdiri dari sukukata dua perkataan yang dicantumkan iaitu ‘SEN dan ‘DENG’. ' SEN ' - singkatan dari perkataan ' Senggam ' bermaksud kedudukan yang
kukuh, kuat dan rapi.
' DENG ' - (atau ' DING ' ) berasal dari perkataan ' Dinding ' iaitu tempat
bertahan, tembok atau tempat perlindungan.
Di sudut jasmani pula, kedudukan secara menyendeng ketika menunggu serangan dapat menyelamatkan tujuh bahagian anggota yang merbahaya (muka, halkum, dada, sudu hati, rusuk , perut dan kemaluan.Di mana setiap bahagian sasaran utama yang menguntungkan lawan telah dikawal rapi. Dengan cara ini juga akan memudahkan sipesilat untuk menggorak langkah sama ada maju ke hadapan, mengundur dan membuat buangan atau menepis. Manakala dari segi rohaniah kedudukan menyendeng dikatakan selamat dari ancaman ‘permainan jauh ‘ dan seandainya kena hanya sipi dan tidak tepat kerana ternyata tempat yang hendak di ‘tujui’ nya (seperti jantung, ulu hati dan kemaluan) telah terlindung oleh bahu malah tidak dapat ditembusi kerana digalang oleh rahsia ‘ Lam Alif ‘ yang terjadi pada bentuk badan bila berkeadaan mengiring.Lagipun turun naik nafas yang menjadi panduan utama keberkesanan ‘ permainan jauh’ itu sukar untuk dikesan. Oleh yang demikian itu kedudukan ‘Sendeng ‘ merupakan salah satu cara unutk melepaskan, mematikan, memuka dan menepis sebarang bentuk ‘musibah’ yang menghampirinya kerana falsafah sendeng ada menyatakan “capai sebelum sampai dan bunuh sebelum hidup”.
|
|||
Sendeng Di SU3:
Perjuangan untuk terus mengembang dan memartabatkan warisan Sendeng telah di teruskan olah Saudara Ridzwan Abdullah (Sifu). Beliau telah berjuang di dlam Sendeng selama 16 tahun dan merupakan murid kepada Dr. Jamaludin Jalal iaitu ’orang lama’ yang telah banyak berjasa untuk Sendeng.
Kelas Sendeng di SU3 bermula Ogos 2008. Kami bermula dengan 14 org yg bersemangat untuk kembali mendapat kan ‘hak’ bangsa namun ramai yang gugur dek tembakan peluru2 ‘kesibukan’ hidup. Kini hanya tinggal 4 orang murid yang masih lagi meneruskan azam untuk menyambung perjuangan org2 terdahulu. InsyaAllah, semoga kami dikurniakan kekuatan untuk kami meneruskan usaha murni ini.
Pada Januari 2009 buat pertama kalinya kami berpeluang untuk mempersembahkan gerakan Sendeng ini di khalayak ramai iaitu semasa kenduri kahwin anak Abg Najib. Gementar sungguh rasanya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

‘Sifu’ mempersembahkan gerakan Pecah 12.

Lela Sembah

Dari kiri; Epul, Aku, Sifu & Hairol
Kelas Sendeng diadakan setiap Sabtu malam. Kepada yg berminat untuk turut serta silalah ke gelanggang iaitu di padang permainan SU3 atau surau sekiranya hujan.
4 Comments »
Leave a Reply
-
Archives
- January 2011 (1)
- December 2010 (2)
- November 2010 (3)
- October 2010 (2)
- September 2010 (3)
- August 2010 (9)
- July 2010 (1)
- April 2010 (1)
- March 2010 (5)
- February 2010 (6)
- January 2010 (3)
- November 2009 (2)
-
Categories
-
RSS
Entries RSS
Comments RSS

ohhhhh macam kenal je mamat belah kanan sekli tu….
A’ah la..cam kenal jer…ke nak letak gambo pendekar mustar tuh…ehehehehehe
assalamualaikum…saya peminat silat sendeng….camane saya nak jumpe…atau nak join silat sendeng??
W’salam Zaifur..
Zaifur tinggal kat mana? kalau sekitar sungai buloh boleh join kelas kami di SU3 setiap malam minggu…insyaAllah kelas juga akan dibuka di masjid SU2…di prima damansara pun ada gelanggang. Hunbungi saya 019-3439119.