Ip Man – Lagenda Wing Chun

Lama dah sebenarnya aku tengok citer Ip Man nih…tapi masa tak berapa nak mengizinkan untuk aku share my thought on this film. Biasanya aku maleh nak layan citer2 kung fu nih selain dari citer Bruce Lee, Jackie Chan atau Tony Jaa. Sebab?…fight scene byk yg tak real..terbang sana sini…baik tengok citer Superman…dah tentu kita tau tuh citer fiction. Citer nih memang best. Bagi aku citer Ip Man nih merupakan penyelamat kepada filem2 martial art yg makin merapu kebelakangan ni. Ip Man adalah berlandaskan kepada kisah hidup lagenda Wing Chun. Beliau Merupakan guru kepada Bruce Lee. Filem ini diarahkan oleh Wilson Yip manakala choreographer untuk adegan lawan ialah Sammo Hung, rakan sekelas Jackie Chan yg memang cukup terkenal. Ip Chun iaitu anak Ip Man pula bertindak sebagai konsultan kepada penggambaran filem ini.

Kisah berkisar sekitar tahun 30-an & 40-an ketika Jepun menjajah China. Filem ini menghidangkan semangat kekeluargaan & setiakawan yg tinggi. Donnie Yen Berjaya membawa watak Ip Man dengan cukup baik. Biasanya kalau kita tengok filem kung fu, master mesti lah garang, King Control dan sebagai nya tapi dalam file mini jaguh kung fu nampak mcm takut bini jer sikit…ehehehehehe…Didalam filem ini Ip Man digambarkan sebagai seorang yg lemah lembut, penyayang (scene suap ubat kat bini ), bersopan santun namun dalam masa yang sama mempunyai daya juang & semangat yg cukup kental. Apapun yg paling best dalam filem nih ialah dia punya ‘fight scenes”….perghhhhh….bunyi penumbuk dia cam machine-gun…dasyat…

Kenapa aku berminat untuk tengok citer nih? Obviously sebab konsep Wing Chun & Sendeng adalah hampir sama; “Practicality, efficiency & effectiveness”. Secara matematiknya jarak yg paling singkat diantara 2 titik ialah satu garisan lurus. Berdasarkan kepasa konsep inilah setiap serangbela adalah berbentuk “linear”. Ini membolehkan kita untuk mematahkan serangan lawan dengan lebih pantas. Falsafah Wing Chun “gunakan 4 tahil untuk megalihkan 100 kati” menggambarkan bagaimana sejumlah tenaga yg kecil jika digunakan dengan teknik yang betul akan dapat menghasilkan kekuatan yg cukup hebat.
Macam aku cakap tadi aku suka tengok citer nih berulangkali sebab konsep dia sama dengan Sendeng. “The best defense is to attack”. Sendeng menekankan konsep mendahului serangan pihak lawan. Sambil menepis kita memukul. Tangan itu yang menepis, tangan itu jugalah yg memukul. Bak kata orang putih, ‘use an offensive techniques that provide defense’. Chewahhhh…ehehehehehe…
Berikut antara falsafah didalam pembelajaran Sendeng;
“Yang memukul itulah di pukul,
Yang menyerang itulah yang diserang,
Yang menyakitkan itulah yang disakitkan”
“Gerak engkau gerak aku,
mula engkau aku tiba,
langkah engkau gayang aku,
serangan engkau makanan aku.”
“Kalau dia datang sekati kita beri dia dua kati.Dia
datang sepikul, jatuh dua pikul, kita sepikul dia
sepikul.”
“Gerak Gayang Pantas Berani”
“Capai sebelum sampai dan bunuh sebelum hidup”
Persoalannya….bila nak ada cerita Silat? Kita sendiri tak kurang dengan tokoh2 terkenal yg berjuang untuk kelangsungan hidup bangsa kita. Kita ada Panglima Salleh, Tok Janggut, Mat Kilau, Pawang Nong dan ramai lagi tokoh2 silat yg telah berjuang untuk tanah air. Seingat aku cerita silat yg paling best setakat nih Keris Hitam Bersepuh Emas & Pendekar Kundur. Aku harap ada pihak yg nampak potensi untuk menghasilkan filem2 silat dimasa akan datang….tapi siapa?
March 20, 2009
Posted by yeopbeast |
The Arts Of Fighting |
5 Comments
Pergh…dah hampir sepuluh tahun aku tak tengok wayang…lama tuh…mmg dari dulu aku mmg bukan jenis kaki wayang. Bebaru nih kebetulan aku tak keje…so saje la bawak Honey ngan bebudak gi jejalan. Asalnya nak gi Ikea (tempat peberet wife aku nih…ehehehehe…tengok2 jer biasanya…) sekali last minute tukor plan…terus singgah cineleisure…aku rasa ini la masanya aku nak reward anak2 yg selama nih duk behave. Nak tau kitorang tengok citer ape?…haaaaaa…tuh kat bawah….betul…betul..betul…thehehehehe…

Masuk jer panggung dia tengah tayang iklan…”Yang ini kat rumah pun kita boleh tengok ayah”…selamba Mu`az sound aku…ehehehehe..aku sajer nak surprise kan diorang…aku tak cakap nak tengok citer nih…so berdebar-debar la diorang tunggu. Cam aku cakap tadi…dah agak lama tak masuk panggung…boleh tahan gak ler bingit telinga ngan sound yg kuat tuh.
Lepas habih iklan dia mula tayang sedutan filem2 yg bakal ditayangkan tak lama lagi…memula tunjuk sequal transformer…pas tuh latest sequel terminator…anak2 aku lepak lagi…sekali dia tunjuk sedutan filem “jangan tegur”…perghh….menjerit la anak2 aku…errr…ngan aku2 sekali pun cuak gak…ehehehehe…Rata2 org yg datang hari tuh bawak anak2…so secara peribadi aku rasa sedutan tuh tak sesuai la…takut bebudak tuh. Aku pun tak paham la Malaysia nih…dulu kemain lagi heboh ban sana sini filem2 unsur hantu nih…sekarang nih bercambah lak genre cam nih dihasil kan…mana filem silat? Bukan kah sepatutnya filem boleh kita gunakan untuk memupuk rasa kecintaan terhadap budaya & hak bangsa kita? Ada berapa juta pengamal silat kat Malaysia nih…tak cukup lagi ker untuk bukak mata penerbit tentang potensi filem2 silat?…ada la sikit…PGL…itu pun babak kat pasar jer silat…yg lain tuh semua nyer adegan gaduh ala2 jet li…
Berbalik kepada upin ipin nih…aku sebenarnya tumpang bangga…first filem anamasi tempatan yg berkualiti…jgn la bandingkan dengan filem2 anamasi keluaran Pixar atau disney…mmg la belum sampai tahap tuh…tapi kena ingat…everything begin with the first step…bangga aku tengok nama anak2 muda kita yg buat filem animasi nih…
Ade adegan tiru mcm king kong? Lawak slapstik? Adegan kejar2? Tak yah sentuh pasal stereotype ke hapa…yg tuh tak penting..Dari segi jalan cerita aku rasa mungkin agak berat sikit untuk level anak2 nak enjoy scene kena kejor ulor tuh. Tapi anak2 aku cukup enjoy tengok gelagat upin ipin berceloteh. Cuma tang Sally @ Salleh tuh diorang tak paham la gamaknya…mak bapak yg duk gelak time tuh.

Apa babak yg aku paling tak leh lupa? Ha…korang tengok time Tok Dalang…Mak Uda & Bapak Rajoo nak menggelungsur turun bukit tuh…ehehehehe…mencuit hati…itu sebenarnya yg hilang apabila kita bertambah usia…kita lupa nak enjoy diri kita…kita lupa nak enjoy hidup kita…kita makin serius mengejar tuntutan kehidupan sehingga mengabaikan perasaan sendiri…kita lupa yg kita nih pernah ada sifat ‘anventure’ yg cukup tinggi…bekalan dari zaman kanak2…kita lupa untuk explore potensi diri kita…kita takut mencabar keupayaan diri sendiri..
Yup…I just wanted to reward my kids…but hey..at the end of the day I am the one who learnt something very valuable..at least that’s how I interpreted that particular scene…again kudos to those involved in this film…this is just the beginning…hope there will be sequels….
March 19, 2009
Posted by yeopbeast |
Activities |
2 Comments
Lama sungguh aku tak update blog aku nih. Maklumlah…sekarang nih kompeni tempat aku keje dah blok semua access ke website yg tak related ngan keje. Kalau dulu time rehat jer mesti aku menulis kat blog nih…sejak undang2 baru nih tak dapek la aku nak memeriahkan chatbox SU3.com lagi.
Dulu aku ada citer pasal VSS…so seramai 25 orang yg terlibat dalam skim VSS nih. Jumaat lepas ada ‘com session’ lagi sekali ngan management. Diorang share kompeni nyer projected growth for the next coming quarters. Kalau ikutkan forecast mmg la kompeni nampak cam nak recover. Katanya diorang dah berjaya convincekan global management untuk keep the plant running. There will be no closing down of the company. Dulu pun masa VSS cakap cam tuh jugak ler…kononnya tak kan ade VSS…tup2 3~4 hari pass tuh announce pasal VSS tuh. Kesimpulannya aku nak kena ada back-up plan la. Anak2 buah aku pun dah start pegi interview. Aku dah anggap diorang cam adik2 aku…walaupun kalau diorang tinggalkan team nih bermakna kehilangan besar untuk aku…tapi demi untuk masa depan periuk nasik diorang aku kena la bagi encouragement…diorang pun ada anak bini yg nak di bagi makan…so aku paham la keadaan diorang cam ner…sama jer risau nyer ngan aku…
Selain pada tu aku jugak ada attend satu training kat kelab golf kota permai…tajuk kursus ‘executive coaching’…speaker Dr. Edvin Varo…best jugak la training dia tapi dalam masa satu hari tak cukup sebenarnya nak cover topik tuh in depth.

Aku & Abadi semasa kursus
Selain daripada citer VSS & kursus kat kelab golf tuh, aku sekarang ada hobi baru…ehehehehe…jumaat itu hari aku dah dapat sepasang tekpi. So sekarang nih tiap2 hari wajib aku spend masa at least sejam untuk pusing2 tekpi tuh…thehehehehe…insyaAllah kalau berkesempatan & ada rezeki aku nak belajar yg proper punya la….

Ini la tekpi nyer…ehehehehe..tekpi nih sebenarnya member aku Din beli kat internet…tapi dia rasa tak sedap sbb ringan sgt so aku pun minta beli la…kalau ikutkan ukuran mmg kurang ngam la ngan aku tapi memandangkan aku baru nak blaja tak kesah la..janji ada yer tak…ehehehe…

Hahahaha…bergaya cam P. Ramlee dalam citer 6 jahanam..padahal baru jer belajo pusing sikit2…ehehehehehe…sejak tengok citer tuh la minat aku pada tekpi hadir…lagipun aku kidal…so mmg elok la blaja senjata yg sepasang…bagi dua2 tangan hidup…cam aku ckp tadi…aku nak gi blaja yg proper punya…tungguuuuuuu…..
March 17, 2009
Posted by yeopbeast |
The Arts Of Fighting |
3 Comments
Ahad baru nih nih kenduri kawin sepupu aku Reny kat Ampang. Adik beradik belah mak dari Jumaat malam lagi dah berkumpul. Meriah nyer mengalahkan kenduri kat kampung. Aku cuma dapat join start sabtu pagi tu.
Ahad kul 10:30 baru aku sampai kat rumah Abah Cha. Tok Kadi dah tunggu kat surau, sekali pengantin lelaki lak lambat. Terbalik lak. Selalunya org pompuan yg lambat siap. Syukur alhamdulillah pasangan mempelai selamat diijab kabul kan oleh pak sedara aku (bapa pengantin pompuan) lebih kurang kul 11:30.

Abah Cha tengah duk pandang Tok Kadi & para saksi…sah dah ke?…
Lebih kurang kul 2 pengantin mula berarak. Cam tadi jugak, pengantin lelaki lambat. Adu la…sepupu aku dah naik berpeluh nunggu laki tak turun2. Pakai sampin tak sudah2 lagi gamaknya.

Pengantin berarak menuju pelamin

“Diatas pelamin, pengantin duduk bersanding, mata menjeling – jeling, kepala ikut berpaling”…
Sebagai memeriahkan lagi majlis persandingan, aku buat ‘Lela Sembah’. Ramai ya amat org berkerumun, nak gerak pun payah. Tapi demi untuk sepupu, buat tetap buat ler…ehehehehe…
Dekat nak petang baru aku balik SU3. Seronok dapat jumpa ramai saudara mara masa kenduri nih….
March 10, 2009
Posted by yeopbeast |
Uncategorized |
2 Comments
Semalam Cikgu aku hantar email lepas aku bagitau dia pasal VSS tuh..terima kasih Cikgu…Aku kenal Dr. Mohar ni masa attend dia nyer program “Train The Trainer”. Seronok dapat berbual dengan Cikgu since that kitorang mempunyai minat yg sama dalam martial arts. Cikgu adalah orang lama dunia persilatan. Berikut petikan nasihat dari Cikgu yg dihantar melalui email. Semoga kengkawan lain yg menerima nasib sama akan dapat sedikit manfaat daripada nasihat Cikgu yg aku paparkan kat sini; insyaAllah. Terima kasih Cikgu.

Aku bergambar dengan Cikgu semasa kursus
Saya faham sangat-sangat apa yang Yeop dan kawan-kawan lain sedang lalui..memang stressful. Saya pernah melalui 2 kali kene retrench, 1 kali VSS. Inilah antara ratusan perkara yang saya pelajari:
1. Ruhaniah – Secara umumnya manusia mudah lupakan Allah SWT bila senang. Masa tengah senang, solat selalu diakhir waktu. Nak buat solat dhuha yang tak sampai 5 minit tu pun malas sebab disibukkan oleh dunia. Malunya saya dengan Allah. Tapi bila tengah susah, manusia mesti cari Allah untuk tempat bergantung dan mengadu. Jadi inilah masanya untuk muhasabah diri sendiri.
2. Famili – Masa kerja sibuk dengan kerja dan seribu satu macam sibuk lagi. Nak angkat telefon call mak bapak dan sedara mara pun berkira. Bila dah temporarily unemployed, saya gunakan waktu senggang yang banyak tu untuk menjadi semakin rapat dengan family – anak-anak, isteri, mak bapak, mertua dan ipar duai. Enjoy the unemployed time because when we gain reemployment, kita akan jadi lebih sibuk daripada sebelumnya, percayalah.
3. Financial – bila dah VSS belanjalah ikut kemampuan, bukan ikut kemahuan. Bawalah tabiat ini, insyaAllah kita boleh jadi financially independent. Jangan kedekut nak bersedekah sebab percayalah, those who are not generous in scarcity will never be generous in abundance. Masa nilah kita kenal diri samada kita ni kedekut ke tidak. Tapi jangan pulak boros. Orang Mukmin tidak kedekut dan tidak boros, tetapi jimat (thrift). Ingat, belanja ikut kemampuan, bukan ikut kemahuan. Jangan sesekali berhutang. Andaikata terpaksa kita anak beranak makan cekodok bilis hari-hari pun takpe. Ini bukan soal pride, ini soal menyelamatkan diri kita dan keluarga daripada jadi mangsa ungkit bangkit manusia. Lagi satu part financial ni, bila orang dengar kita dapat duit VSS ribu-ribu, ramai sedara mara datang nak berhutang. Yang tak pernah nampak batang hidung selama ni pun tiba-tiba muncul. Kawan-kawan yang dah lost contact pun tiba-tiba call! Entah dari mana diorang dapat hidu bau duit VSS pun tak taulah. Dah tu lembut gigi daripada lidah. Dalam hal ni prinsip saya adalah saya kena bagi keutamaan pada anak isteri. Pada saya biar bergaduh dulu daripada bergaduh kemudian. Tapi harap-harap jangan sampai jadi gaduh la. Kalau perlu hulur 10, 20…hulurlah, asalkan tak balik dengan tangan kosong.
Sebelum ambil VSS tu, saya cadangkan Yeop bangkit jam 3-4 pagi. Lepas mandi dan wudhu’, perform solat taubat, tahajud dan istikharah. Kalau dapat buat kat masjid atau surau. Dulu saya buat kat tanah lapang dekat rumah. Masa nilah kita akan kenal siapa kita selama ini. Memang best sangat sebab ketika itu hanya kita dan Allah. InsyaAllah Dia akan tunjukkan jalan yang terbaik.
Semasa dilanda ujian dan duka nestapa, atau pun saja-saja nak mengingatkan diri sendiri saya suka recite poem ni: It’s easy enough to be pleasant when life flows by like a song; but the man worthwhile is the one who can smile when everything goes dead wrong.
Mudah-mudahan Allah berikan Yeop kekuatan untuk mengharungi ujian ini. Amin! Do keep in touch!
March 6, 2009
Posted by yeopbeast |
Uncategorized |
2 Comments

Tengah baek punya layan makan tengahari tepon Apo berbunyi…sekali boss dia panggil meeting kul 2:30. Apa yg urgent sgt gamaknya. Lepas makan kitorang balik ofis. On the way masuk terserempak ngan Andrew. Dia cakap company offer VSS. Dia nyer package sebulan gaji darab taun keje tambah 2 bulan notis. Err…aku baru keje sini 2 tahun setengah…berapa sgt aku leh dapat?..adu la…tetiba aku lak dapat message dari boss; ada meeting tergempar katanya…pasal VSS tu la tuh.
Ini la risiko keje kilang…masa depan kat tangan org…apa nak buat…go with the flow la…tapi jauh disudut hati aku rasa cuak gak la…maklum lah…tanggung jawab byk…
Don’t quit
“When things go wrong as they sometimes will,
When the road you’re trudging seems all uphill,
When the funds are low and the debts are high
And you want to smile, but you have to sigh.
When care is pressing you down a bit -
Rest, if you must, but don’t quit.
Life is queer with its twists and turns,
As everyone of us sometimes learns,
And many a fellow turns about
When he might have won had he stuck it out.
Don’t give up though the pace seems slow -
You may succeed with another blow.
Often the goal is nearer than
It seems to a faint and faltering man;
Often the struggler has given up
When he might have captured the victor’s cup;
And he learned too late when the night came down
How close he was to the golden crown.
Success is failure turned inside out—
The silver tint of the clouds of doubt,
And you never can tell how close you are,
It may be near when it seems afar;
So stick to the fight when you’re hardest hit -
It’s when things seem worst that you must not quit.”
- Author unknown -
March 4, 2009
Posted by yeopbeast |
Aku & Sesuatu |
7 Comments
Sedikit sejarah Sendeng yg dipetik dari http://sendeng.tripod.com
Penggerak atau pembimbing utama yang aktif menyebarkan pembelajaran Seni Silat Sendeng ini ialah Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah , yang diwarisinya dari ninda-ninda beliau yang terkenal kehebatan ilmu kependekaran dan persilatan mereka sejak awal abad ke-20 yang silam.Beliau mula mempelajari ilmu kependekaran ini sejak berusia 5 tahun (1932) di bawah asuhan dan bimbingan nindanya sendiri HAJI HASSAN BIN MAHAT yang dikenali pada zamannya dengan panggilan Haji Hassan Pendekar , mahir di bidang seni dan permainan alat silat seperti pedang, keris, tekpi, tumbuk lada, tembong, tuas, tongkat dan kerambit.
Sepuluh tahun kemudiannya beliau berguru pula dengan dua nindanya yang terkenal iaitu TAMAM DAGANG (terkenal dengan gelaran pendekar yang kebal dan gagah) untuk mempelajari pukulan / buah sendeng dan HAJI MOHD ARIFF BIN SHAMSU ,bagi mendalami permainan Pukulan Tujuh Hari.
Kedua nindanya yang terakhir ini telah berguru dengan seorang pendekar terbilang dan Pengasas Pukulan Sendeng iaitu LONG MAMAT yang menetap di Padang , Muar Johor Darul Takzim. Dalam memantapkan ilmu keagamaan dan kerohanian pula beliau mempelajari dan mendalaminya dengan HAJI MOHD SALLEH BIN ABDUL KARIM yang terkenal dengan panggilan Kiai Salleh atau Panglima Salleh , Batu Pahat.
Beliau mula mengembangkan ilmu persilatan sendeng ini secara individu di peringkat awalnya sekitar tahun 1950-an dan kemudian menamakannya sebagai ‘Silat Sendeng Muar’. Hampir 58 tahun, beliau mengharungi liku-liku dan pahit manis menyebar dan menggembangkan ilmu persilatan ini ,demi mengekalkan kesinambungan warisan pusaka bangsa yang diwarisinyanya.Pada tanggal 19 Mei 1990 bersamaan 23 Syawal , 1410 Hijrah , beliau kembali ke rahmatullah dalam usia 63 tahun. Al – Fatihah.
-
| PENGERTIAN SENI SILAT SENDENG
Ungkapan Seni Silat Sendeng yang diabadikan oleh Allahyarham Guru Utama Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah pada perguruan ini, mengandungi erti dan falsafahnya tersendiri.Di tinjau pengertiannya sepintas lalu menurut ungkapan tersebut ialah : -
SENI - adalah kehalusan atau kelembutan gerak atau langkah yang tersusun
ketika menggayakan atau melakukan sesuatu pergerakan jasmani.
SILAT - ialah ketangkasan pergerakan jasmani ketika mempertahankan diri
atau menyerang sama ada bermain secara tangan kosong atau bersenjata.
SENDENG - merupakan adunan teknik pukulan dan dan tektik mengelak
atau menyerang berposisi mengiring.
Mendalami pengertian SENDENG yang menjadi teras perguruan ini, ia mencakupi ertikata yang amat luas baik dari segi ilmiah, jasmaniah mahupun rohaniah.Di sei ilmiah umpamanya ‘Sendeng’ terdiri dari sukukata dua perkataan yang dicantumkan iaitu ‘SEN dan ‘DENG’.
' SEN ' - singkatan dari perkataan ' Senggam ' bermaksud kedudukan yang
kukuh, kuat dan rapi.
' DENG ' - (atau ' DING ' ) berasal dari perkataan ' Dinding ' iaitu tempat
bertahan, tembok atau tempat perlindungan.
Di sudut jasmani pula, kedudukan secara menyendeng ketika menunggu serangan dapat menyelamatkan tujuh bahagian anggota yang merbahaya (muka, halkum, dada, sudu hati, rusuk , perut dan kemaluan.Di mana setiap bahagian sasaran utama yang menguntungkan lawan telah dikawal rapi.
Dengan cara ini juga akan memudahkan sipesilat untuk menggorak langkah sama ada maju ke hadapan, mengundur dan membuat buangan atau menepis.
Manakala dari segi rohaniah kedudukan menyendeng dikatakan selamat dari ancaman ‘permainan jauh ‘ dan seandainya kena hanya sipi dan tidak tepat kerana ternyata tempat yang hendak di ‘tujui’ nya (seperti jantung, ulu hati dan kemaluan) telah terlindung oleh bahu malah tidak dapat ditembusi kerana digalang oleh rahsia ‘ Lam Alif ‘ yang terjadi pada bentuk badan bila berkeadaan mengiring.Lagipun turun naik nafas yang menjadi panduan utama keberkesanan ‘ permainan jauh’ itu sukar untuk dikesan.
Oleh yang demikian itu kedudukan ‘Sendeng ‘ merupakan salah satu cara unutk melepaskan, mematikan, memuka dan menepis sebarang bentuk ‘musibah’ yang menghampirinya kerana falsafah sendeng ada menyatakan “capai sebelum sampai dan bunuh sebelum hidup”.
|
| |
|
Sendeng Di SU3:
Perjuangan untuk terus mengembang dan memartabatkan warisan Sendeng telah di teruskan olah Saudara Ridzwan Abdullah (Sifu). Beliau telah berjuang di dlam Sendeng selama 16 tahun dan merupakan murid kepada Dr. Jamaludin Jalal iaitu ’orang lama’ yang telah banyak berjasa untuk Sendeng.
Kelas Sendeng di SU3 bermula Ogos 2008. Kami bermula dengan 14 org yg bersemangat untuk kembali mendapat kan ‘hak’ bangsa namun ramai yang gugur dek tembakan peluru2 ‘kesibukan’ hidup. Kini hanya tinggal 4 orang murid yang masih lagi meneruskan azam untuk menyambung perjuangan org2 terdahulu. InsyaAllah, semoga kami dikurniakan kekuatan untuk kami meneruskan usaha murni ini.
Pada Januari 2009 buat pertama kalinya kami berpeluang untuk mempersembahkan gerakan Sendeng ini di khalayak ramai iaitu semasa kenduri kahwin anak Abg Najib. Gementar sungguh rasanya. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

‘Sifu’ mempersembahkan gerakan Pecah 12.

Lela Sembah

Dari kiri; Epul, Aku, Sifu & Hairol
Kelas Sendeng diadakan setiap Sabtu malam. Kepada yg berminat untuk turut serta silalah ke gelanggang iaitu di padang permainan SU3 atau surau sekiranya hujan.
March 2, 2009
Posted by yeopbeast |
The Arts Of Fighting |
4 Comments
Semalam aku bawak wife & anak2 gi muzeum…ehehehehe…last pegi masa rombongan skolah dulu…more than 20 years back…apa yg berubah?…kepala keretapi still ada kat situ…thehehehe…

Ini kalau orang dari Mumbai tengok sure gelak sakan…yer lah…kat sana tak heran nyer diorang ngan keretapi…mmg dah sinonim sgt. Kalau citer hindi atau tamil takder agdegan keretapi mmg tak sah ler…hilang identiti…kurang-kurang tunjuk gamba besi landasan pun jadi la…dah kira compelete dah citer hindi atau tamil tuh…ehehehehe…
Sesetengah org malu nak ngaku tengok citer hidustan…ehehehe…tapi aku dari kecik mmg sentiasa la lagu hindustan yg berkumandang…masa aku kecik2 kat kampung dulu selalu la duk main ngan kengkawan lat laman rumah mak sedara aku…dia pulak ada sket2 kacukan belah2 sana…so setiap petang sambil main gasing ke…guli ke…galah panjang ke…kitorang akan diiringi oleh lagu lagu dari filem lama hindustan…thehehehe…infact dengan ayat dari filem hindustan la aku start duk bagi hint masa memula nak ngorat awek aku dulu…errr..skarang dah jadi wife ler…anak 3 dah…hidustan nyer penangan..ekekekekeke…
Opss…jauh lak merapu…berbalik citer gi muzeum nih, sebenarnya aku pegi sbb ada pameran senjata2 lama kat situ…keris…tekpi…lembing….tombak…sundang….tumbuk lada…kerambit…buku lima dan macm2 lagi lah…ada beribu-ribu senjata yg dipamerkan. Artifak datang dari segenap pelusuk nusantara…ada keris jawa…keris bugis…keris bali…keris semenanjung…byk lagi wei…pergh…beratus tahun umur tuh…naik meremang jugak la kalau duk tenung lama2. Hebat betul kerja seni org2 lama kita dulu…ada satu keris dari tanah jawa…keris hitam 9 lok disepuh dengan warna emas berbentuk naga…perghhh…tengok jer keris tuh pun aliran darah rasa laju…kuat betul jantung aku mengepam…tak pasti la sebab teruja ke…takut ker…entah…yg pasti terasa tangan nih nak genggam jer keris tuh…cepat2 aku blah…ehehehehe…

Ni aku tgh bergambo dengan senjata2 daripada Sarawak…kebanyakannya Sundang (pedang)…

Ni basikal jepun…teringat kat ‘Sifu’…ehehehehe…yg ni mmg basikal original yg tentera jepun guna masa menakluk Malaya tahun 1941 dulu…peratikan betul2 kat bahagian tempat duduk tuh…kalau basikal zaman sekarang tempat duduk dah kusyen..so selesa la…dulu seat plastik…sebab tuh ada spring kat bawah seat tuh…funtion dia cam absorber la…diorang pun pikir safety gak sebelum buat…kalau tak naya la tentera jepun…habih perang jer semua pakat mandul…ahahahahaha…

Ini pulak persalinan perang tentera jepun. Pedang samurai hanya di berikan kepada pegawai2 sahaja…so pedang nih mmg digeruni kerana sering digunakan oleh pegawai tentera jepun masa tu untuk melaksanakan hukuman pancung. Masa tengok nih aku tetiba rasa skit sgt hati aku nih..mmg aku tak bangga dengan sejarah negara kita…terlalu byk penderitaan yg nenek moyang kita lalui…kenapa kita sering dijajah?…mengikut cerita arwah Opah..masa jepun datang arwah ayah aku beru jer berumur setahun..mmg susah sgt hidup masa tuh…nak makan pun payah…bangsa asing dgn mudah memperhambakan kita dibumi kita sendiri..
Habih jepun komunis pulak…pun sama…penduduk kampung hidup menderita. Arwah Atuk pernah ditangkap komunis…alhamdulillah dengan ilmu persilatan yg pernah dituntut arwah dapat melepaskan diri. Sebab tu la ada tersemat sedikit perasaan benci dalam diri aku nih pada bangsa & benda2 asing…Mmg kita tak mampu nak ubah apa yg dah berlaku…tapi kita masih mampu mengambil iktibar agar dapat membentuk apa yg bakal berlaku…Kita kena belajar dari sejarah…lagi sekali aku terkeluar dari topik…
So secara keseluruhan trip ke muzeum nih best. Aku tengok Munaa & Mu’az seronok jer…cuma masa masuk kat tempat yg ada tengkorak tuh masing2 pakat takut ler…ehehehehe…

Ni bergambar kat replika kota mana tah…lupa lak…ehehehehehe

Munaa & Mu’az kat depan meriam…

Ni satu lagi kepala keretapi…ehehehehehe…

Bahagian luar, die nyer lanskap la yg byk berubah…mmg la berbeza dari 20 tahun sudah. So sesapa yg nak gi tengok senjata tuh still ada lagi sampai bulan 4 nanti…pegi la…best…
March 2, 2009
Posted by yeopbeast |
Activities |
7 Comments